Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg


HARI KETIGA : 5 APRIL 2019 (1)
Golden Dal Lake - Perkampungan Kunzer
- Bandar Gulmerg
(Berlabuh Di Mata Tersentuh Di Jiwa)


Berkelipan Cahaya
4.15 pagi, terbangun. Suasana diselubungi kedinginan. 4.45 pagi. Azan sayup-sayup memecah ketenangan. Diikuti sayup-sayup suara memuji Allah dari masjid, bagaikan saling bersaing dan saling bersambut. Namun pagi ini terasa sangat sejuknya, chilled to the bones. Air di bilik mandi bagaikan ais dinginnya.


Memburu Kegelapan
5.35 pagi, selesai solat. Kemudian keluar dari bilik. Lorong di sepanjang bilik agak gelap. Terasa amat sejuk apabila sampai di beranda houseboat. Kegelapan masih menyelimuti. Hanya jauh di seberang tasik  berkelip-kelipan cahaya di puncak bukit Shankaracharya Temple. Kelipan cahaya merah di puncak tv tower juga  turut menunggu kedatangan fajar.



Detik Perubahan
Bayangan cahaya lampu dari bangunan-bangunan di sepanjang Jalan Boulevard bagaikan menari-nari di permukaan tasik. Lalu bagaikan mengalami setiap detik perubahan. Melihat cahaya yang perlahan-lahan memburu kegelapan. Beransur-ansur menerangi setiap sudut dan ceruk di sekitar tasik. Begitu indah sekali dalam bayangan kesamaran pagi.



Mencari CahayaMenanti Fajar
6.04 pagi, cahaya fajar mula menerangi sekitar tasik. Deretan houseboat di sepanjang pinggir tasik bagaikan terbangun. Turut meraikan kedatangan fajar. Warna kuning dan perang kemerah-merahan  melatari pergunungan Zabarwan. Membangkitkan rasa kekagumam pada secebis keindahan dari syurga. Lalu “berlabuh di mata tersentuh di jiwa”.



Hening Pagi
7.23 pagi, perlahan-lahan mentari muncul hingga ke puncak gunung. Cahaya keperang-perangan melatari sejauh hujung langit. Lalu sentuhan bayang-bayang  keemasannya bagaikan menari-menari di permukaan tasik. Begitu indah. Memukau para penginap di houseboats 7.36 pagi, penginap houseboats sudah berada di pelantar jeti. Suara-suara keriangan menjanjikan perjalanan yang ceria pada hari ini.


Bertaut Akhirnya
7.36 pagi, Kembara Sutera menaiki shikara masing-masing. Lalu menyusuri laluan di tengah tasik. Demikian, apabila dayung dikayuh perahu berolang-aling. Riak-riak air tasik bagaikan berkejar-kejaran mengiringi lenggang-lengguk shikara. Kelihatan rumpai-rumpai air terliuk-liuk diredah shikara. Namun, “biduk lalu rumpai-rumpai kembali bertaut” akhirnya.



Merai Fajar
7.39 pagi, sampai di Shikara Stand 13. 7 buah kereta sewa Innova Toyota sudah tersedia. Berderet-deret di sepanjang Jalan Boulevard. 7.42 pagi, doa mengiringin perjalanan. Pengalaman telah mengajar untuk menerima kesulitan dalam perjalanan. Lebih-lebih lagi jalan yang buruk, sempit dan tidak rata Dirumitkan dengan kesesakan kenderaaan dan kebisingan bunyi hon.

Lama-kelamaan kesulitan itu menjadi kebiasaan yang menyeronokkan. Demikian, kadang-kadang sesuatu yang tidak dijangka akan menjadi keindahan yang begitu manis. So let it be. 8.23 pagi, melintasi dataran sawah yang gersang selepas tuaian. Begitu juga ladang epal yang kekeringan daun-daunnya.

Masih menyusuri Jalan Boulevard sepanjang pinggir tasik. Agak selesa pagi ini. Kenderaan agak kurang dan begitu bunyi hon kurang menganggu pendengaran. Di sepanjang jalan pokok-lokok chanar kelihatan meranting dalam musim bunga. Mencari cahaya.  8.28 pagi, melalui Bandar Magam. Agak sibuk dan sesak dengan bas dan kereta. Kebiasaan yang terpaksa diterima.


Kunza Vikkage
Jalan kelihatan berdebu. Begitu bangunan-bangunan kelihatan pudar dengan tompok-tompokan debu. Sayup-sayup di udara burung-burung helang kelihatan berterbangan sambil meninjau. Bagaikan mengiringi 7 kereta Toyota Innova. Sehaluan berkonvoi, menyusuri jalan ke kawasan pergunungan.


Perkampungan Tradisi
8.35 pagi, jauh di hujung perjalanan kelihatan sayup-sayup pergunungan Gulmarg. Puncaknya diliputi salji. Begitu indah dalam kesamaran. 8.43 pagi. masuk simpang kiri, Jalan Srinagar - Gulmarg.  Melalui perkampungan Kunzer. Seterusnya ke  perkarangan Payam Fast Food. Ruang untuk melegakan diri di washroom.

Pokok-pokok walnut kelihatan tinggal ranting. Di hujungnya tunas mula bercambah. 8.50 pagi, bertolak. Pergunungan salji mengiringi sepanjang perjalanan.  Di kiri kanan jalan, pohoh-pohon walnut meminggiri. 9.06 pagi, kelihatan perkampungan di lembah, dilimpahi cahaya pagi. 9.08 pagi, bersesak-sesak. Kereta berhenti untuk membayar tol. Kemudian bergerak perlahan-lahan.

Lalu suasana menjadi bising dengan pelbagai irama bunyi hon. Membunyikan hon di jalanan adalah kebiasaan yang perlu. Sebaliknya tidak ada pemandu yang hilang sabar. Bagi mereka tanpa hon seolah-olah tiada stereng. Yang anihnya bunyi hon dapat mengawal trafik. Jadi tidak hairanlah bandar-bandar di Kashmir kurang menggunakan sistem lampu isyarat.


Laluan GunungHamparan Salji
9.13 pagi, perjalanan mula melalui lereng-lereng gunung. Semakin tinggi semakin berliku-liku Jalan Gulmarg. Salji kelihatan meliputi lereng-lereng dan lembah-lembah gunung. Kadang-kadang kereta bagaikan melalui celah-celah blue pine hutan konifer. 9.28 pagi, laluan semakin cemas dan likuan sebagai ganas. Tebing pula semakin tinggi dengan lurahnya semakin curam. Ada yang memejam mata sambil bibir berkumat-kamit membaca ayat tolak bala.


Stesen BukitZig View Point
9.31 pagi, akhirnya kereta berhenti di  bandar Gulmerg. Stesen Bukit yang tingginya 2653 m. Terkenal dengan jolokan, “the meadow of flowers”. Seterusnya berkumpul di Zig View Point, tempat menyewa jaket dan but.  9.32 pagi, hanya menyewa but. Masing-masing sudah memakai baju tebal ala eskimo. 9.44 pagi, bergambar ramai-ramai. Kemudian turun. Jalan agak licin. Terpaksa menggunakan tumid untuk cengkaman.


Sudut Sewa ButAksi View Point
9.50 pagi, meneruskan perjalanan. Kali ini laluan  semakin mencabar. Namun suara-suara keseronokan memenuhi sepanjang perjalanan. 9.01 pagi, berkumpul di lokasi sledge. Tidak sabar-sabar untuk turun ke lapangan sledge. Namun terpaksa menunggu sledge. Lalu angin dari pergunungan Gulmarg memuput di permukaan salji. Terasa benar dinginnya.



font-size: 13.0pt;

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://qalamalam.blogspot.com/2019/04/kashnir-3-9-april-2019-5-april-2019-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 702 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport KLIA2 KLIA Peta Teratak Seri Teratai5 38 pagi bertolak dari teratak Seri Teratai Suasana pagi agak samar samar Jalan pula lengang dan terasa benar sepinya Lampu jalan berbalam bal...
Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 384 hits
HARI KEDUA 4 APRIL 2019 Indira Gandhi Memorial Tulip Garden Heritage Mughal Garden Nishat Mughal Garden Pashima Art Palace Hiasan HouseboatSeni UkiranKayuMasing masing naik pelantar jeti 4 buah houseboatsMorning Star Group menunggu untuk pe...
Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill

Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 614 hits
HARI KEEMPAT 6 APRIL 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Resorts Hotel Green Height HillSuara TasikMeniti Fajar4 39 pagi terbangun Suara suara memuji Allah sayup sayup mengisi ketenangan pagi 5 05 pagi menggigil keluar dari bathroom walau...
Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara

Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 535 hits
HARI KETIGA 5 APRIL 2019 Stesen Gulmarg Setesen Kongdoori Restoran SaharaAdd caption10 15 pagi naik sledge Terasa sedikit berdebar apabila di tarik oleh pemuda Kashmirike lembah salji Namun awal awal lagi sudah terganggu tumpuan Seorang hel...
Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 445 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn4 34 petang awan makin lama makin tebal Lalu menghilangkan pandangan Pesawat mula bergegar apabila melanggar awan Makin lama makin mencemaskan Lalu ...
Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 23 April 2019

Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 23 April 2019

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 424 hits
Gambaran Keseluruhan Urusniaga pasangan mata wang GBP USD terus bergerak menaik dari tahap 1 3087 Minggu lepas pasangan itu meningkat dari tahap 1 3087 ke nahagian atas sekitar tahap 1 3201 tetapi pasangan itu pulih semula untuk meletakkan ...
Analisis Gelombang Elliott Eur Jpy Untuk 23 April 2019

Analisis Gelombang Elliott Eur Jpy Untuk 23 April 2019

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 324 hits
Rintangan pada tahap 126 80 kekal mengukuh tetapi pembetulan dari sini hanya perlu membuktikan untuk sementara dan idealnya akan berada di atas tahap sokongan pada tahap 125 45 untuk penembusan di atas tahap rintangan kecil pada 126 10 dan ...
Bitcoin Mencecah Melebihi As 5 250 22 April 2019

Bitcoin Mencecah Melebihi As 5 250 22 April 2019

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 296 hits
Urusniaga pasaran Bitcoin kini mengukuh di atas kawasan AS 5 250 menyusuli tempoh turun naik dan spike yang lebih tinggi Spekulasi kenaikkan harga adalah masih cukup kuat Penolakan garis aliran menunjukkan momentum menaik yang lebih tinggi ...
Pengalaman Daftar Dan Pemasangan Rfid Percuma Sesi April 2019

Pengalaman Daftar Dan Pemasangan Rfid Percuma Sesi April 2019

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 695 hits
Sebelum ini Cik iena selalu nampak lorong RFID dekat tol Teringin nak pasang tapi tak tau caranya Perlu bayar ke tidak Beberapa bulan lepas Cik iena ada install aplikasi Touch n Go eWallet untuk kegunaan pembayaran tol Bila guna aplikasi To...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat