Siapa Kata Lauk Pantang Tak Best Set Menu Pantang Ibu Ni Semua Sedap Belaka


Siapa kata lauk pantang tak best? Dan siapa kata lauk pantang boring, asyik sama je dengan menu rebus, panggang dan kukus? Baik menu kukus, rebus atau panggang jika diberikan olahan yang baik pastinya buat ibu berpantang rasa nak makan bertambah-tambah. Silap hari bulan masih teringat-ingat walaupun sudah habis tempoh berpantang. Punyalah rindu dengan menu-menu hebat ni.
Menu berpantang yang dikongsikan oleh Puan Hayati Bekri di facebooknya ini memang semuanya sedap belaka. Biarpun menggunakan cara memasak seperti rebus, kukus dan panggang sahaja tetapi resipi yang disediakan memang awesome. Semuanya segar-segar belaka. Barulah nutrisi dibekalkan dengan sebaiknya dan susu ibu makin bertambah. Jom sediakan set sama seperti ibu ni. Mantap!

 
“Sape cakap lauk pantang tak best? Sedap la.(tapi nasi tak boleh tambah jugak). Saja nak share menu & resepi masa saya berpantang, today dah masuk 2 hari saya habis pantang. Kalau ada yang nak share, silakan. Nanti bila dah bersalin boleh tengok balik, insyaAllah.
Tapi kena pandai jugak rasa-rasa mana yang sesuai dengan keadaan badan kita k. Mungkin kita nampak orang lain kuat, tapi belum tentu untuk kita lagi….”

DAGING BAKAR
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut
Lada hitam
Garam
Minyak
Cara memasak :
1. Gaulkan daging dengan lada hitam dan garam. Kemudian panggang sehingga masak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

DAGING MASAK HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
Cara Memasak:
1. Rebus daging hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan daging bersama air rebusannya beserta air asam jawa.
4. Perasakan dengan sedikit garam, biarkan mendidih dan angkat.

SUP LOBAK MERAH BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
1/2 biji lobak merah -dihiris nipis
2 ulas bawang putih -dihiris
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi panas.

DAGING STIM HALIA
Bahan-bahan:
300gm daging – dihiris nipis
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Cara Memasak:
1. Hiris nipis daging dan kesemua bahan.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga daging masak.
3. Sedia dihidang bersama nasi panas.

IKAN SELAR STIM LADA HITAM
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
Sedikit lada hitam
2 ulas bawang putih
Cara Memasak:
1. Masukkan ke semua bahan dalam pengukus.
2. Taburkan sedikit lada hitam.
3. Kukus hingga masak.

DAGING MASAK SINGGANG
Bahan-bahan:
300gm daging -dihiris nipis
2 inci halia
Sedikit lengkuas
Asam keping
Garam dan gula
Cara Memasak:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih, perasakan dan angkat.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Jadi mana satu pilihan mama? Simpan semuanya kemas-kemas, bila tiba waktu berpantang nanti bolehlah dicuba. Semua menu yang dikongsikan ibu ini sihat, segar dan paling penting ringkas cara penyediaannya.
 
The post “Siapa Kata Lauk Pantang Tak Best” Set Menu Pantang Ibu Ni Semua Sedap Belaka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/siapa-kata-lauk-pantang-tak-best-set-menu-pantang-ibu-ni-semua-sedap-belaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Garam Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome

Tak Ada Garam Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 449 hits
Sama seperti kita anak yang masih kecil pun inginkan makanan yang enak seperti yang disediakan buat kita Pun begitu tanggungjawab mengawal kandungan gula dan garam buat anak kecil kita di bawah usia dua tahun jangan dilupakan Biarpun tanpa ...
Info Kesihatan Pantang Ibu Berpantang

Info Kesihatan Pantang Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 1040 hits
AssalamualaikumInfo menarik ini dikongsikan dari catatan doktor pakar yang memang betul betul pakar Tak perlu dinafikan apalagi dipertikaikan Beliau ialah Prof Dr Imelda Balchin Soalan Doc bagaimana cara berpantang terbaik selepas bersalin ...
Selesai K0nvo Graduan Berlari Sjud Dikaki Ibu Cetus Hiba Semua

Selesai K0nvo Graduan Berlari Sjud Dikaki Ibu Cetus Hiba Semua

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 284 hits
Musim konvokesyen sudah pun menjengah ke penghujungnya Pelbagai coretan kisah suka duka para graduan telah menutup tirai konvokesyen diseluruh isntitusi pelajaran tinggi untuk tahun ini Selesai k0nvo graduan berlari sjud dikaki ibu cetus hi...
Dari Tak Pandai Apa Apa Sejak Pantang Anak Ke 3 Hingga Ke 6 Semua Suami Buat

Dari Tak Pandai Apa Apa Sejak Pantang Anak Ke 3 Hingga Ke 6 Semua Suami Buat

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 407 hits
Biasanya isteri dalam pantang suami akan hantar ke kampung atau mak yang akan jaga Itu mentaliti kita sejak dulu lagi kan Sekarang ni pun dah banyak servis jaga ibu dalam pantang disediakan untuk lebih memudahkan semua pihak Namun bagi sese...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 642 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Kg Baru Tiada Sebab Guna Akta Ambil Tanah Jika Semua Setuju Kata Khalid

Kg Baru Tiada Sebab Guna Akta Ambil Tanah Jika Semua Setuju Kata Khalid

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 217 hits
SUNGAI PETANI Tiada sebab untuk kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah bagi mengambil tanah Kampung Baru Kuala Lumpur jika semua pemilik tanah memahami dan bersetuju dengan rancangan pembangunan kawasan itu Menteri Wilayah Persekutuan ...
Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 255 hits
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan Macam macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi a...
Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak Anak Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

Memang Best Bercuti Ke Luar Negara Dengan Anak Anak Ibu Ini Kongsi Maklumat Ambil Suntikan Vaksin Sebelum Melancong

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 297 hits
Hujung tahun ni memang ramai yang ambil peluang untuk bercuti ke luar negara Bagi yang nak bawa keluarga terutamanya anak anak kecil pasti pelbagai persediaan di buat sebelum memulakan perjalanan Ini semua penting bagi memastikan segalanya ...
Bayi Yang Lahir Dari Ibu Usia Tua Lebih Berisiko Alami Masalah Jantung

Bayi Yang Lahir Dari Ibu Usia Tua Lebih Berisiko Alami Masalah Jantung

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 287 hits
Penelitian terbaru mengungkap bahwa perubahan di plasenta ibu usia tua yang hamil berujung pada tingginya kemungkinan masalah kesehatan pada anak laki lakinya Hasil penelitian ini dipublikasikan pada jurnal Scientific Reports
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm

Umno Pas Bersatu Amanah Mengail Dalam Kolam Yang Sama

Fella Aufiyya Pengalaman Kedua Bersalin Secara Normal