Kalaupun Aku Kejam Adalah Kerana Cinta Pada Allah Semata Mata 9671



Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Kisah Aurangzeb-Wali Maharaja Mongol Yang dihitamkan sejarahnya. Aurangzeb. Namanya yang sengaja di hitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam. 

Sejak kecil lagi aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah rendah. Kata mereka beliau adalah tokoh yang kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. 

Malah diwaktu itu aku menjadi seorang dari ribuan orang yang menyanjungi Akhbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India. 

Akhbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir didalam negaranya. 

Kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Budha, Kristian dan Islam. 

Ia juga terlalu memberi muka kepada-kepada penentang Islam dengan menarik semula pembayaran ijazah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sebenarnya AurangZeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. 

Ia juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Ia juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan. Sembahyang dan puasanya banyak. Ia mengharamkan kembali peminuman arak, nyayian-nyayian, tarian-tarian, gundek-gundek yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa.

Satu ketika, peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan satu kaum Hindu di dalam negara India. 

Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunak tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. 

Berita ini telah diberitahu kepada Auragzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu akan membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimana caranya. Bagaimana dan apakah yang harus dibuat untuk menghadapi tentera musuh yang menggunakan kekuatan sihir ini?

Aurangzeb adalah yang sangat soleh. Beliau adalah seseorang sufi yang yakin dengan bantuan Allah ﷻ dalam menghadapi apa juga keadaan. 

Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan dan tiada siapa yang dibenarnya membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya. Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah ﷻ. 

Mereka pun berjaya. Bila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!

Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik. 

Segala bentuk hiburan selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya menimbulkan kejutan yang amat sangat dikalangan pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati pemerintah-pemerintah sebelumnya. 

Namun bagi Aurangzeb yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk yang haram tetap haram walau disukai ramai. Malah pada muzik membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta masyuk yang diharamkan oleh Islam. 

Beliau berpegang tegas kepada sabda Rasulullah ﷺ: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah ﷻ).”

Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas di kalangan pemuzik-pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. Untuk bangun menetang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menengakkan hukum Allah ﷻ. 

Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sesuatu berbentuk keranda yang besar untuk dibawa dalam perarakan. Dalam keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memamndangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik didalam negara India ketika itu sungguh banyak. 

Pada hari yang ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan ini bergema diseluruh negara menghasilkan satu suasana yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik-pemuzik. 

Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai, sehinggalah perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb. Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?” Orang pun memberi penjelasan bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik. Aurangzeb pun berkata, “Katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikan, kerana aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau bangkainya!” Jawapan ini sangat tepat dan tegas. Ahli-ahli muzik yang mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja yang soleh itu telah menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan neraka di akhirat nanti. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukan kepada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu selalunya ubat. 

Dalam hidupnya ia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat dari alim-ulama. Ia sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana kerajaan Mogul indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada di situ bila menjalankan tugas-tugas rasmi. Rumahnya yang sebenar ialah rumah kecil yang sederhana.

Baginya Pertalian Syahadah iaitu sesiapa sahaja yang kuat berpegang pada hukum Allah ﷻ melebihi Pertalian Darah dan Saudaranya. 

Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Dalam menegakkan satu kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum-hukum Allah ﷻ walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Dalam masa pemerintahannya juga, dia terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah terdahulu. Dengan tegasnya ia menukar nama Kota Benares kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah Masjid Besar yang mempunyai khutbah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkah melimpah-limpah semasa pemerintahannya bila hasil pendapatan negara meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintahan Akbar.

Inilah antara usaha kecilku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. 

Kita telah dirancuni oleh sejarah tulisan para orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mengecualikan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah ﷻ. 

Sedangkan kepada kita Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya Mujahid Yang Bertaqwa. Memanglah dia keras tetapi Islam adakalanya memerlukan orang-orang keras untuk ditegakkan. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Syaidina Umar Al Farouk yang terkenal tegas itu dan mereka berdua inilah antara ribuan Mujahid-mujahid Islam yang menepati kehendak Allah ﷻ melalui firman-Nya: “Muhammad Rasulullah ﷺ dan orang-orang besertanya, sangat keras dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang sesama mereka (umat Islam)”

Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh Aurangzeb dengan kata-katanya, “kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta pada agama semata-mata!”

Sumber: 
http://mutaqinqubra96.blogspot.com/2010/09/kisah-aurangzeb-wali-maharaja-mongol.html
Konflik Xinjiang Uyghur dan Republik Rakyat China. Sejarah mencatat tarikh Xinjiang untuk milenium SM 2. Banyak kerajaan dikawal beberapa daerah ini, termasuk Xiongnu, Han, Göktürks, Tang, Turki Uighur, dan Mongol. 

Wilayah tersebut ditawan oleh Dinasti Qing pada 1759. Daerah Xinjiang, yang bermaksud "sempadan baru" Xinjiang kini menjadi sebahagian daripada Republik Rakyat China, sejak tahun ditubuhkan pada tahun 1949.
Sejarah Pergolakan

Memiliki ciri fizikal masyarakat Afghanistan, etnik Uighur di Xinjiang, China, sering berdepan dengan konflik antara agama di wilayah yang digelar laluan emas itu. Rusuhan terbaru yang mengorbankan 156 adalah buktinya.

Ia bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. 

Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu. Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan. Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik. 

Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China. 

Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini. Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989 yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

"Lindungi Xinjiang!," jerit ribuan pegawai pencegah rusuhan dan polis bersenjata sewaktu mereka dikerah ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan. Setakat ini, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Cina Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Siasatan awal mengesahkan sebanyak 261 buah kenderaan telah dibakar melibatkan 190 buah bas, 10 buah teksi dan dua kereta peronda polis. Turut musnah ialah 203 buah kedai dan 14 buah kediaman. Lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis. 

Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976. 

Keganasan ini sebenarnya mungkin boleh dielakkan jika pihak berkuasa tidak bertindak keras terhadap peserta-peserta protes. "Kemarahan ini sudah lama terpendam. 

Pada awalnya ia hanya satu perhimpunan aman. 

Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!' Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang negara. Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain. Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu.

Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah Xinjiang. 

Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah. Namun, majoriti penduduk berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan 'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli, pertanian dan minyak di Xinjiang. 

Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han. Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama Islam. 

Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah bebas, Turkestan Timur ditubuhkan. Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an. Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya. 

Menyifatkan diri mangsa keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai kumpulan al-Qaeda versi China. China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas oleh Washington. Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.

Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949, Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. Sepanjang Revolusi Budaya, identiti umat Islam terus terdedah kepada serangan bertalu-talu daripada kerajaan China. 

Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. 

Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab. Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam. Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang. 

Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomintang pada ketika itu. 

Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.


China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu. Imam-imam diwajibkan memperolehi lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di Masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.

Sumber: 
http://mutaqinqubra96.blogspot.com/2010/09/abdulla-abdurehim-yol-brgin.html

Konflik penduduk Patani dan Kerajaan Thai. 
KRONOLOGI PERISTIWA PENTING: 

28 April 2004 - Kampung Krisek (Kre Se), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam.

24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan) - Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga Masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.

30 Januari 2009 - Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan Solat jumaat. Allahyarham pernah ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.

1 Jun 2009 - 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.

2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), Imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.

24 Disember 2009 - Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke Masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.

29 Disember 2009 - Talib 48 tahun dari Kampung Slow, Mukim Resak, Narathiwat ditembak selepas Solat Isyak di hadapan rumahnya. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

10 Februari 2010 - Fauzee Y'Tok 39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.

24 Januari 2010 - Haji Kosim b. Haji Mat Sum, Imam yang juga Guru Qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri dan tahlil seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.

15 Februari 2010 - Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.

5 April 2010 - 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang bukti.

19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal dunia iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun). Allahyarham Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala Allahyarham Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).

30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah meninggal dunia ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Allahyarham didakwa telah membunuh diri, namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang Allahyarham telah diseksa sehingga mati.

6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Allahyarham merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Allahyarham meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.

MENGAPA MEREKA BERJUANG?

# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa Berbahasa Melayu.

# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar di sekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.

# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara Bahasa Thai. Mereka tidak dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu.

# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.

# Kelima yakni yang terakhir, bangsa Thai bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem'Buddha'kan orang-orang Melayu di Pattani. 

Di sinilah letaknya titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia

Sumber:
http://mutaqinqubra96.blogspot.com/2010/09/lagu-kebangsaan-patani-animation.html

#Kampung diubah ke Bahasa Thai menjadi "Ban" 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/01/kalaupun-aku-kejam-adalah-kerana-cinta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasrat Rakyat Mahu Lihat Tol Dihapuskan Tinggal Impian Semata Mata Gerakan

Hasrat Rakyat Mahu Lihat Tol Dihapuskan Tinggal Impian Semata Mata Gerakan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 220 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan digesa menghapuskan tol secara berperingkat sehingga perjanjian konsesi tamat dalam tempoh 38 tahun akan datang Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata Pakatan Harapan harus menunaikan janji...
Aku U Turn Semata Mata Nak Tengok Myvi Tu Aduhai Haha Netizen Terkejut Tengok Myvi Panjat Divider

Aku U Turn Semata Mata Nak Tengok Myvi Tu Aduhai Haha Netizen Terkejut Tengok Myvi Panjat Divider

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 429 hits
Aku U Turn semata mata nak tengok Myvi tu aduhai Haha demikian kata individu yang merakam video sebuah kereta Myvi yang terbabit dalam kemalangan Kejadian itu dilaporkan berlaku berdekatan Danga City Mall menghala ke Woodland di mana kereta...
Gus Dur Dan Mata Allah

Gus Dur Dan Mata Allah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 253 hits
Oleh Abdul Mughni ShiddiqDesember 2015 bertepatan dengan Haul Gus Dur di media sosial saya menuliskan perjalanan kebencian saya pada Gus Dur sebanyak 3 bagian Di luar dugaan tulisan tulisan itu dibagikan banyak orang Yang paling banyak diba...
Dap Berkuasa Untuk Kepentingan Mereka Semata Mata Berpuluh Janji Dimungkiri Hishammuddin

Dap Berkuasa Untuk Kepentingan Mereka Semata Mata Berpuluh Janji Dimungkiri Hishammuddin

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 327 hits
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Dap yang selama ini kemaruk mahu menjadi kerajaan bukanlah untuk membela rakyat tetapi semata mata demi kepentingan tertentu parti itu Dalam satu lontaran di Facebook dengan si...
Menyayangi Isteri Itu Adalah Perintah Allah Tapi Ramai Suami Yang Ambil Mudah

Menyayangi Isteri Itu Adalah Perintah Allah Tapi Ramai Suami Yang Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 434 hits
Mendirikan rumahtangga merupakan perintah Allah SWT kepada hambaNya Ia juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW dan kita sebagai orang islam harus mengikutinya apabila kita mampu dan telah memenuhi syarat Dalam rumahtangga yang dibina harus ...
Rindu Adalah Sebahagian Fitrah Kehidupan Manusia Bersifat Makhluk Dan Hamba Allah 9539

Rindu Adalah Sebahagian Fitrah Kehidupan Manusia Bersifat Makhluk Dan Hamba Allah 9539

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 747 hits
Rindu Kerinduan Dirindui Merindui Adalah lumrah kehidupan seseorang manusia Bagaimana orang bertakwa dan beriman meladeni perasaan rindu ini Mereka tanpa ragu ragu kerana Allah mengutamakan perasaan merindui Allah dan Pesuruhnya Nabi Muhamm...
Sangat Kejam Mata Anak Anjing Ini Diberi Lem Super Oleh Si Pemilik

Sangat Kejam Mata Anak Anjing Ini Diberi Lem Super Oleh Si Pemilik

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 325 hits
Dengan kejam sang pemilik memberikan lem super ke mata anak anjingnya Bahkan dengan alasan yang cukup membuat darah siapa saja menjadi naik
Hanya Sehari Demam Terus Kritikal Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi

Hanya Sehari Demam Terus Kritikal Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 352 hits
Ajal maut semua rahsia Allah Bila dan bagaimana cara kematian kita semua itu Allah yang tahu Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak ketiganya telah pergi buat selama lamanya selepas demam dan mengalami sawan Perk...
Allah Permudah Urusan Kita 9527

Allah Permudah Urusan Kita 9527

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 350 hits
Sikap sombong membunuh takwa dan iman Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh MENAHAN DIRI Yang sulit itu menahan diri saat Allah karuniakan kelapangan rezeki tapi tetap hidup sederhana Yang sulit itu menahan diri saat Allah beri karuni...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos