Kah Kah Woiii 40 Kerusi Saja Woiii Gila Kuasa Kot Umno Hanya 40 Kerusi Jangan Sibuk Nak Bubar Parlimen




Umno hanya 40 kerusi, jangan sibuk nak bubar ParlimenPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 18, 2022
SharePerwakilan Umno mahupun pimpinan parti itu tidak boleh menggunakan platform Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung bagi mendesak pembubaran Parlimen.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tidak sepatutnya parti yang hanya mempunyai 40 Ahli Parlimen menentukan pembubaran tanpa mengambil kira persetujuan rakan gabungan dalam kerajaan.
“Siapa yang ada kuasa politik untuk membubarkan Parlimen Malaysia ke-14?
“Adakah Presiden Umno atau Perhimpunan Agung Umno ada kuasa itu?
“Jawapannya tidak. Kerajaan Persekutuan sekarang bukan Kerajaan mutlak Umno, walaupun Perdana Menteri (PM) dari Umno.
“Kerajaan Persekutuan merupakan sebuah Kerajaan campuran. Ahli Parlimen Umno sekitar 40 orang. Manakala Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan lain-lain mempunyai Ahli Parlimen yang lebih ramai, melebihi 70 orang.
“Jadi soal pembubaran Parlimen perlu dibincang dalam kabinet, bukan di Perhimpunan Agung Umno,” katanya.
Tambah Hassan, biar pun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen namun beliau juga telah terikat dengan perjanjian memorandum kerjasama (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) yang menetapkan Parlimen tidak boleh dibubar sebelum 31 Julai 2022.
“Adakah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ada kuasa untuk bubarkan Parlimen pada bila-bila masa?
“Jawapannya beliau tidak ada kuasa demikian. Tangan Perdana Menteri terikat dengan MoU bersama PH yang menyatakan Parlimen Malaysia ke-14 tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai tahun ini.
“Apa maknanya jika Perdana Menteri tunduk kepada Presiden atau Perhimpunan Agung Umno lalu membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai?
“Ia membawa makna PM memungkiri janji dengan PH yang telah ditandatangani pada 13 September 2021,” katanya.
Memungkiri perjanjian MoU, tegas Hassan akan memberi imej buruk kepada PM, apatah lagi setelah Yang di-Pertuan Agong memuji kerjasama kerajaan dan pembangkang itu demi kestabilan politik negara.
“Walau bagaimanapun, tidak dinafikan Umno BN dan PM dalam segi segi tertentu masih ada kuasa politik, walaupun terbatas menentukan bilakah Parlimen Malaysia hendak dibubarkan.
“Namun pihak yang benar-benar ada kuasa hampir mutlak untuk memutuskan sama ada bersetuju Parlimen dibubarkan atau tidak ialah Yang di-Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Walaupun Agong hendaklah bertindak mengikuti nasihat PM di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, tetapi di bawah Perkara 40(2)(b), dinyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsinya untuk tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.
“Ertinya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa budibicara dalam soal pembubaran Parlimen,” katanya.
Oleh itu, menurut Hassan lagi, amat tidak manis parti yang memperjuangkan Melayu terus mendesak seolah olah tidak faham Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk pembubaran Parlimen dan baginda sebelum ini telah tidak membubarkan Parlimen tetapi membenarkan PM berganti 3 kali.
Sehubungan itu, Hassan meansihatkan perwakilan Umno agar tidak menggunakan PAU sebagai medan mendesak pembubaran Parlimen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kahkahwoiii-40-kerusi-saja-woiii-gila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 247 hits
The only way to know whether the majority in Umno support Zahid would be to hold the party election and see who the party chooses as the new Umno president But Zahid is scared to do that because Ismail Sabri might win the presidency instead...
Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3 391 236 orang sementara bilangan cawangannya berjumlah 22 274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara Setiausaha Agung UMNO Datuk S...
Ismail Sabri Cadangan Bubar Parlimen Akan Dibincang Top 5 Umno

Ismail Sabri Cadangan Bubar Parlimen Akan Dibincang Top 5 Umno

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 189 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau Top Five Umno kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau yang juga Naib Presiden Umno berka...
Umno Juga Satu2nya Parti Kerajaan Di Dunia Yang Tidak Sabar Desak Bubar Parlimen

Umno Juga Satu2nya Parti Kerajaan Di Dunia Yang Tidak Sabar Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 215 hits
Berkatalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang barangkali resah dan gundah gulana masih bersarang di jiwanya hanya pembangkang di Malaysia saja satu satunya di dunia ini yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera Saksikan pe...
Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika UMNO Barisan Nasional memenangi PRU15 Pada masa sama Zahid menggesa Ismail jangan tunggu lama lama bagi ...
Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

Jika Enggan Bubar Parlimen Awal Adakah Ismail Sabri Akan Dipecat Daripada Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 178 hits
Tindakan UMNO mendesak melalui pentas PAU2021 agar PRU15 diawalkan dan diadakan sebelum pemilihan parti adalah suatu langkah terdesak yang kemungkinan membawa kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipecat daripada parti Menjadi perbual...
Kemenangan Selesa Bn Hanya Jadikan Ismail Sabri Hilang Kekuatan Bertahan Tekanan Bubar Parlimen

Kemenangan Selesa Bn Hanya Jadikan Ismail Sabri Hilang Kekuatan Bertahan Tekanan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 197 hits
Semua orang secara umumnya sedar keputusan PRN Johor pada 12 Mac ini akan memberi kesan kepada kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Berselindung di sebalik inginkan kestabilan kemenangan BN lebih lebih lagi jika menang dengan major...
Negeri Ph Tidak Bubar Dun Jika Umno Bubar Parlimen

Negeri Ph Tidak Bubar Dun Jika Umno Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 187 hits
Negeri PH tidak bubar DUN jika Umno bubar ParlimenPosted By on March 18 2022Negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Kerajaan BN memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum pa...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point