Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu




Maklumat terkini untuk tahun 2023 yang saya dapat tahu tentang jumlah usahawan di seluruh dunia adalah seramai 582 juta orang. 
Maklumat dari Global Entrepreneurship Monitor mengatakan jumlah usahawan naik selepas pandemik di seluruh dunia.
90% dari syarikat di dunia adalah terdiri dari Perniagaan Kecil dan Sederhana. PKS menyumbang kepada 50% dari peluang pekerjaan yang ada di seluruh dunia.
Yang tak bestnya, biasanya syarikat PKS ni sukar untuk mendapat bantuan atau sokongan kewangan dari institusi kewangan yang ada berbanding syarikat-syarikat besar. Jadi untuk hidup dan berniaga, PKS biasanya bergantung kepada keluarga, kawan-kawan atau guna duit sendiri saja.
Dianggarkan ada sebanyak 333.34 juta syarikat di seluruh dunia sekarang berbanding 314.21 pada tahun 2021. Separuh daripada syarikat yang ada tu bermula dari rumah. Mereka berniaga sebab nak jadi boss, itu sebab utama 29% daripada usahawan yang ada. Hanya 2% saja yang berniaga sebab melihat adanya peluang perniagaan.
Antara masalah besar yang para usahawan hadapi bila berniaga adalah mendapatkan pekerja yang sesuai yang membantu mereka menguruskan perniagaan.
Menarik untuk tahu statistik atau fakta pasal usahawan dan perniagaan ni. Anda boleh dapatkan banyak lagi maklumat di sini kalau berminat nak tahu. 
Tapi saya bukan nak cerita pasal statistik. Artikel ni nak kongsikan pengalaman bagaimana saya mula berniaga.
Ada tiga perkara penting yang saya lakukan terlebih dahulu sebelum melangkah kepada mengenal pasti jenis perniagaan yang nak dibuat.
Langkah pertama – Paling penting!Perlu ada masa untuk berkawan dengan usahawan sepenuh masa yang biasanya, mereka kerja tak ada jadual tetap seperti orang makan gaji.
Perlu cari jalan agar mereka dapat terima untuk berkawan rapat dengan anda. Sebab kebiasaannya orang berniaga ni lebih suka bercampur dengan sesama mereka para usahawan sahaja. Mereka bosan duduk dengan geng makan gaji yang terbelenggu dengan pemikiran takut dan negatif.
Paling susah adalah untuk berkawan dengan usahawan yang berjaya. Kumpulan ini tak akan rapat dengan golongan makan gaji melainkan pegawai itu mampu berikan peluang perniagaan pada mereka. Kalau setakat nam sembang kosong, mereka tak mau layan.
Maka untuk membolehkan saya lakukan semua tersebut di atas, maka langkah paling awal yang saya buat adalah,  'Berhenti kerja’!
Ya !
Saya letak jawatan dan berhenti dari makan gaji supaya ada masa dan boleh dengan bangganya memperkenalkan diri saya sebagai usahawan pada rakan-rakan usahawan tersebut.
Itulah rahsia langkah pertama yang saya buat.
Perlu ada keberanian ala kamekaze untuk melaksanakannya. Bukan semua orang berani buat. Hanya khas untuk anda yang memang jitu dan tabah saja.
Terpulang kepada pembaca sendiri untuk memikirkannya. Tidak ada paksaan untuk mengikut cara saya dan ia tidak semestinya yang terbaik. Namun bagi saya, langkah paling mula untuk menjadi seorang usahawan adalah dengan memberikan surat letak jawatan!
Bila dah berhenti kerja, saya buat apa saja perniagaan yang dapat. Asalkan ada produk, ada permintaan, boleh jual, jalan saja. Samada itu memang perniagaan yang saya benar-benar nak buat tidak penting lagi buat masa awal sebegitu.
#2 – Yakinkan diri mahu berniagaMajoriti orang yang berniaga di luar sana jika anda tanya adalah mereka yang terpaksa berniaga untuk cari makan dan teruskan kehidupan. Saya bukan begitu. Mendapatkan pekerjaan atau kerja makan gaji masa muda dulu, amat mudah bagi saya.
Namun sebagaimana kebanyakan orang lain, hasrat mahu berniaga sentiasa ada dalam benak hati saya. Saya tak mahu ia sekadar menjadi impian sahaja. Jadi saya perlu merancang agar ia benar-benar terjadi.
Keyakinan untuk meneruskan hasrat menjadi usahawan saya kukuhkan dengan lebih jitu apabila membuat keputusan untuk mula berkawan rapat hanya dengan mereka yang berniaga.
#3 – Percaya boleh berjayaAnda mestilah yakin dan percaya bahawa anda mampu untuk berjaya sebagai seorang usahawan.
Bila kita benar-benar yakin dengan keputusan untuk menyara kehidupan menjadi seorang usahawan, ianya mesti disusuli dengan ada kepercayaan pada diri sendiri bahawa kita pasti akan berjaya (Insyallah).
Pengukuhan keyakinan untuk berjaya ini saya lakukan melalui memilih kawan dari kalangan mereka yang berjaya sahaja dan seterusnya belajar bagaimana mereka lakukannya.
Untuk berjaya, lebih bijak jika dianya dipelajari dari mereka yang berjaya, mereka sudah pasti mampu menunjukkan jalan perintis yang pernah mereka lalui.
Melalui mereka, saya disuntik dengan ribuan sebab kenapa saya juga boleh berjaya. Ini merupakan antara tabiat hebat mereka yang berjaya.
Memandangkan saya berkawan rapat dengan mereka yang berjaya, ia secara lansung menjadi kusyen seandainya saya terpelanting ke bawah, sekurang-kurangnya saya dengan mudah boleh mencari duit dengan menjadi pembantu mereka.
Ini secara lansung mengurangkan risiko dan ketakutan.
Setelah lulus kedua-dua langkah di atas, semangat saya makin berkobar-kobar untuk terus berniaga sampai berjaya.
Nasib baik  saya dikelilingi oleh mereka yang berpengalaman. Mereka selalu saja tanya soalan keramat ini.
“NAK BERNIAGA APA ?”
Soalan itu merupakan asas kepada pembukaan minda agar sentiasa peka terhadap peluang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/11/Langkah%20jadi%20usahawan%20berisiko%20tinggi%20yang%20saya%20ambil%20ketika%20awal%20nak%20berniaga%20dahulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Kawan Kawan Yang Jadi Usahawan Berjaya Yang Mula Berniaga Sejak Usia Muda

Kisah Kawan Kawan Yang Jadi Usahawan Berjaya Yang Mula Berniaga Sejak Usia Muda

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 156 hits
Ada pendapat kata kalau nak jadi usahawan elok dimulakan ketika usia masih muda Ertinya dah mula jalankan perniagaan ketika masih muda Ada beberapa contoh usahawan terbilang yang tak tunggu tua untuk jadi usahawan Antara yang terkenal ialah...
Demo Slot Langkah Awal Untuk Menjadi Master Slot Online

Demo Slot Langkah Awal Untuk Menjadi Master Slot Online

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 192 hits
Demo Slot Langkah Awal untuk Menjadi Master Slot Online Pernahkah Anda mendengar istilah demo slot Jika belum mari kita jelaskan Demo slot adalah versi gratis dari permainan slot online yang memungkinkan Anda untuk berlatih tanpa harus memp...
Kalau Nak Mudah Berjaya Dalam Berniaga Pastikan Anda Tak Layan Semua Orang

Kalau Nak Mudah Berjaya Dalam Berniaga Pastikan Anda Tak Layan Semua Orang

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 104 hits
Ada sekali tu seorang rakan yang buat perniagaan dadih datang jumpa saya di pejabat syarikat pest control saya ketika itu di Glenmarie Shah Alam Saya lebih awal berhenti kerja dan berniaga Beberapa tahun kemudian saya dapat tahu dia pula be...
Hiburan Kau Aniaya Tyzo Dari Awal Jahat Sangat Nak Masuk Abpbh Tahun Depan Tak Ada Pesaing Dj Anne Selangor Fm

Hiburan Kau Aniaya Tyzo Dari Awal Jahat Sangat Nak Masuk Abpbh Tahun Depan Tak Ada Pesaing Dj Anne Selangor Fm

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 255 hits
Susulan daripada penamatan kontrak penyampai radio Suria FM Tyzo oleh pengurus besar syarikat radio tersebut iaitu DJ Lin muncul pula beberapa kenyataan daripada penyampai radio stesen lain berkenaan isu tersebut Berikutan pendedahan itu ne...
Langkah Dubai Perlu Najib Restu Kalau Nak Jadi

Langkah Dubai Perlu Najib Restu Kalau Nak Jadi

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 198 hits
Langkah Dubai Perlu Najib restu kalau nak jadi ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be ax55pMig1Fg src in org https www youtube com embed ax55pMig1Fg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Memahami Bagaimana Proses Menjatuhkan Kerajaan Apa Jua Langkah Nak Tumbangkan Anwar Sekadar Sembang Kari Saja

Memahami Bagaimana Proses Menjatuhkan Kerajaan Apa Jua Langkah Nak Tumbangkan Anwar Sekadar Sembang Kari Saja

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 125 hits
Sejak lebih seminggu lalu hangat diperkatakan tentang kerajaan perpaduan akan dijatuhkan dan diberi gambaran kononnya jumlah Ahli Parlimen yang menyokong perubahan itu sudah pun mencukupi Mula mula dikatakan sudah ada 112 Ahli Parlimen yang...
Tengku Zafrul Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021 Nak Siasat Saya Untuk Apa

Tengku Zafrul Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021 Nak Siasat Saya Untuk Apa

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari mempersoalkan motif pihak yang berterusan mendesak supaya dirinya disiasat susulan pendedahan Pandora Papers pada 2021 Melalui video berdurasi ...
Kalau Ada Masalah Nak Kongsi Dengan Siapa

Kalau Ada Masalah Nak Kongsi Dengan Siapa

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 136 hits
Kalau ada masalah nak kongsi dengan siapa Nama pun masalah jadi setiap kita yang dewasa ni mesti ada masalah tak kira masalah keluarga masalah rumahtangga masalah kewangan masalah di tempat kerja masalah dengan kawan kawan sebab bila sebut ...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini