Hanya Sehari Demam Terus Kritikal Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi


Ajal maut semua rahsia Allah. Bila dan bagaimana cara kematian kita, semua itu Allah yang tahu. Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak ketiganya telah pergi buat selama-lamanya selepas demam dan mengalami sawan.
Perkongsian dari seorang bapa Mohd Esmadi Ibrahim ini boleh dijadikan peringatan bersama.

Sekejap saja Allah bagi pinjam
Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah SWT.
Kini saya diberi kekuatan olehNya untuk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah saja yang Maha Mengetahui.
31/12/2019 
Anak kedua demam, sah Influenza A
Anell abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawa Anell ke hospital untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam.
Setelah darah diambil, doktor di hospital mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..Subhannallah. Saya bagitau kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demamnya tak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam.
Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau. Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air.. Allahuakbar. Dengan sedikit kekecewaan saya bawa anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas. Ia tak mampu untuk menurunkan suhu.
Jam 8 pagi sekali lagi saya bawa Anell ke klinik di bandar Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital. Doktor di klinik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tak syak lagi bahawa Anell dijangkiti Influenza A.

Bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tak mampu mengesahkan anak saya menghidap Influenza A. Dengan surat rujukan dari klinik saya bawa Anell terus ke hospital swasta di bandar Kuantan.
Bayangkan sahabat-sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan pada Ajim sepanjang masa tu dan tak pernah berjumpa dia dari 1 Januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk. Saya sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni.. Saya berada di hospital bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan along di rumah.
2/1/2020
Ajim demam, mengadu sakit perut
Pada sebelah malam umi bagitau saya yang Ajim demam. Saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 Ajim demam balik dan saya bagitau umi supaya baw Ajim ke klinik yang sama masa abangnya demam sebelum ni.
Saya bagitau umi untuk minta doktor di klinik tersebut buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sangat aktif sehingga saya dan isteri memang tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak.
Tapi, umi bagitau Ajim selalu sakit perut. Umi bawa Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bagitau demam Ajim naik dengan mendadak. Allahuakbar Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tak kebah-kebah. Umi bagitau yang dia nak masukkan sub dan saya pun setuju... Selepas masukkan sub lah Ajim sawan yang tiada penghujungnya…Allahhh.

Dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawa Ajim ke emergency. Pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari hospital swasta di Kuantan bersama Anel walaupun Anel masih tak sihat. Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajim semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital.
Satu Hari Demam Terus Kritikal
Bayangkan sahabat-sahabatku, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah saja yang tahu. Sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil.
Sampai di hospital tak dibenarkan masuk tengok Ajim sebab masih dirawat. Allah Hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu.
Dari jauh saya tengok Ajim terbaring kaku dah dan tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh. Mulut diikat sebab sawan..Allahuakbar anak saya terus dipindahkan ke hospital lain dan ditempatkan di zon kritikal. Doktor pakar memaklumkan kepada saya yang anak saya sangat kritikal terpaksa dipantau 24 jam.
Selepas CT scan anak sy dimasukkan ke ICU. Saya dalam keadaan sangat sedih terpaksa bawa balik Anell ke hospital swasta di Kuantan semula dan saya terpaksa minta Anell dipindahkan ke hospital berdekatan rumah.

Ajim pergi buat selamanya
Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pada 6/1/2020 jam 7.11 am. Walaupun saya dan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami reda yang Allah lebih sayangkannya.
Kami tahu bahawa Allah akan menempatkan Ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah.. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jengka 18 pada hari yang sama.
Saya titipkan kisah ini sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit. Kita tak tahu apa yang mereka tanggung masa tu…Tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak.
Al-Fatihah (dengan bacaan) Abi, umi, along dan Anell sayang Ajim sangat-sangat.
Sumber: Mohd Esmadi Ibrahim
The post Hanya Sehari Demam Terus Kritikal. Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-sehari-demam-terus-kritikal-tak-sangka-secepat-ini-allah-ambil-anak-abi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 2 Jam Sehari Anak Dengan Gajet Berisiko Rabun Pakai Cermin Mata Di Awal Usia

Lebih 2 Jam Sehari Anak Dengan Gajet Berisiko Rabun Pakai Cermin Mata Di Awal Usia

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 455 hits
Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda Dalam aspek kesan penggunaan gajet kepada mata ia boleh menyebabkan k...
Ibu Guna Google Untuk Rawat Anak Demam 6 Hari Kemudian Disahkan Hidap Penyakit Kawasaki

Ibu Guna Google Untuk Rawat Anak Demam 6 Hari Kemudian Disahkan Hidap Penyakit Kawasaki

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 531 hits
Kewujudan laman Google sememangnya memudahkan pengguna internet tetapi tidak sepatutnya kita bergantung sepenuhnya kepada Google terutamanya apabila timbul isu mengenai kesihatan manusia Ini kerana jika tersalah pemahaman boleh membawa kepa...
Pilih Ibuprofen Vs Paracetamol Duel Obat Demam Anak Yang Wajib Ibu Tahu Bedanya

Pilih Ibuprofen Vs Paracetamol Duel Obat Demam Anak Yang Wajib Ibu Tahu Bedanya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 458 hits
Meski sama sama bisa menurunkan demam tapi kamu harus paham bedanya Ada yang nggak cocok buat lambung sensitif lo
Sakit Sakit Sangat Rasa Berpantang Tanpa Kamu Allah Hanya Mampu Menangis

Sakit Sakit Sangat Rasa Berpantang Tanpa Kamu Allah Hanya Mampu Menangis

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 341 hits
Perjuangan seorang ibu dan isteri sangat besar sepanjang mengandungkan dan melahirkan si kecil penyejuk mata dan sinar kebahagiaan buat keluarga Namun tak semua berakhir dengan kebahagiaan Itulah perjuangan besar jihad bagi si ibu Begitulah...
Tak Perlu Menjerit Atau Pukul Lembutkan Hati Anak Dengan Hanya 3 Teknik Ini

Tak Perlu Menjerit Atau Pukul Lembutkan Hati Anak Dengan Hanya 3 Teknik Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 289 hits
Tak perlu menjerit tak perlu memukul Hanya guna teknik psikologi anak boleh lembut hatinya asalkan ibu bapa tahu cara nak buat anak rasa dirinya disayangi Anak anak ni dia jujur Apa yang kita lihat dari perlakuan atau riak wajahnya itu yang...
Sering Keliru 3 Penyakit Ini Kerap Disalahpahami Hanya Sebagai Demam

Sering Keliru 3 Penyakit Ini Kerap Disalahpahami Hanya Sebagai Demam

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 309 hits
Salah satu masalah kesehatan yang kerap kita alami sehari hari adalah demam Pada dasarnya kondisi ini merupakan infeksi virus yang terjadi pada saluran pernapasan atas
Hanya Kerana Selamatkan Anak Dari Kebakaran Berbanding Gambar Bapa Amp Datuk Kim Jong Un Ibu Ini Dipenjara

Hanya Kerana Selamatkan Anak Dari Kebakaran Berbanding Gambar Bapa Amp Datuk Kim Jong Un Ibu Ini Dipenjara

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 549 hits
Negara yang dipimpin oleh Kim Jong Un Korea Utara sememangnya terkenal sebagai negara yang sangat tertutup dengan dunia luar selain mempunyai pelbagai peraturan atau undang undang yang luar biasa nbsp Salah satu kewajipan untuk rakyatnya ad...
Hati Hati Bukan Semua Jenis Ubat Sumbat Sesuai Untuk Anak Demam Suhu Tinggi

Hati Hati Bukan Semua Jenis Ubat Sumbat Sesuai Untuk Anak Demam Suhu Tinggi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1263 hits
Ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak anak ke pusat rawatan atau hospital jika mereka mengalami demam selesema dan batuk berpanjangan Ini kerana pemberian ubat tanpa nasihat doktor boleh memudaratkan anak jika betul disahkan me...
6 Kesalahan Utama Orang Tua Saat Anak Demam Hati Hati Jika Keliru Bisa Fatal Akibatnya

6 Kesalahan Utama Orang Tua Saat Anak Demam Hati Hati Jika Keliru Bisa Fatal Akibatnya

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 303 hits
Jangan kira ngompresin kepala anakmu pakai air dingin apalagi batu es itu benar lo Bun Big NO NO
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Continuous Learning In Business

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kesan Data Non Farm Payroll Kepada Pasaran Saham Emas Kripto

Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

20 Sebab Dan Perkara Medical Card Tak Cover

Tetamu Tamak Ambil Makanan Dan Tetamu Tidak Diundang

Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik