Kalau Nak Bubar Parlimen Zahid Kena Bincang Dengan Muhyiddin Dan Hadi Nazri



(Astro Awani) – Sekiranya mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berbincang dengan presiden parti-parti yang membentuk kerajaan yang ada hari ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Hujah Nazri, perbincangan dengan presiden parti-parti dalam kerajaan perlu Zahid lakukan kerana UMNO bukan parti dominan dalam kerajaan seperti sebelum ini.
“Sebelum ini UMNO adalah parti dominan jadi Presiden UMNO yang juga perdana menteri boleh buat keputusan untuk bubar Parlimen tanpa bincang dengan parti lain.
“Sekarang sudah berbeza, UMNO bukan parti dominan dan kerajaan yang ada hari ini dibentuk hasil kerjasama dan persefahaman dengan parti-parti lain yang di luar Barisan Nasional.
“Jadi kalau Zahid nak sangat Parlimen dibubarkan, beliau perlu pergi bincang dengan Muhyiddin, Hadi dan yang lain-lain.
“Selesaikan di peringkat parti-parti yang membentuk kerajaan, dapatkan persetujuan barulah mintak perdana menteri bubar,” katanya kepada Astro AWANI.
Mohamed Nazri berkata, berdasarkan pengalamannya berada dalam Kabinet sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri tidak pernah memaklumkan bila Parlimen akan dibubarkan.
“Masa saya dalam Kabinet sebelum ini, tidak pernah perdana menteri, baik Dr Mahathir atau Najib, maklumkan kepada menteri atau ahli Parlimen mahu bubarkan Parlimen.
“Perdana Menteri akan pergi menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk dapat perkenan dan selepas itu barulah maklumkan kepada Kabinet bahawa Parlimen akan dibubarkan.
“Masa itu perdana menteri adalah presiden UMNO dan UMNO parti dominan jadi tidak perlu nak bincang dengan parti lain,” katanya lagi.
Beliau juga berkata, biarpun sokongan kuat diperolehi UMNO buat masa ini, parti itu perlu memastikan masalah rakyat diselesaikan terlebih dahulu.
Katanya, adalah tidak elok sekiranya UMNO mahu diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah ekonomi akibat COVID-19.
“UMNO jangan jadi parti opportunist bila sokongan tengah kuat mahu Parlimen dibubarkan segera.
“Selesaikan dahulu masalah rakyat. Utamakan kepentingan rakyat bukan kepentingan peribadi.
“Jangan dengan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan,” ujar beliau.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, Akta Lompat Parti akan dibentang di Dewan Rakyat yang mana akan dinyatakan Parlimen perlu dibubarkan selepas genap lima tahun.
Katanya, kerana akta itu dibuat ketika kerajaan diterajui UMNO maka parti itu perlu menunjukkan contoh terlebih dahulu.
“Kita (UMNO) kena lah tunjuk contoh terlebih dahulu dengan memastikan genap lima tahun penggal kali ini.
“Jadi, bubarlah tahun depan untuk cukup lima tahun, bukan lama lagi pun,” katanya.
Ketika berucap merasmikan Persidangan Agung UMNO 2021, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara dalam konteks pembubaran Parlimen dan tidak mahu menganggu urusan berkenaan.
Namun kata Zahid, apabila mood rakyat sedang condong ke arah UMNO, PRU15 perlu diadakan segera.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/03/18/kalau-nak-bubar-parlimen-zahid-kena-bincang-dengan-muhyiddin-dan-hadi-nazri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Kena Bincang Dulu Dengan Pn Sebelum Bubar Parlimen Muhyiddin

Pm Kena Bincang Dulu Dengan Pn Sebelum Bubar Parlimen Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com13 3 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Negeri Johor namun mengingatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mesti b...
Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3 391 236 orang sementara bilangan cawangannya berjumlah 22 274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara Setiausaha Agung UMNO Datuk S...
Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal

Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 146 hits
WALAUPUN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan bahawa kuasa membubarkan Parlimen adalah di bawah Yang di Pertuan Agong UMNO tetap berkeras mahu perkara itu dilakukan segera Desakan itu diulangi lagi oleh Presiden...
Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 221 hits
The only way to know whether the majority in Umno support Zahid would be to hold the party election and see who the party chooses as the new Umno president But Zahid is scared to do that because Ismail Sabri might win the presidency instead...
Kah Kah Woiii 40 Kerusi Saja Woiii Gila Kuasa Kot Umno Hanya 40 Kerusi Jangan Sibuk Nak Bubar Parlimen

Kah Kah Woiii 40 Kerusi Saja Woiii Gila Kuasa Kot Umno Hanya 40 Kerusi Jangan Sibuk Nak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 173 hits
Umno hanya 40 kerusi jangan sibuk nak bubar ParlimenPosted By on March 18 2022Perwakilan Umno mahupun pimpinan parti itu tidak boleh menggunakan platform Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung bagi mendesak pembubaran Parlimen Menur...
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 178 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika UMNO Barisan Nasional memenangi PRU15 Pada masa sama Zahid menggesa Ismail jangan tunggu lama lama bagi ...
Zahid Tegur Tajuddin Jangan Bincang Isu Dalaman Parti Di Parlimen

Zahid Tegur Tajuddin Jangan Bincang Isu Dalaman Parti Di Parlimen

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 6 2022 8 41 PMPresiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu dalaman parti itu tidak seharusnya dijadikan bahan perbahasan Titah Ucapan Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat Beliau berkata pentas ...
Sanggup Lagi Ke Nak Berbohong Tak Insaf Ka Lebai Hadi

Sanggup Lagi Ke Nak Berbohong Tak Insaf Ka Lebai Hadi

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 169 hits
Husam Musa Masa sibuk bawa bil Persendirian Ruu 355 dulu nak pinda Perlembagaan ke nak pinda Akta je Larat lagi ke nak sambung berbohong Tak nak insaf ke Kesian diri dan ahli Mempermain dan dipermain Najib dan Zahid senyum Kian terbukti hil...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin