Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal



(Warta Rakyat) – WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan bahawa kuasa membubarkan Parlimen adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong, UMNO tetap berkeras mahu perkara itu dilakukan segera.
Desakan itu diulangi lagi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
“Jadi hendak tunggu apa lagi? Bubarkan Parlimen,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, UMNO faham bahawa kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet, di mana Perdana Menteri yang akan berurusan dengan memohon perkenan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
“Kita tidak mahu mengganggu urusan itu. Tetapi, UMNO sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, kita ada kuasa untuk menentukan arah tuju parti kita sendiri,” ujarnya.
Semalam, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, adalah tidak wajar UMNO dilihat mahu mengambil alih kuasa Yang di-Pertuan Agong apabila mengambil pendirian mendesak agar parlimen dibubarkan segera.
Menurut beliau, pembubaran Parlimen serta pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) merupakan kuasa Seri Paduka.
Ismail Sabri turut mengesahkan bahawa setakat ini belum ada sebarang perbincangan rasmi dibuat oleh badan dalam UMNO mengenai pembubaran Parlimen.
“Ini semua perlu dibincangkan dengan Agong. (Kalau) kita tetapkan tarikh kita sendiri, nanti Agong kata kita ambil alih kuasa dia. Jadi, jangan ambil alih kuasa Agong… kita tunggu. Apa-apa pun, kita akan bincang. Tapi saya dah kata, mula-mula kita bincang dalam parti dahulu.
“(Setakat ini) Parti pun tak bincang lagi. Tunggu, bincang dalam partilah,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Desakan agar Parlimen dibubarkan lebih awal yang sebelum ini disuarakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mencetuskan polemik dalam UMNO.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan, parti perlu mengambil kira perjanjian yang dimeterai dengan pembangkang sebelum ini.
Selain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa kelihatan keberatan untuk parti itu membincangkan hal tersebut secara terbuka.
Sebahagian besar akar umbi UMNO bimbang tragedi hitam yang menimpa parti pada PRU-14 akan berulang sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum parti sempat mengadakan pemilihan.
Sekiranya senario itu berlaku, UMNO terpaksa bertanding pada PRU-15 di bawah telunjuk kluster mahkamah sekali gus boleh menjejaskan sokongan rakyat khususnya golongan atas pagar yang mahu negara dipimpin oleh tokoh-tokoh yang bersih dan berintegriti.
Walau bagaimanapun, dalam ucapan dasarnya, Ahmad Zahid mengingatkan, “adat ahli adalah menghormati keputusan parti”.
Dalam hal ini, ahli-ahli UMNO terpaksa menekan hakikat yang pahit iaitu Ahmad Zahid yang sedang berdepan 87 tuduhan berkaitan rasuah di mahkamah akan menjadi panglima perang mereka pada PRU-15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/03/18/zahid-tetap-berkeras-mahu-parlimen-bubar-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Bubar Parlimen Zahid Kena Bincang Dengan Muhyiddin Dan Hadi Nazri

Kalau Nak Bubar Parlimen Zahid Kena Bincang Dengan Muhyiddin Dan Hadi Nazri

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 167 hits
Sekiranya mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berbincang dengan presiden parti parti yang membentuk kerajaan yang ada hari ini kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Na...
Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 198 hits
The only way to know whether the majority in Umno support Zahid would be to hold the party election and see who the party chooses as the new Umno president But Zahid is scared to do that because Ismail Sabri might win the presidency instead...
Bubar Parlimen Awal Bukan Jaminan Bn Pasti Menang Pru15

Bubar Parlimen Awal Bukan Jaminan Bn Pasti Menang Pru15

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 168 hits
Berdasarkan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan malam semalam sebagaimana dijangka adalah jelas bahawa mendesak PRU15 diadakan dengan segera akan menjadi agenda utama PAU kal...
Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3 391 236 orang sementara bilangan cawangannya berjumlah 22 274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara Setiausaha Agung UMNO Datuk S...
Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika UMNO Barisan Nasional memenangi PRU15 Pada masa sama Zahid menggesa Ismail jangan tunggu lama lama bagi ...
Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 137 hits
Tindakan UMNO mendesak melalui pentas PAU2021 agar PRU15 diawalkan dan diadakan sebelum pemilihan parti adalah suatu langkah terdesak yang kemungkinan membawa kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipecat daripada parti Menjadi perbual...
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 164 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Bn Menang Laungan Bubar Parlimen Pun Bergema

Bn Menang Laungan Bubar Parlimen Pun Bergema

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 167 hits
agendaily com12 3 2022Penyokong BN berkumpul di Pejabat BN di Jalan Yahya Awal Johor Bahru untuk meraikan kemenangan Laungan bubar Parlimen terus bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor selepas Barisan Nasional dikatakan menang dua pertiga men...
Pau 2021 Isu Bubar Parlimen Ketua Pemuda Umno Bangkit Bela Pm

Pau 2021 Isu Bubar Parlimen Ketua Pemuda Umno Bangkit Bela Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 191 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah sekali pun berkata yang dia tidak mahu membubarkan parlimen dakwa Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki Katanya hal itu dinyatakan Ismail Sabri setelah dia menghantar mesej teks meny...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever