Panduan Untuk Pastikan Apa Yang Anda Sasarkan Di Tahun 2024 Ini Tercapai Dengan Mudah




Ini hari ke-2 untuk tahun baru 2024. Seperti biasa, setiap masuk tahun yang baru, ia dimulai dengan meletakkan sasaran yang hendak dicapai dalam tahun tersebut.
Saya yakin anda juga tentu punya sasaran yang nak dicapai setiap kali masuk tahun baru. Syaratnya, sasaran tahun sebelum ini sudah berjaya dicapai. Ada kawan saya setiap tahun dia akan beritahu sasarannya sama seperti tahun sebelum ini, iaitu nak cuba dapatkan sasaran tahun sebelum itu yang masih kelaut.
Dia dah bosan asyik buat sasaran yang tak pernah dilaksanakan. Ramai yang hadapi masalah sama dan akhirnya tak ambil peduli lagi dengan sasaran. Dari pengalaman yang lepas, sekalipun tak ada apa-apa sasaran, habis juga satu tahun penuh dengan kesibukan.
Tentang sasaranBagi saya, sasaran perlu ada untuk pastikan ada satu tanggung jawab yang perlu dilaksanakan demi mencapai sasaran tersebut. Samada sasaran tercapai atau tidak bukan matlamat paling utama, tapi kesan terhadap adanya sasaran itu yang dipentingkan.
Adanya sasaran bermakna ada destinasi yang mahu dituju. Jika anda berjalan kaki, ada 360 darjah halatuju yang boleh anda pilih. Setiap darjah bakal membawa anda bergerak ke arah yang berbeza. Samada anda pilih secara sedar atau tidak, sebaik saja anda mula bergerak, itu tandanya anda sedang menuju ke satu destinasi.
Ada orang dia main bergerak saja, sampai ke mana pun dia terima. Boleh juga macam tu. Tiada paksaan untuk memilih mana-mana destinasi. Asalkan sekali dah bergerak, jangan asyik ubah arah. Takut akhirnya sampai balik ke tempat asal tadi.
Apa yang paling penting, hidup hanya akan bergerak ke depan dan tidak disia-siakan seandainya anda ada tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Macam saya sebut di atas tadi, sasaran adalah untuk adakan satu tanggung jawab yang dipikul.
Sekalipun anda tidak meletakkan apa-apa sasaran, sebaik saja anda menjadi seorang insan yang dewasa, anda sudah pasti ada tanggung jawab dalam hidup. Sebab itu tahun demi tahun tetap berjalan dengan kesibukan samada anda suka atau tidak. Tanggung jawab yang dipegang itulah yang menggerakkan anda selama ini.
Tanggung jawab yang perlu dilakukan bergantung kepada siapa diri anda. Secara umumnya boleh dikategorikan seperti berikut.

