Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Stesen Gulmarg Stesen Kongdoori Restoran Gulmarg Sahara


HARI KETIGA : 5 APRIL 2019 (2)
Stesen Gulmarg – Setesen Kongdoori - Restoran Sahara
(Mata Kian Terleka Jiwa Kian Tergoda)



Add caption
10.15 pagi, naik sledge. Terasa sedikit berdebar apabila di tarik oleh pemuda Kashmirike lembah salji. Namun awal-awal lagi sudah terganggu tumpuan. Seorang helpersibuk hendak membantu. Kemudian meminta tip atas khidmat yang tak seberapa. Akhirnya helper mengalah apabila buat-buat tak peduli.

Add captionAdd caption
Lalu membiarkan sledge ditarik merentasi lembah salji, sejauh 3 km. Kelihatan salji bagaikan hamparan permaidani, memutih di seluruh lembah. Lalu menguasai penglihatan. Demikian, perlahan-lahan Aura salji menyerap ke seluruh badan. Terasa dingin



Jeritan KeseronokanZaman 50an
Aroma segar terus menyelubungi lapangan sledge. Diiringi semangat berlumba-lumba antara penarik-penarik sledge. Bagaikan pesta menarik upih di zaman kanak-kanak 10.43 pagi, akhirnya jeritan-jeritan keseronokan surut di tempat penamat sledge. Kemudian masing-masing bergerak ke laluan gondola selepas memberi tip.


Add captionAdd captionPenamat Sledge
Barangkali tip sudah menjadi budaya dalam kehidupan Kashmiri. Demikian kesusahan hidup kadang-kadang memaksa untuk meminta-minta. Terpaksa hilang malu demi sesuap nasi. Namun turut menumpang rasa gembira ketika menarik sledge. Sama-sama menuruni dan mendaki lembah. Lebih seronok lagi apabila ada yang terguling dalam salji.

Gondola Route

10.58 pagi, sampai di pintu gatewaygondola. Kemudian berkumpul untuk menerima e tiket gondola. 11.16 pagi, naik gondola di Gate 2, bersama group Ganu. 6 orang sekali dalam kabin. Bermula dari stesen Gulmarg terus bergerak mengikut laluan gondola.  Merentasi hamparan salji di bawah pokok-pokok blue pine. Seterusnya melalui lereng-lereng gunung yang agak curam.

Stesen GulmargStesen Kongdoori
11.23 pagi, sampai di setesen Kongdoori aras 1. Terletak di lereng gunung Kongdoori. Kemudian turun tangga. Bergambar ramai-ramai. Beberapa juru gambar tempatan sibuk menawar khidmat. Kembara Sutera hanya berlegar di sekitar kawasan berhampiran stesen. Kelihatan ribuan jejak kaki jelas terbenam dalam salji.

11.44 pagi, kelihatan mentari memancar lesu. Namun cahayanya agak berkilauan atas salji di lereng-lereng gunung. Tertarik dengan suara-suara keseronokan. lalu menyusuri laluan ke lereng gunung. Para tetamu gunung bagaikan berpesta menikmati panorama banjaran Pir Panjal. Ada yang bergambar, bermain bola salji dan meluncur ski .


Tetamu GunungHamparan Salji
12.07 tengah hari, matahari semakin bersinar. Bayangan awan bagaikan bergerak perlahan-lahan menuruni lurah. Namun kelompok-kelompok tetamu gunung masih lagi menikmati aura dingin salji. Sekali-sekala terasa aroma salji yang segar dipuput angin dari lembah blue pine.



Add caption
Add captionAdd caption
 12.15 tengah hari, beredar. Laluan agak keras dan licin. Terpaksa berhati-hati. Kemudian naik tanngga terus ke Stesen Kongdoori. 12.36 tengah hari, naik semula gondola. Namun laluan yang sama tidak lagi menarik perhatian. Hanya hamparan salji di bawah pohon-pohon blue pine. 12.45 tengah hari, sampai di Stesen Gulmarg.

Restoran Sahara
Terus naik jip. 12.50 tengah hari, berhenti berhampiran Restoran Gulmarg Sahara. 1.40 petang, hujan mula turun. Selepas lunch, keluar dari restoran. 2.04 bertolak. Berliku-liku menuruni lereng gunung. Tebing tinggi dan lurah curam tidak lagi mencemaskan. 2.07 petang, berhenti sebentar. Hanya jalur-jalur salji dilereng bukit.

2.30 petang, melintasi perkampungan di lembah. Seterusnya melalui pekan kecil. Kedai-kedai hampir di sepanjang jalan. 237 petang, Kampung Kunzer. Melintasi ladang biri-biri. 2.44 petang, masuk pekan Magam. Berhenti di Grand Village Emporium dengan tag linenya, “the paradise of handicrafts. Sempat solat jamak takdim di mosula emporium.

3.10 petang, meneruskan semula perjalanan. Hujan mula menari-menari di atas atap kereta. Kemudian berhenti. Namun awan mendung kelihatan berarak-arak memenuhi ruang langit. 3.26 petang, perjalanan agak perlahan. 3.30 petang, masuk Bandar Magam yang agak sibuk.

Suasana hingar-bingar dengan bunyi hon. Riuh-rendah suara pedestrian. 3.45 petang, berhenti sebentar. 4.06 petang, menyusuri Bandar Batamaloo. 4.12 petang, jalan mula sesak. Disibukkan oleh penjaja-penjaja di pinggir jalan. 4.20 petang, melintasi Makka Market. 4.47 petang, Sterusnya menyusuri jalan Boulevard hingga ke Shikara Stand 13.

Turun dari kereta terus naik shikara B. 4.48 petang, lalu menyusuri ke tengah tasik. Pedagang shikara bagaikan berlumba-lumba mencari pelanggan. Saling memintas dan saling bersaing. Bagaikan pesta lumba shikara. Bersimpang-siur mengikut laluan air tasik. Bayang-bayang menjadi beralun-alun mengikut gelombang-gelombang di permukaan.

Sisa-sia senja masih lagi melatari hujung langit. Kelihatan banjaran gunung Zabarwanberbalam-balam dalam cahaya senja yang semakin pudar. 4.56 petang, sampai di jeti Morning Star. Lalu terus masuk bilik. Kesempatan untuk berehat. Melegakan anggota dan perasaan.

7.12 malam, solat jamak takdim. Sayup-sayup terdengar alunan sentimental dari jeti. 7.24 malam, turun ke platform jeti. Kelihatan lampu-lampu berkerlip-kerlipan di seberang tasik. Bayangnya menari-nari di permukaan tasik. Begitu indah sekali.

8.51 malam, masing-masing bersedia untuk makan malam dalam boat cruise. A moment to remember and a night to dream. 8.53 malam, bermulanya acara apabila seorang penyanyi mendendangkan lagu Hindustan. Perasaan bagaikan terperangkap dalan alunan. Seiring dengan rentak, kaki bergerak-gerak mengikut irama. Lalu “mata kian terleka jiwa kian tergoda”.

8.54 malam, bot mula bergerak perlahan-lahan. Ditarik oleh bot kecil. Aura tasik menyelinap masuk.Terasa dingin tetapi selesa. Langsir bot mula diikat. Angin malam bagaikan berlumba-lumba di permukaan tasik. Lalu menyelinap masuk kabin. Menghayalkan dengan fantasi 1001 malam.

8.13 malam, azan berkumandang, upacara dihentikan untuk sementara. 8.28 malam, beratur untuk dinner. Bersama-sama menikmati Khasmir cuisine.  Upacara diteruskan dengan lagu tradisional Kashmir. Kamudian breakdancedari pemuda Kashmiri. Persembahan diakhiri dengan lagu “happy birthday” untuk Pn. Taziah. Diringi tarian ala samazau oleh Pn. Anita.

9.21 malam, akhirnya dinner cruisemelabuhkan tirai. Bot kemudiannya perlahan-lahan menghampiri jeti. Namun bisik-bisik keriangan bagaikan kedengaran apabila kaki menjejak pelantar. Lalu masing-masing balik ke boathouses untuk meneruskan khayalan seribu bintang. Kemudiannya menyulam memori semalam  untuk menjejak mimpi esoknya. Yesterday’s memory is tomorrow’s dream.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://qalamalam.blogspot.com/2019/04/kashmir-3-9-april-2019-5-april-2019-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Lavender Park Lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park

Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Lavender Park Lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 516 hits
HARI KEEMPAT 6 APRIL 2019 Lavender Park lembah Aru Restoran Sagar Hotel Asian Park Lavender ParkBangsal Kuda1 59 petang hujan turun rintik rintik 2 03 petang masuk simpang kiri Terus melalui jembatan 2 04 petang sampai di Lavender Park Bebe...
Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

Kashmir 3 9 April 2019 4 April 2019 Tulip Garden Heritage Mughak Garden Pashima Art Pakace

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 384 hits
HARI KEDUA 4 APRIL 2019 Indira Gandhi Memorial Tulip Garden Heritage Mughal Garden Nishat Mughal Garden Pashima Art Palace Hiasan HouseboatSeni UkiranKayuMasing masing naik pelantar jeti 4 buah houseboatsMorning Star Group menunggu untuk pe...
Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

Kashmir 3 9 April 2019 3 April 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 445 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Teluk Benggal Indira Ghandi International Airport Hotel Clarks Inn4 34 petang awan makin lama makin tebal Lalu menghilangkan pandangan Pesawat mula bergegar apabila melanggar awan Makin lama makin mencemaskan Lalu ...
Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

Kashmir 3 April 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport Klia 2 Klia

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 702 hits
HARI PERTAMA 3 APRIL 2019 Seri Teratai Sultan Mahmud Airport KLIA2 KLIA Peta Teratak Seri Teratai5 38 pagi bertolak dari teratak Seri Teratai Suasana pagi agak samar samar Jalan pula lengang dan terasa benar sepinya Lampu jalan berbalam bal...
Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg

Kashmir 3 9 April 2019 5 April 2019 Golden Dal Lake Kampung Kunzer Bandar Gulmerg

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 496 hits
HARI KETIGA 5 APRIL 2019 Golden Dal Lake Perkampungan Kunzer Bandar GulmergBerkelipan Cahaya4 15 pagi terbangun Suasana diselubungi kedinginan 4 45 pagi Azan sayup sayup memecah ketenangan Diikuti sayup sayup suara memuji Allah dari masjid ...
Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill

Kashmir 3 9 April 2019 6 April 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Hotel Green Height Hill

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 614 hits
HARI KEEMPAT 6 APRIL 2019 Zamindar Kesar King Apple Valley Resorts Hotel Green Height HillSuara TasikMeniti Fajar4 39 pagi terbangun Suara suara memuji Allah sayup sayup mengisi ketenangan pagi 5 05 pagi menggigil keluar dari bathroom walau...
Analisis Fundamental Pasangan Usd Cad Untuk 24 April 2019

Analisis Fundamental Pasangan Usd Cad Untuk 24 April 2019

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 337 hits
Urusniaga mata wang USD telah menjadi mata wang dominan dalam pasangan itu sementara CAD tidak begitu kukuh baru baru ini Akibatnya harga itu didagangkan pada berhampiran kawasan rintangan 1 3450 dari mana terdapat kebarangkalian lebih besa...
Bitcoin Mengekalkan Tekanan Kenaikan Harga 24 April 2019

Bitcoin Mengekalkan Tekanan Kenaikan Harga 24 April 2019

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 370 hits
Bitcoin menunjukkan penurunan secara mendadak selepas melonjak melebihi 5 500 dengan momentum yang tidak menentu baru baru ini BTC berdagang secara mendatar selepas mencapai tahap tinggi dalam tempoh 6 bulan Harga dijangka akan terus member...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat