Kari Ikan Kembung Utara Yang Sedap



Saya perasan dalam Instagram, ada seorang Instafamous memasak pelbagai jenis lauk sehari. Kuantiti yang dimasak nampak banyak. Dalam hati terfikir, berapa banyak budget yang diperuntukkan untuk makan kalau macam ni punya masak setiap hari. Kalau orang kaya dan bergaji besar, bolehlah faham cara mereka makan memang mewah.

Orang biasa hanya memasak satu sahaja lauk utama setiap hari. Hanya baru kini, saya faham yang beliau memasak kerana ingin menghasilkan buku masakan. Masakan lauk pauk harian dibukukan siri demi siri dan dijual. Serampang dua mata. tak salah pun. Mungkin orang seperti ini orang yang cerdik. Tidak seperti orang lain yang memasak untuk hidangan keluarga semata mata. Ooh patutlah. 

Saya pula memasak kerana passion, kerana suka mencuba pelbagai masakan. Bukan untuk tujuan lain. Selain mencuba masakan, saya selesa ingin berkongsi resepi apa yang dimasak dengan follower saya. Itu sudah memberi kegembiraan buat saya kerana saya inginkan pahala dari perkongsian ilmu memasak. OK sekarang kita masuk pula bab gulai kari ikan kembung.

Saya tertarik dengan apa yang ditulis di SINI kari ikan kembung yang best ialah yang bila lepas makan, hang pi basuh tangan sampai  habis sebuku sabun pun, tangan hang masih bau lagi kari tu. Kari  ikan yang best ialah yang pecah minyak. Kari kari yang best ialah yang warnanya merah, bukan oren. Kari ikan yang best ialah rasanya masam-masam. 

Beliau juga menulis, pada aku kalau hang orang kedah tapi tak reti buat kari ikan tak payah la mengaku orang Kedah. Kari ikan temenung/kembung ni memang makanan wajib orang Kedah. 
Waduh waduh baca apa yang ditulis membuatkan saya tidak sabar untuk cuba memasaknya sendiri. Saya pergi sendiri ke kedai runcit untuk mencari rempah kari ikan cap O. Saya ikut resepi yang ditulis di belakang pek rempah kari.  

Mungkin ada yang pernah terbaca apa yang saya tulis di blog selama ini yang saya tidak pernah makan kari ikan sehingga lah berkahwin. Malahan saya rasa pelik bila melihat keluarga mertua memasak kari ikan. Kari kalau dalam keluarga saya ialah untuk daging atau ayam. Kalau ikan masak gulai lemak. 
Jadi masakan yang bukan kebiasaan pada saya, memang saya akan belajar dan cuba memasaknya supaya close dengan resepi asal di sesebuah negeri. Saya menanya dalam group WhatsApp pada kawan kawan yang tinggal di Kedah. Tapi sebab dah malam agaknya, tak ada siapa yang respond.

Semasa balik dari hospital, kami singgah di kedai runcit. Kebetulan di kedai runcit, ada ikan kembung yang sangat segar. Kata adik yang menjual di situ, ikan baru sampai. Saya memilih 4 ekor ikan yang sangat segar.

Serious sedap, rempah karinya bau lain sikit. Berulang ulang kali saya mencium tangan selepas makan sebab baunya memang masih melekat. Saya suka kari yang kuahnya pekat melekat di ikan, bukan yang jenis licin dan berenang renang dengan minyak. Sedap dengan kuah pekat melekat dan rasanya masam. Kepada yang belum pernah rasa, saya cadangkan anda untuk cuba menyediakanhya sendiri di rumah. Pasti lagi sedap bila dimasak sendiri.  
Jom layan resepi yang telah saya salin dan olah bagi memudahkan rujukan di masa hadapan. Jangan lupa layan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..


Kari Ikan Kembung Orang KedahOleh: Azie Kitchen 
Bahan A:4 ekor ikan kembung1 biji kelapa - 900 ml santan 1 kepal asam jawa/asam kepingGaram
6-7 sudu besar minyak masak
Bahan A:6 biji bawang merah2 ulas bawang putih1 sudu kecil halba campur1 pelepah daun kari
Bahan B:1 paket 25 gram rempah kari ikan cap O 6 biji bawang merah3 ulas bawang putih
Bahan C:6 batang kacang bendi1-2 biji buah tomato1 tangkai cili merah
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dengan daun kari sehingga wangi dan garing. 
Bila dah garing, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan bawang bawang tumbuk. Masukkan sekali air asam jawa dan garam. Tumis sehingga benar benar garing wangi dan pecah minyak.  Kalau warna oren lagi tu namanya gulai tak jadi. 



Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air. Setelah air mendidih, baru dimasukkan santan. Kacau rata sehingga mendidih dan kuah cantik hampir terbit minyak. 
Bila dah mendidih, baru dimasukkan ikan dengan kacang bendi dan cili hidup. Bila kacang bendi dah lembut,  masuk buah tomato. Masak selama 3 minit bolehlah ditutup api. 



Nota:
Kari mesti pecah minyak, warna merah dan menpunyai rasa masam.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/kari-ikan-kembung-utara-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap Dan Pedas Pasti Membuka Selera

Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap Dan Pedas Pasti Membuka Selera

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 835 hits
As Salam Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Pedas Pasti Membuka Selera Cuti sekolah dan memang sudah dijangkakan oleh mak mak se Malaya Masuk dapur sehari dekat empat ploh kali kiki Masak makan habis masak lagi Ayah dep...
Ikan Kembung Rebus Air Asam Merecik Cili Api

Ikan Kembung Rebus Air Asam Merecik Cili Api

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 2188 hits
Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam Merecik Cili Api ini memang terangkat habis Resepi Norhabibah Harun ibu mertuanya cukup ringkas namun mampu membuatkan selera makan bertambah Bahan Lada kampung Air limau nipis asam jawa Sedikit air masak ...
Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

Ramai Tercari Cari Sangat Sedap Rasanya Ikan Kukus Pla Kapong Neung Manao Resepi Masakan Thailand

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 1750 hits
Pla Kapong Neung Manao atau ikan barramundi Thai yang dikukus dengan sos limau adalah hidangan makanan laut kegemaran ramai di Thailand Buat saja resipi ini di rumah dan nikmati masakan ikan kukus sebenar Author Mark WiensJenis resipi ThaiM...
Harga Ikan Kembung Rm50 Sekilo

Harga Ikan Kembung Rm50 Sekilo

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 551 hits
GEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan harga ikan kembung melonjak sehingga RM50 sekilogram sekiranya Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang dilaksanakan Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata kenaikan harga i...
Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 736 hits
Sejak mendengar video oleh Dato Dr Nordin Darus mengenai persediaan menjalani hari hari tua saya sebaik mungkin mahu mengelak dari mencari masalah yang sepatutnya boleh dielakkan Saya cuba manage hati ini supaya sentiasa tenang Salah satu c...
Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

Ikan Percik Merah Kelantan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 588 hits
Ikan Percik Merah Kelantan adalah antara lauk pauk kegemaran saya dan anak anak Walaupun kami jarang balik ke Kelantan mereka suka makan makanan dan lauk pauk Kelantan kerana saya kerap menyediakannya di rumah Kadang kadang sarapan pun mere...
Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 287 hits
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan Macam macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi a...
Siapa Kata Lauk Pantang Tak Best Set Menu Pantang Ibu Ni Semua Sedap Belaka

Siapa Kata Lauk Pantang Tak Best Set Menu Pantang Ibu Ni Semua Sedap Belaka

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 1648 hits
Siapa kata lauk pantang tak best Dan siapa kata lauk pantang boring asyik sama je dengan menu rebus panggang dan kukus Baik menu kukus rebus atau panggang jika diberikan olahan yang baik pastinya buat ibu berpantang rasa nak makan bertambah...
Punyalah Sedap Rasa Aiskrim Ni Nutella Lemak Lemak Manis Guna 4 Bahan Je

Punyalah Sedap Rasa Aiskrim Ni Nutella Lemak Lemak Manis Guna 4 Bahan Je

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 617 hits
Sesekali ada masanya kita teringin nak makan aiskrim Malaysia Bukan anak anak saja kita yang dewasa pun adakalanya boleh layan makan sampai dua tiga aiskrim Cuti sekolah ini apa kata tambahkan aktiviti anak anak dengan menyediakan aiskrim M...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia