Ahli Umno Kini 3 391 236 Orang Zahid Desak Bubar Parlimen



KUALA LUMPUR: UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3,391,236 orang, sementara bilangan cawangannya berjumlah 22,274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Sabah merekodkan keahlian tertinggi iaitu 594,631 ahli, diikuti Johor (452,642 ahli); Selangor (426,109 ahli); dan Kedah 300,564 ahli.
Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu seramai 46,849 ahli, diikuti Semporna (40,849 ahli); Libaran (39,513 ahli), Gombak, (38,437 ahli) dan Baling, 37,249 ahli," katanya ketika menyampaikan laporan Setiausaha Agung UMNO (PAU) pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di ibu negara hari ini.
Ahmad berkata, pada PAU kali ini, seramai 21 duta dan wakil negara hadir termasuk United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh.
"Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 buah di United Kingdom, 1 Ireland, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir. UMNO masih mekar di seantero dunia. Sebahagian wakil mereka ada hadir di dewan ini.
"Tentunya juga hadir wakil-wakil UMNO Siswa daripada 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS serta UMNO Siswi daripada 12 IPTA yang mewakili pelajar daripada universiti awam di Malaysia," katanya.
Beliau juga memaklumkan, seramai 5542 perwakilan UMNO hadir pada PAU kali ini iaitu perwakilan wanita (954 orang), pemuda (966 orang), puteri (956 orang) serta 2666 orang, perwakilan bahagian lapor Berita Harian
Dalam masa yang sama MalaysiaNow melaporkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tekanan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen, 10 kali menyebut tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam ucapan dasarnya dalam perhimpunan agung parti itu hari ini.
Katanya, Umno mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju parti sendiri dalam mendepani PRU15 meskipun kuasa membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet.
“Jadi hendak tunggu apa lagi, bubarkan Parlimen,” katanya dalam ucapan dasar presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Zahid bagaimanapun berkata Umno adalah sebuah parti yang menjunjung Perlembagaan dan memahami kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah keputusan Kabinet dan perdana menteri yang akan berurusan dengan memohon perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ucapan Zahid hari ini sebada dengan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang sebelum ini turut mendesak Ismail membubarkan Parlimen segera selepas siri kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.
Bagaimanapun Ismail sebelum ini menegaskan Umno tidak boleh melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pembubaran Parlimen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/ahli-umno-kini-3391236-orang-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 130 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

Zahid Panics He Can Get Only 12 Umno Mps To Support The Bubar Parlimen Motion

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 169 hits
The only way to know whether the majority in Umno support Zahid would be to hold the party election and see who the party chooses as the new Umno president But Zahid is scared to do that because Ismail Sabri might win the presidency instead...
Umno Juga Satu2nya Parti Kerajaan Di Dunia Yang Tidak Sabar Desak Bubar Parlimen

Umno Juga Satu2nya Parti Kerajaan Di Dunia Yang Tidak Sabar Desak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 126 hits
Berkatalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang barangkali resah dan gundah gulana masih bersarang di jiwanya hanya pembangkang di Malaysia saja satu satunya di dunia ini yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera Saksikan pe...
Kalau Nak Bubar Parlimen Zahid Kena Bincang Dengan Muhyiddin Dan Hadi Nazri

Kalau Nak Bubar Parlimen Zahid Kena Bincang Dengan Muhyiddin Dan Hadi Nazri

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 119 hits
Sekiranya mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berbincang dengan presiden parti parti yang membentuk kerajaan yang ada hari ini kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Na...
Ismail Sabri Cadangan Bubar Parlimen Akan Dibincang Top 5 Umno

Ismail Sabri Cadangan Bubar Parlimen Akan Dibincang Top 5 Umno

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 133 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau Top Five Umno kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau yang juga Naib Presiden Umno berka...
Sesuai Sangat Kluster Mahkamah Desak Pm Bubar Parlimen

Sesuai Sangat Kluster Mahkamah Desak Pm Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 390 hits
Kemenangan besar sapu bersih kubu BERSATU dan PAS Cukup memberi petanda BN akan kembali menguasai Puterajaya dan lain lain boleh diuruskan Vetaran dan Wanita masih sokong BN Mereka adalah golongan yang tidak terdedah kepada media sosial Tet...
Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal

Zahid Tetap Berkeras Mahu Parlimen Bubar Awal

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 107 hits
WALAUPUN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengingatkan bahawa kuasa membubarkan Parlimen adalah di bawah Yang di Pertuan Agong UMNO tetap berkeras mahu perkara itu dilakukan segera Desakan itu diulangi lagi oleh Presiden...
Negeri Ph Tidak Bubar Dun Jika Umno Bubar Parlimen

Negeri Ph Tidak Bubar Dun Jika Umno Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 115 hits
Negeri PH tidak bubar DUN jika Umno bubar ParlimenPosted By on March 18 2022Negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Kerajaan BN memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum pa...
Tak Hadir Semasa Undian Sosma Ahli Parlimen Tuntut Zahid Beri Sebab

Tak Hadir Semasa Undian Sosma Ahli Parlimen Tuntut Zahid Beri Sebab

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 138 hits
freemalaysiatoday com March 24 2022 3 51 PMPETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi harus menjelaskan mengapa beliau dan Ahli Parlimen Umno lain tidak hadir di Parlimen semalam untuk mengundi satu usul undang undang kontroversi yang m...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Minat Sejak Sekolah Namun Tak Berpeluang Ke Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana

Aktiviti Majlis Sambutan Hari Raya Pptmn Ppim 11 05 2024

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu

Teks Bacaan Surah Al Mulk Pdf Dan Kelebihan Baca Surah Al Mulk

Beli Lattechino Di Coolblog Rasa Kopi Terbaik

Kereta Itu Hilang