Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill


HARI KEEMPAT : 6 APRIL 2019 (1)  
Zamindar Kesar King - Apple Valley Resorts –
Hotel Green Height Hill
(Mata Melirik Hati Terusik)



Suara TasikMeniti Fajar4.39 pagi, terbangun. Suara-suara memuji Allah sayup-sayup mengisi ketenangan pagi. 5.05 pagi, menggigil keluar dari bathroom , walaupun mandi air panas venus tangki silinder. 5.17 pagi, solat subuh. 5.40 pagi, berkemas-kemas. Harap-harap tidak ada yang tertinggal.

6.24 pagi, duduk di beranda houseboat. Angin pagi dari bukit merentasi tasik, membawa kesegaran. Sekali-sekala suara-suara gagak di puncak pokok chinar turut meraikan pagi.  Diiringi bayang-bayang banjaran Zabarwan yang menari-nari dalam alunan  tasik. Begitu indah.

6.40 pagi, breakfast dengan capati telur. 7.16 pagi, melangkah ke pelantar jeti. Mentari kelihatan di atas banjaran Zabarwan, “paradise mountain”. Bayangan cahaya keemas-emasannya menari-nari di permukaan tasik. Begitu indah dengan siluet shakari bagaikan terapung-apung kesepian di tengah tasik.


Add caption/o:p>
Shikarah Berlabuh
7.32 pagi, kesibukan mula meriuh-rendahkan suasana jeti. Beberapa shikara sudah pun berlabuh. Setia menunggu Kembara Sutera. Bagaimanapun disibukkan lagi dengan beberapa pedagang sinkara. Turut memeriahkan suasana, the more the merrier.


Add captionPanorama Tasik
7.36 pagi, masing-masing naik shikara. Shikara B menyusuri dari jeti tetapi dihimpit pedagang tasik dengan beberapa shikara. Lalu menawar pelbagai barangan: saffron, kesturi, sari, alas meja dan buah-buahan. Inilah senario, meniti kehidupan di permukaan air. Menjadi social phenomenon. Refleksi kedaifan hidup yang diselubungi keindahan.

7.48 pagi, barulah shikara B dapat melepaskan diri dari kepungan. Meninggalkan yang lain-lain. Shikara B terus menyusuri permukaan tasik yang menawar keunikan panorama. Sentuhan keindahan bagaikan memukau pandangan. Bisikan angin di permukaan tasik yang diringi irama musim bunga menguasai pendengaran. Lalu “mata melirik hati terusik”.

Terasa aura tasik menyelubungi. Disegarkan dengan aroma dari banjaran Zabarwan. Lalu menyelinap masuk dalam shikara. 7.03 pagi, menghampiri Nehru Park Island. Kemudian melintasi taman penggambaraan filem. Beberapa burung gagak bertenggek di ranting pokok Chinar. Mengalu-alukan Kembara Sutera yang sedang bersiar-siaran.

Kelihatan seekor burung belibis berenang-renang dipermukaan. Mencari anak-anak ikan di celah-celah rumpai tasik. Seterusnya shikara berolang aling mengikut laluan tasik. Melintasi bebarapa houseboats: Dalgona, Flower Garden, Qutub Minar, New Lucifer dan Raisin

Kemudiannya menyusuri depan hotel leztd, dan kedai terapung: Indian Art Palace, Bujal Handicraft dan Baht Medicine. Berbagai lagi nama yang menarik untuk houseboats. 8.18 pagi, masuk semula laluan asal. Tiba-tiba bot askar melintas. Berombak, shikara B terumbang-ambing.


Jalan Boulevard
8.26 pagi, sampai di Shikara stand 13. Pedagang jalanan sudah menunggu dengan jaket, but, sarung tangan, sari, souvenir, benih bunga dan pelbagai lagi tawaran. 8.39 pagi, masuk kereta Tayota Innova 4. Bagaimana terpaksa ke Hotel Duke untuk melegakan diri di washroom. 8.53 pagi, baru bertolak mengikut sepanjang Jalan Boulevard.

8.56 pagi, masuk bandar Batamaloo. Kamudian isi minyak di stesen Speed. Jalan agak sesak. Kenderaan bersimpang-siur. Bunyi hon saling bersambut. 9.03 pagi, melalui bandar Batwara. Pokok-pokok chinar yang besar meminggiri sepanjang jalan. Jala sehala 2 lorong agak sempit. 9.07 pagi, jalan masih lagi sesak. Kereta berderet-deret.


Ladang Mustard

9.10 pagi, melintasi tugu Mhjor Chunk. Seperti semalam, askar masih berkawal di sepanjang jalan. Seterus melalui bawah flyover. 9.14 pagi, melintasi ladang willow. Seterusnya ladang mustard yang kuning keemasan, saujana mata memandang. Mentari masih lagi. Terasa sedikit panas dalam kereta.


Pekena Saffron TeaZamindar Kesar King
9.21 pagi,  berhenti di hadapan Zamindar Kesar King di lebuh raya  Lathpora. Masing-masing membeli buah-buahan kering sebagai oleh-oleh. 9.21 pagi, melepak di hujung kedai sambil pekena saffron tea. 9.47 pagi, bertolak. 9.50 pagi, melintasi ladang mustard. Ditanam untuk dijadikan rempah dan minyak. 10.50 pagi, melalui tol yang masih dalam pembinaan.

10.10 pagi, melintasi check pointaskar. 9.12 ,pagi, masuk simpang kiri. Ladang willow meminggiri kiri dan kanan jalan. 10.16 pagi, tersesak agak lama di bandar Bijbehara. Jalan 2 hala agak sempit dan berdebu. Lalu suasana dibisingkan dengan bunyi hon yang pelbagai irama.

10.30 pagi, naik jembatan. Lalu masuk Jalan Pahalgam. Kena bayar tol. 10.33 pagi, Sesak lagi. Barangkali kesesakan adalah sebahagian hidup pemandu Kashmiri. 10.38 pagi, jalan agak lancar. Bagaimanapun jalan pedalaman agak teruk. Kereta bergegar-gegar dan bergoyang-goyang.

Seronok juga, sekali-sekala berjoget dalam kereta. 10.44 pagi melalu Kg. Kanelwan. Seterusnya melewati Apple Valley. Jauh di hujung jalan kelihatan gunung yang puncak diselimuti salji. 10.48 pagi, melalui Kg. Shergopoor.

Kebun EpalJuice Point
10.52 pagi, singgah di Apple Valley Resorts, restoran makanan segera. Dikatakan 100% pure vegetarian. Sempat makan epal goring. 11.10 pagi, masuk Juice Point, restoran dalam kebun epal. 11.25 pagi, bertolak. Gunung salji semakin hampir.

11.31 pagi, masuk pekan kecil Srigufwara. Bagaimanapun sesak dengan kereta, jip , lori dan three wheeled car. Jalan mula mendaki dan berliku-liku. Sepanjang jalan diindahkan dengan ladang walnut dan epal. Udara semakin sejuk. Banjaran gunung salji semakin hampir.


Laluan PendalamanJalan KampungKampung Tradisi
11.46 pagi, kelihatan perkampungan di lembah-lembah gunung. Sepanjang jalan pedalaman rumah-rumah berhampiran jalan. 11.54 pagi, melalui jembatan. Terus menyusuri lereng bukit sepanjang Sungai Lidder. Jalan semakin mendaki.


Hotel Green HeightMenjejaki Laluan Hotel
12.01 tengah hari, di selekoh tajam bersesak-sesak dengan kereta. 12.02 tengah hari, berhenti berhampiran hotel 3 bintang, Green heights hills. 12.18 tengah hari, mendaki laluan ke hotel. Terletak di lereng bukit. Lokasi yang sangat menarik dengan panoramic view.


Memahat MemoriSantapan Hotel
12.47 petang, lunch bersama dengan para pelancong dari Thailand. Agak selesa, angin dari gunung menyelinap masuk meraikan tetamu. 1.14 petang, solat jamak takdim di tingkat atas. 1.37 petang, bertolak. Menuruni laluan. Di kanan tebing tinggi dan di bawahnya lereng curam. Sungai Lidder kelihatan mengalir deras di bawahnya.

Seterusnya mengikut laluan mendaki. Diiringi angin gunung yang memuput dingin. Di bawah lembah, kelihatan sungai Lidder mengalir mengikut likuan. Jalan agak sempit dan berliku-liku. 1.47 petang, melintasi Abshar Park. Seterusnya melalui lereng bukit curam. 1.53 petang, melalui tol Pahalagam. Kemudian mengikut laluan sepanjang Sungai Lidder.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://qalamalam.blogspot.com/2019/05/kashmir-3-9-april-2019-6-april-2019-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 444 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn4 34 petang awan makin lama makin tebal Lalu menghilangkan pandangan Pesawat mula bergegar apabila melanggar awan Makin lama makin mencemaskan Lalu ...
Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Lavender Park Lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park

Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Lavender Park Lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 516 hits
HARI KEEMPAT 6 APRIL 2019 Lavender Park lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park Lavender ParkBangsal Kuda1 59 petang hujan turun rintik rintik 2 03 petang masuk simpang kiri Terus melalui jembatan 2 04 petang sampai di Lavender Park Bebe...
International Festival Of Innovation On Green Technology 2019 19 21 April 2019 Universiti Malaysia Pahang

International Festival Of Innovation On Green Technology 2019 19 21 April 2019 Universiti Malaysia Pahang

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 437 hits
INTERNATIONAL FESTIVAL OF INNOVATION ON GREEN TECHNOLOGY 2019 19 21 APRIL 2019 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANGTempat UNIVERSITI MALAYSIA PAHANGTarikh 19 21 APRIL 2019Butiran AktivitiIKM Johor Bahru telah menghantar 1 penyertaan di UMP Gambang ba...
Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 701 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport KLIA2 KLIA Peta Teratak Seri Teratai5 38 pagi bertolak dari teratak Seri Teratai Suasana pagi agak samar samar Jalan pula lengang dan terasa benar sepinya Lampu jalan berbalam bal...
Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 383 hits
HARI KEDUA 4 APRIL 2019 Indira Gandhi Memorial Tulip Garden Heritage Mughal Garden Nishat Mughal Garden Pashima Art Palace Hiasan HouseboatSeni UkiranKayuMasing masing naik pelantar jeti 4 buah houseboatsMorning Star Group menunggu untuk pe...
Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg

Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 495 hits
HARI KETIGA 5 APRIL 2019 Golden Dal Lake Perkampungan Kunzer Bandar GulmergBerkelipan Cahaya4 15 pagi terbangun Suasana diselubungi kedinginan 4 45 pagi Azan sayup sayup memecah ketenangan Diikuti sayup sayup suara memuji Allah dari masjid ...
Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara

Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 535 hits
HARI KETIGA 5 APRIL 2019 Stesen Gulmarg Setesen Kongdoori Restoran SaharaAdd caption10 15 pagi naik sledge Terasa sedikit berdebar apabila di tarik oleh pemuda Kashmirike lembah salji Namun awal awal lagi sudah terganggu tumpuan Seorang hel...
Ramadhan 2019 Buffet Dinner Kampungku Ku Ixora Hotel Penang

Ramadhan 2019 Buffet Dinner Kampungku Ku Ixora Hotel Penang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 807 hits
RAMADHAN BUFFET 2019 KAMPUNGKU KU IXORA HOTEL PENANGRamadhan Buffet kali ini bertempat di Ixora Hotel Penang Dengan bertemakan Kampung Ku dapat dilihat ianya bersesuaian dengan menu yang ada Lebih kurang 70 menu yang ada untuk santapan para...
Keputusan Bola Sepak Liga Super Malaysia 23 April 2019

Keputusan Bola Sepak Liga Super Malaysia 23 April 2019

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 377 hits
Hanya satu perlawanan berlangsung pada 23 April 2019 9 00 malam di Stadium Bolasepak Cheras Kuala Lumpur melibatkan Kuala Lumpur dan Perak Ini merupakan perlawanan gantian minggu ke 3 yang ditangguhkan sebelum ini KEPUTUSAN PENUHKuala Lumpu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon