Kalau Nak Mudah Berjaya Dalam Berniaga Pastikan Anda Tak Layan Semua Orang




Ada sekali tu seorang rakan yang buat perniagaan dadih datang jumpa saya di pejabat syarikat pest control saya ketika itu di Glenmarie, Shah Alam. Saya lebih awal berhenti kerja dan berniaga. 
Beberapa tahun kemudian, saya dapat tahu dia pula berhenti. Bila dia datang berkunjung, baru saya tahu dia buat bisnes apa. Dia nak kongsikan masalah perniagaannya. Mungkin sebab saya mula berniaga lebih awal dan dia nampak bisnes saya macam ok saja, maka dia rasa saya ada sesuatau yang boleh dipelajari.
Ceritanya pada saya .. 
Dia pasarkan dadih buatan sendiri di beberapa tempat sekitar Lembah Kelang terutamanya di kantin-kantin sekolah. Jumlah pengeluarannya masa tu adalah dalam 2 ribu dadih sehari.
Ada satu persoalan yang sedang berkisar dalam kepalanya. Ada ada bertemu dengan seorang prospek pelanggan yang merupakan seorang Mak Datin. Dia telah berikan beberapa sampel dadih pada Mak Datin itu untuk rasa dan ternyata Mak Datin amat suka pada dadih buatannya.
Mak Datin bercadang untuk pasarkan dadih tersebut pada rangkaian rakan-rakannya yang terdiri daripada kumpulan Mak-Mak Datin dan para isteri kepada orang-orang ternama dan penting.
Cuma ada sedikit masalah timbul. Mak Datin bertanyakan air apa yang dia gunakan dalam proses membuat dadih itu.
Rakan saya terangkan dia menggunakan air paip yang dimasak. Itu membuatkan Mak Datin risau samada rakan-rakannya dapat terima dengan penggunaan air paip.
Layan permintaan Mak DatinMak Datin mengesyorkan rakan saya itu menggunakan air mineral kerana ia lebih terjamin kebersihannya dan berkualiti tinggi. Kalau tidak, agak sukar untuk dia mengambil dadih tersebut.
Itulah yang menjadikan rakan saya serba salah dan tidak dapat jalan penyelesaian. Kos jika menggunakan air mineral adalah tinggi dan dia tidak dapat mengekalkan harga dadih sebagai mana sekarang.
Persoalannya adalah, macam mana nak buat, itulah sebabnya dia datang menemui saya.
Saya bertanyakan padanya berapa ramai jumlah Mak Datin di Lembah Kelang dan dari jumlah tersebut agaknya berapa ramai yang akan membeli dadih daripadanya.
Rakan saya terdiam, cuba mencongat buat kiraan agaknya. Saya berikan pandangan bahawa tak ramai jumlah Mak Datin berbanding pasaran semasa yang telah dia bina.
Dalam situasi itu, adalah tidak berbaloi dia melayan permintaan Mak Datin tersebut yang mana peningkatan hasil atau penambahan jualan daripada pasaran Mak Datin ada apa-apa makna sangat. Penambahan yang langsung tidak memberangsangkan.
Adalah lebih baik dia menumpukan pasaran yang ada sekarang yang lebih fokus pada mereka yang berpendapatan rendah dan tidak terlalu memilih dan mengada-ngada macam geng mak datin tu.
Ini bermakna rakan saya tak perlu melayan Mak Datin dan sekali gus masalah tersebut tidak wujud dan tidak perlu difikirkan langsung.
Dia tersenyum bersetuju dan merasa lega kerana tidak terlintas apa yang saya sampaikan padanya sebelum.
Jangan layan semua orangSalah satu kelebihan berniaga adalah anda boleh menentukan dengan siapa anda mahu memasarkan produk atau perkhidmatan yang mahu ditawarkan. Ertinya anda boleh memilih siapa yang nak dilayan.
Kadangkala para peniaga tidak sedar kelebihan ini. Mereka cuba memasarkan produk atau perkhidmatan pada semua orang seramai yang mungkin.
Apabila sesebuah perniagaan itu cuba menjadi jaguh dengan melayan semua orang, maka perniagaan hilang fokus dan tidak dapat membina keunikannya yang tersendiri.
Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah anda akan hilang tenaga akibat letih melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan hasil yang optimum.
Cerita di atas adalah contoh di mana para peniaga kadangkala terlupa yang mereka perlu menetapkan siapa pasaran mereka sejak awal dan istiqamah membina pasaran tersebut.
Apabila anda telah tetap dengan pasaran, masa yang ada boleh digunakan untuk memikirkan bagaimana membesarkan lagi pasaran tersebut dan menyediakan produk atau perkhidmatan yang paling ideal yang dapat memenuhi kehendak pasaran itu.
Bagi yang terlupa, pastikan anda sedar siapa pasaran, jenis macam mana pelanggan yang anda mahu berniaga. Pastikan anda fokus terhadap pasaran itu sehingga berjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/10/kalau-nak-berniaga-tak-perlu-layan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Untuk Pastikan Apa Yang Anda Sasarkan Di Tahun 2024 Ini Tercapai Dengan Mudah

Panduan Untuk Pastikan Apa Yang Anda Sasarkan Di Tahun 2024 Ini Tercapai Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 279 hits
Ini hari ke 2 untuk tahun baru 2024 Seperti biasa setiap masuk tahun yang baru ia dimulai dengan meletakkan sasaran yang hendak dicapai dalam tahun tersebut Saya yakin anda juga tentu punya sasaran yang nak dicapai setiap kali masuk tahun b...
Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat

Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 119 hits
Bagaimana agaknya cara untuk pilih perniagaan yang mudah dan selamat untuk dijalankan Anda tentu ada impian untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri Itu perkara biasa sebab ramai orang idamkan perkara yang sama Tapi terlalu sedikit yang ben...
Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu

Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 159 hits
Maklumat terkini untuk tahun 2023 yang saya dapat tahu tentang jumlah usahawan di seluruh dunia adalah seramai 582 juta orang Maklumat dari Global Entrepreneurship Monitor mengatakan jumlah usahawan naik selepas pandemik di seluruh dunia 90...
Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin Cuba Senaman Mudah Ni

Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin Cuba Senaman Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 133 hits
Semakin dekat hari nak bersalin ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar Senaman macam mana Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar perg...
Nak Meneran Risau Sembelit Teruk Waktu Hamil Ni Tip Mudah Membuang

Nak Meneran Risau Sembelit Teruk Waktu Hamil Ni Tip Mudah Membuang

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 236 hits
Sembelit ketika hamil sememangnya cukup memeritkan Dengan bebanan yang ditanggung kegagalan membuang air besar dirasakan cukup sukar dan begitu memenatkan bagi ibu hamil Apa caranya nak mudah membuang Menurut perkongsian Doktor Norintan Zai...
Kisah Kawan Kawan Yang Jadi Usahawan Berjaya Yang Mula Berniaga Sejak Usia Muda

Kisah Kawan Kawan Yang Jadi Usahawan Berjaya Yang Mula Berniaga Sejak Usia Muda

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 179 hits
Ada pendapat kata kalau nak jadi usahawan elok dimulakan ketika usia masih muda Ertinya dah mula jalankan perniagaan ketika masih muda Ada beberapa contoh usahawan terbilang yang tak tunggu tua untuk jadi usahawan Antara yang terkenal ialah...
Breaking News Cara Mudah Kemaskini Maklumat Dalam Sistem Padu

Breaking News Cara Mudah Kemaskini Maklumat Dalam Sistem Padu

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 301 hits
Sistem Pangkalan Data Utama adalah pangkalan data yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai su...
Walaun Mudah Lupa

Walaun Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 212 hits
Puak neo khawarij ni dah mula mainkan isu berkenaan pengumuman Menteri KPKT berkenaan peruntukan RM50 juta untuk rumah ibadat non muslim Padahal masa PN jadi kerajaan dulu pun peruntukan yang sama diberikan juga Jumlahnya pun sama Tetapi ke...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa