Buffet Ramadhan 2019 Holiday Inn Hotel Bertemakan Citarasa Desa
BUFFET RAMADHAN 2019: HOLIDAY INN HOTEL
BERTEMAKAN CITARASA DESA
Baru-baru ini AlongMurni (AM) mendapat jemputan ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bagi meraikan rakan korporat, warga kerja dan anak-anak yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Review yang diadakan di Kites Restaurant, 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor. Memang meriah tau!! AM pertama kali sampai ke Holiday Inn Hotel nie. Pemandangan cantik, apalagi ber OOTD sakan la AM. hehehe..
Sempat pula berOOTD di sini.. hehehe..
TENTANG PROGRAM CITARASA DESA BUFET REVIEW
Rupa-rupanya Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie merupakan salah satu Hotel yang termahsyur di Subang Jaya, beroperasi selama 25 tahun dan kini, ia masih kukuh berdiri. Lama juga kan?
Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie merancang untuk 1 program yang diberi nama Citarasa Desa Bufet Review bersama Datuk Aznil Hj Nawawi. Program ini bakal dilaksanakan pada 12 April 2019, Jumaat dari 6.30 pm sehingga 10.30 pm.
seronok anak-anak yatim Rumah Nur Sakinah dapat menjamu seleraDi dalam masa yang sama, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah memilih seramai 35 orang anak yatim untuk menjadi tetamu istimewa pada malam itu. AM dimaklumkan yang objektif menjemput anak-anak yatim ini adalah kerana pihak Holiday Inn Hotel ingin berkongsi rezeki dan memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Bagus dan AM sangat menyokong usaha murni dan tanggungjawab CSR yang cuba dilaksanakan ini.
TEMA PROGRAM CITARASA DESA BUFET REVIEW
Dengan bertemakan CITARASA DESA Buffet Ramadhan 2019 di Holiday Inn menerapkan konsep kampung, bazaar, teratak bonda, dan selera tradisional, di samping dapat mengimbau kembali saat kenangan ketika kita berada di kampung halaman.
Tambah menarik dan bagi memeriahkan lagi program ini, Buffet Ramadhan 2019 di Holiday Inn Hotel telah menyediakan pelbagai juadah lebih dari 200 jenis untuk umat muslim dan muslimat menjamu selera.
Antara hidangan istimewa yang telah disediakan oleh professional chef kami ialah Kambing Golek, Satay Klasik Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma Desa, Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodol Durian Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.
Wahhh!! Memang menarik kan hidangan bagi juadah berbuka puasa nanti. AM paling teruja bila tengok ada sup gear box dan durian. Dua-dua ini menu favourite AM tau!! Wajib cuba rasa.
Teruja AM bila dapat makan buah durian
Saiz gear box betul2 besar. Jenuh AM makan sensorg!!HARGA CITARASA DESA BUFET, KITES RESTAURANT
TARIKH
BIASA
6 MEI 2019 - 4 JUN 2019
‘EARLY BIRD’
SEKARANG - 30 APRIL 2019
Waktu Operasi
6.30 pm - 10.30 pm
6.30 pm - 10.30 pm
HARGA BIASA
HARGA ‘EARLY BIRD’
Dewasa
RM 148 nett
RM 118 nett
Kanak-Kanak
6 Tahun - 12 Tahun
RM 75 nett
RM 48 nett
Warga Emas
55 Tahun Dan Ke Atas
RM 99 nett
RM 88 nett
KATA ALONG MURNI
LEBIH DARIPADA 200 JENIS MENU TERDAPAT SEPANJANG RAMADHAN 2019 JIKA BERBUKA PUASA DI SINI. BANYAK PILIHAN DAN MENGIKUT SELERA DAN CITARASA. AM PALING SUKA SUP GEAR BOX DAN IKAN BAKAR DI SINI. RASA MACAM MASAKAN MAK DI KAMPUNG. OWH YA DAGING MASAK LEMAK CILI PADI PUN AM SARANKAN UNTUK MENCUBA TAU! AM SIAP HIRUP SEMANGKUK KUAH DAGING MASAK LEMAK NIE TAU!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2019/04/buffet-ramadhan-2019-holiday-inn-hotel.html