Diri sendiriAnakAdik/abangSuami/isteriAyah/IbuJiranWarganegaraBangsaAgamaMajikan/pekerjaKetua/pengikutDll seumpamanya.Anda tahu siapa anda. Setiap orang tahu kedudukannya berdasarkan senarai yang saya berikan di atas tadi. Jika anda benar-benar fokus kepada melaksanakan setiap peranan yang dimainkan di atas sebaik mungkin, anda sudah memilih satu jalan yang paling selamat dan berjaya dalam hidup.
Kenali diriDiri sendiri saya masukkan sebagai peranan nombor satu di atas tadi sebab ia menentukan sudah senang perjalanan hidup anda.
Orang tua-tua dan terutamanya mereka yang minat bab kesufian sering sebut bab kenali diri ni. Saya tak pasti apa yang mereka maksudkan sebenarnya dengan saranan itu. Kemungkinan besar mereka sendiri tak tahu sebab hanya ulang sebut apa yang tok guru mereka sebutkan selama ini.
Bagi saya kenali diri bermaksud tahu apa kelebihan dan kelemahan yang anda ada. Itu yang Tuhan sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 3. "Apa yang Tuhan kurniakan pada kamu, pergunakan".  
Perkataan Arab, rezeki dalam bahasa Melayu adalah rezeki juga. Dan para bijaksana menghuraikan bab rezeki dengan mengekalkan perkataan itu panjang lebar sampai akhirnya ia jadi susah nak faham dan masuk ke dunia mistik. Sedangkan ada perkataan yang mudah difahami dalam bahasa Melayu itu sendiri.
Rezeki itu adalah apa yang Tuhan berikan pada kamu. Dalam terjemahan Quran ke Bahasa Inggeris lebih jelas maknanya. Mereka sebut provision. Dalam Bahasa Melayu, Peruntukan. Itulah maknanya.
Cuba lihat diri anda apa yang Tuhan berikan. DNA dari ayah dan mak membentuk bakat dan kecenderungan dalam diri anda itu. Di mana ayah dan ibu besarkan anda, dalam rumah, kampung, masyarakat, sekolah, negara dan sebagainya membentuk kemahiran dan kekuatan serta kelemahan yang ada pada diri bila anda dewasa.
Pergunakan kekuatan tersebut untuk hidup, bantu orang, tunaikan tanggung jawab berdasarkan kedudukan anda dalam senarai di atas tadi. Dalam jurusan di mana anda lemah, jangan ambil peranan itu. Berikan peranan itu kepada mereka yang Tuhan berikan kelebihan padanya.
Contohnya, jika anda tak reti dan tak suka melukis, tak payahlah ambil peranan jadi pelukis. Mudah kan begitu!.
Dengan berbuat demikian, anda sudah mengamalkan apa yang Al-Quran sebut di atas tadi dalam Surah Al-Baqarah ayat 3. Pergunakan apa yang Tuhan kurniakan kepada anda.
Rancangan tindakan andaJika anda faham apa yang saya cuba sampaikan di atas, jelas sekali sasaran itu sudah ada sebenarnya. Yang diperlukan sekarang adalah rancangan tindakan atau dalam BI disebut Action Plan.
Hampir semua sasaran tak pernah dicapai selama ini adalah disebabkan tidak ada rancangan tindakan. 
Saya berikan contoh seorang ibu yang buat sasaran tahun baru untuk jadi seorang mak yang lebih baik. Samada ia jadi sasaran atau bukan sasaran, jadi ibu yang baik adalah tanggung jawab setiap ibu. Sebab itu saya sebut sasaran sebenarnya dah ada. Cuma tak buat saja.
Kenapa anda akan gagal setiap kali buat sasaran nak jadi seorang ibu yang lebih baik?
Sebab memang tak ada langsung action plan. Macam mana nak buat?
Sebaliknya jika anda buat sasaran tahun baru untuk pastikan masa diluangkan bersama anak-anak selama setengah jam berbual mereka setiap hari dengan memberikan tumpuan maksimum tanpa ada telefon pintar, ia sudah tentu dapat dilaksanakan malam ini juga.

Pelan tindakan itu dengan mudah dapat dipantau, diperbaiki dan dinilai keberkesanannya dan sedar-sedar, akhir tahun hubungan anda dengan anak-anak lebih baik dan anda lebih disayangi dan hidup anda jadi lebih bermakna.
Oleh itu, berikan tumpuan kepada rancangan tindakan.Tak kisah sekecil manapun ia, pastikan anda laksanakan secara konsisten. Tergelincir perbaiki sehinggalah ia meresap menjadi tabiat diri. Insyaallah anda akan berubah dan berjaya.
Simpan matlamat diam-diamAdakah anda ceritakan apa yang mahu dicapai dalam hidup pada orang lain?
Atau pendamkan saja untuk diri sendiri sambil terus berusaha mencapainya?
Jika mahu berusaha terus menerus sehingga tercapai matlamat besar anda, langkah terbaik adalah dengan pendamkan saja untuk diri sendiri. Ini bagi memastikan anda terus berusaha dengan gigih sehingga tercapai sasaran.
Ini berdasarkan kajian yang dinyatakan di dalam buku bertajuk “The Little Book of Talent: 52 Tips for Improving Your Skills”.

Kajian dilakukan terhadap sekumpulan 163 orang yang dipecahkan kepada 2 kumpulan untuk melaksanakan perojek besar. Salah satu kumpulan diminta menceritakan matlamat mereka manakala satu kumpulan lagi disuruh merahsikannya. Mereka diberikan masa 45 minit untuk menghabiskan projek itu.
Keputusannya adalah:
Kumpulan yang menceritakan matlamat masing-masing berakhir dengan meninggalkan projek tersebut kurang daripada 30 minit.Kumpulan yang merahsikan matlamat masing-masing menghabiskan masa 45 minit yang diberikan dan bersemangat untuk meneruskan kerja lagi walaupun masa dah habis.Rumusannya adalah mereka yang berkongsi matlamat dengan menceritakan pada orang lain secara tidak sedar merasakan puas hati dengan pencapaian mereka walaupun belum berakhir. Otak bertindak seolah-olah anda telahpun mencapai matlamat walaupun kerja belum habis.
Jadi lepas ini, rahsiakan matlamat besar anda dalam hati dan jangan ceritakan pada orang lain. Berusaha dengan gigih sehingga tercapai. Ia adalah satu strategi yang terbaik untuk memastikan matlamat tercapai!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2024/01/rahsia-atau-ceritakan-matlamat-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Datang Tahun Baru 2024

Selamat Datang Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Selamat tahun baru 2024 diucapkan kepada semua rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah genap setahun bumi mengelilingi matahari dan kini kita berada di tahun baru Untuk tahun 2024 ini apa yang aku ...
Sumedang Kembali Diguncang Gempa Dua Kali Di Awal Tahun 2024

Sumedang Kembali Diguncang Gempa Dua Kali Di Awal Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 217 hits
Gempa susulan pascagempa bermagnitudo 4 8 di Sumedang Jawa Barat kembali terjadi
Bundaran Hi Pagi Ini Usai Perayaan Tahun Baru 2024 Warga Keluhkan Beberapa Taman Rusak

Bundaran Hi Pagi Ini Usai Perayaan Tahun Baru 2024 Warga Keluhkan Beberapa Taman Rusak

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 173 hits
Agus menyayangkan aktivitas warga malah merusak taman Padahal harusnya perayaan tahun baru tak merusak taman di sekitar
Bab 1 Januari 2024 Selamat Tahun Baru 2024

Bab 1 Januari 2024 Selamat Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 210 hits
Selamat tahun baru Happy New year 2024 Tahun baru kita buka buku baru dimulai dengan bab 1 Januari Tahun 2024 merupakan tahun lompat Jadi ada 366 hari dalam tahun 2024 Dapatlah anak buaah saya sambut birthday tahun ni sebab tarikh lahir dia...
Selamat Tahun Baharu 2024

Selamat Tahun Baharu 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 305 hits
Assalamualaikum Selamat Petang SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 Semalam merupakan malam terakhir bagi tahun 2023 Harini kita dah pun melangkah ke tahun yang baharu iaitu tahun 2024 Kalau scroll tiktok korang akan tengok bermacam macam ramalan untu...
7 Pov Azam Tahun Baharu 2024

7 Pov Azam Tahun Baharu 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 320 hits
Azam Tahun Baharu adalah matlamat atau keputusan untuk membuat perubahan positif dalam hidup pada permulaan tahun Azam adalah sumber motivasi untuk mencapai tujuan tertentu Ia boleh melibatkan pelbagai perkara seperti perubahan gaya hidup p...
Foto Suasana Akses Ke Puncak Bogor Via Keluar Pintu Tol Gadog Sepi Selama Malam Tahun Baru 2024

Foto Suasana Akses Ke Puncak Bogor Via Keluar Pintu Tol Gadog Sepi Selama Malam Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 195 hits
Penutupan jalur Puncak via akses keluar pintu Tol Gadog ditandai spanduk imbauan berisi informasi pengalihan arus selama malam Tahun Baru 2024
Selamat Tahun Baru 2024 Perjuangan Harus Diteruskan

Selamat Tahun Baru 2024 Perjuangan Harus Diteruskan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 291 hits
Selamat Tahun Baru 2024 Perjuangan harus diteruskan Selamat Tahun Baru 2024 Inilah masanya untuk bergerak ke depan Berjuang untuk dirimu sendiri dan juga orang orang yang kamu sayangi Hidup mesti ada peningkatan pergerakan menjadi semakin b...
Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya

Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 240 hits
Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya Saat kita bersiap menyambut tahun 2024 jangan lupa memanjatkan doa untuk bersyukur di samping merangkai doa dan impian menaburkan azam untuk menjalani hari hari yang akan datang dengan lebi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord