Kisah Kawan Kawan Yang Jadi Usahawan Berjaya Yang Mula Berniaga Sejak Usia Muda
Ada pendapat kata kalau nak jadi usahawan elok dimulakan ketika usia masih muda. Ertinya dah mula jalankan perniagaan ketika masih muda.
Ada beberapa contoh usahawan terbilang yang tak tunggu tua untuk jadi usahawan. Antara yang terkenal ialah seperti Bill Gate, Steve Job, Mark Zuckerberg. Mereka mulakan bisnes ketika usia di awal 20-an. Kemudian dah berjaya billionaire di awal usia.
Anda juga kawan-kawan saya sendiri yang mula berniaga ketika muda. Tidaklah terkenal seperti para billionaire tersebut di atas. Namun begitu, untuk standard usahawan tempatan, saya masukkan mereka dalam kategori usahawan berjaya dengan hasil jualan syarikat mencecah juta juga secara bulanan atau tahunan.
Salah seorang kawan baik yang saya kenal sejak dulu di kampung adalah seorang taukeh dalam bidang kesihatan. Dia membuka pusat bersalin khas untuk muslimah. Sejak sekolah menengah lagi dia memang dah suka berniaga. Jika masuk musim buah, bila balik sekolah dia kait buah rambutan, ikat kemas-kemas. Kemudian dia sewa teksi bawa semua buah itu untuk dijual di pusat bandar. Sekarang dia miliki beberapa rangkaian hospital bersalin yang berkonsepkan Islamik di Utara dan di Lembah Klang.
Seorang lagi kawan yang saya kenal di KL sini, mula bisnes awal juga. Macam-macam dia buat dari satu bisnes ke satu bisnes. Ada saja idea yang dia cuba. Masa orang tak berapa tahu pasal lelong barang di ebay dulu, saya lihat dia dah buat duit dari situ dengan jual bermacam-macam alat aksesori lelaki yang boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Petaling Street. Dia buka lelongan untuk dijual ke luar negara. Kemudian dia mula borong barang dari negara China sehingga membawa kepada pembukaan pusat borong barang dari China. Dia juga buat kursus memborong barang dari China antara yang awal buat kursus sedemikian.
Berkat usaha, skill dan sudah tentu rezki, dia berjaya awal. Perwatakan dan penampilannya yang matang membuatkan orang sangka umurnya dan lanjut. Tapi dia sebenarnya masih muda. Dari awal saya kenal dia, boleh nampak yang dia ada potensi untuk pergi jauh. Ditambah dengan citarasa yang kuat untuk berjaya, memang dia akan pergi jauh.
[Nota: Masa awal saya tulis artikel ini dulu, saya ada sebut untuk lihat takat mana dia akan pergi. Dan ternyata sekarang dia masuk dalam kategori yang tersendiri yang mampu beli jet peribadi.]
Ada ramai lagi kawan saya yang lain yang kini berjaya dengan aset berjuta-juta, juga mula berkecimpung sebagai usahawan sejak muda di bangku sekolah lagi. Kebanyakan daripada mereka tidak terkenal kerana memilih bidang niaga yang tak perlu amalkan gaya hidup glamour.
Kelebihan mula awalAda beberapa kelebihan yang boleh difikirkan jika anda mulakan perniagaan sejak usia masih muda. Mula berniaga dari muda sudah tentu ada baik & buruknya. Tapi saya nak fokus kepada kelebihannya dahulu seperti di bawah.
Pendedahan awal - Anda akan belajar ilmu keusahawanan lebih awal daripada orang lain.Komitmen masih rendah - Dengan adanya komitmen, ia melibatkan risiko mental dan fizikal. Risiko yang diambil di awal usia terlalu rendah berbanding mula lewat. Bayangkan jika anda mula berniaga ketika umur 17 tahun, apa yang nak dirisaukan?Banyak peluang untuk gagal - Membolehkan anda gagal berkali-kali sebagai medan ilmu mengetahui jalan mana yang salah.Sukses lebih awal - Mula awal membolehkan anda berjaya lebih awal berbanding orang lain yang mula lewat sekalipun gagal banyak kali.Faham kehendak pasaran akan datang - Memungkinkan anda nampak keperluan pengguna pada masa akan datang yang sezaman dengan anda.Bandingan berniaga & naik basikal.Belajar berniaga ni sama macam belajar nak basikal.
Tak ada cara lain untuk belajar naik basikal melainkan ambil basikal dan naik. Lagi cepat anda buat keputusan ambil basikal dan naik, lagi cepat jadi cekap kendalikan basikal.
Masuk Harvard untuk belajar teori naik basikal selama 5 tahun sekalipun, kalau tak ambil basikal dan naik, tak membantu untuk anda belajar naik basikal.
Berniaga pun begitu juga. Masuk Universiti belajar pasal perniagaan dari ijazah, master hingga ke pHD, kalau tak terjun dan jalankan perniagaan, anda masih belum lulus sekolah perniagaan lagi. Belum tentu bila berniaga anda akan berjaya.
Oleh itu mulakan berniaga awal, banyak faedahnya.
Umur dah lewatTapi kalau umur dah lanjut macam mana pulak?
Jawapannya adalah, Mulakan sekarang!
Sebelum umur anda meningkat lebih lanjut lagi. Samada mula sekarang atau kekal teragak-agak, umur anda sudah pasti tetap akan meningkat juga dari tahun ke tahun. Jadi buat keputusan!
Macam naik basikal, tak ada salahnya belajar naik basikal pada umur 40 tahun, bila dah cuba beberapa kali, Insyaallah mampu naik macam orang muda juga. Cuma bila jatuh ketika usia dah begitu, memang kelihatan amat buruk dan ambil masa sikit nak pulih berbanding anak muda.
Kelebihan mula lewatYa! mula lewat juga ada kelebihan.
Ertinya anda kerja makan gaji terlebih dulu, cari pengalaman, bina rangkaian dan kemahiran dalam industri tertentu sebelum terjun berhenti kerja dan berniaga.
Anda ada kelebihan pengetahuan dan keyakinan dalam bertindak. Cuma mungkin anda terlalu berhati-hati sebab tahu banyak benda sehingga membuatkan anda tidak bertindak. Itu risiko bila tahu banyak lebih dari orang lain.
Kajian juga mendapati, lebih tua anda bermula, lebih tinggi potensi untuk jadikan perniagaan anda berjaya. Itu berdasarkan maklumat kajian yang dilakukan di Amerika.
Jika anda diberi pilihan untuk melabur terhadap 2 syarikat baru mula. Yang pertama di kendalikan oleh anak muda dan kedua di kendalikan oleh individu pertengahan umur, pilihan terbaik adalah untuk memilih yang lebih berumur.
Tapi biasanya orang cenderung untuk pilih syarikat anak muda sebab tawaran yang murah untuk beli share berbanding syarikat pemilik yang dah pertengahan umur yang lebih matang dan yakin dengan apa yang dia buat. Jadi tawaran nak beli share di syarikat milik orang pertengahan umur adalah lebih mahal.
Dari kajian yang dilakukan, umur awal 40-an adalah yang paling sesuai untuk mulakan perniagaan. Boleh baca artikel di sini untuk maklumat lanjut.
Mulakan hari anda awalSelain dari faktor umur yang berikan beberapa kelebihan dalam perniagaan jika anda mulakan di usia muda, ada satu lagi faktor penting dalam bab mula awal ni.
Anda juga perlu pastikan agar mampu bangun awal, pergi dan buat kerja awal. Itu juga amat penting.
Tak ada orang yang mula membina perniagaannya lalu berjaya, dengan memulakan hari kerjanya pukul 12 tengahari. Melainkan dia berniaga seorang diri seperti jual kacang putih atau buat show macam artis jalanan.
Berniaga sendiri tanpa perlukan orang lain sebagai sebuah kumpulan tak akan pergi jauh ke mana. Lihat peniaga kacang putih yang buat kesemua kerjanya sendiri. Apa yang dia dapat hanya cukup untuk dirinya sendiri saja.
Tak ada orang melonjak bina syarikat besar dengan hanya seorang diri. Anda tak ada pilihan melainkan membina kumpulan yang cukup hebat. Lebih besar kumpulan lebih hebat perniagaan anda. Rekrut pekerja, pimpin, latih dan pantau, itu tugas yang cukup mencabar.
Jika peniaga kacang putih mahu besar mesti bina kumpulan peniaga-peniaga kacang putih yang besar dengan dia menjadi orang yang menguruskan mereka. Dari situ dia juga mampu menjadi pengimport kacang putih untuk diedarkan pada penjual-penjualnya.
Sampai di tahap besar sebegitu, dia tak boleh mengelak dari bangun dan pergi kerja awal. Waktu pejabat tak boleh dimulakan sesuka hati. Semua pekerja perlu berkumpul pada masa yang ditetapkan, perlu ada disiplin. Kalau taukeh tak ada disiplin, jangan harap anak buah akan berdisiplin.
Ringkasnya mula awal untuk berjaya ada dua makna:
Mula berniaga masa mudaBerdisiplin mulakan kerja awal untuk membina kumpulan yang hebat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hidupringkas.com/2023/12/mula-awal-jalan-mudah-untuk-berjaya.html