Kahwin Rakyat Tempatan Taktik Warga Asing Berniaga Secara Sah


Kahwin Rakyat Tempatan, Taktik Warga Asing Berniaga Secara Sah
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Perkahwinan dengan rakyat tempatan dikenal pasti sebagai modus operandi utama untuk membolehkan warga asing menjalankan perniagaan di negara ini secara sah di sisi undang-undang.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) hanya membenarkan warganegara dan pemastautin tetap mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.
“Namun terdapat warga asing mengambil kesempatan dengan mendaftar perniagaan atas nama pasangan tempatan mereka.
“Mungkin kita boleh bincang bagaimana hendak melihat ini sebagai ancaman kepada keadaan peniaga yang lain,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dewan Negara hari ini.
Fuziah berkata pihaknya sering menerima aduan daripada peniaga tempatan yang berasa tergugat dengan keadaan tersebut namun hakikatnya pendaftaran perniagaan tersebut adalah sah memandangkan yang berdaftar ialah pasangan tempatan mereka.
BACA JUGA: Warga Asing Jadikan Premis Perniagaan Tempat Pelihara Ayam & Itik Fuziah berkata pendaftaran perniagaan seperti kedai runcit di bawah Akta 197 terhad kepada warganegara Malaysia atau pemastautin tetap sahaja, sebagai langkah perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan daripada persaingan luar.
“Setakat ini, ​​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak ada undang-undang yang mengatakan kalau berkahwin dengan warga asing, tidak boleh daftar perniagaan, tidak ada undang-undang yang begitu,” katanya.
Beliau berkata pihaknya menerima pelbagai saranan masyarakat termasuk mengehadkan pendaftaran perniagaan kepada pasangan warga asing dalam tempoh tertentu selepas berkahwin, termasuk hanya dibenarkan selepas lima tahun perkahwinan.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga asing dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan KPDN tidak mempunyai kuasa tangkapan.
“Mereka boleh mengambil pekerja asing tetapi kadang-kadang apabila kita tidak buat serbuan, pekerja asing ini duduk di kaunter hadapan. Itu tidak boleh tetapi apabila KPDN turun dan tidak ada kuasa, kita kena panggil JIM.
“Pekerja asing memang tidak boleh duduk di kaunter juruwang tetapi mereka boleh duduk di stor, kira stok dan angkat barang. Itu undang-undang apabila kita beri permit,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Kahwin Rakyat Tempatan, Taktik Warga Asing Berniaga Secara Sah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/03/kahwin-rakyat-tempatan-taktik-warga-asing-berniaga-secara-sah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertindak Atasi Beras Putih Tempatan Dibolot Warga Asing Harian Metro 06 09 2025

Bertindak Atasi Beras Putih Tempatan Dibolot Warga Asing Harian Metro 06 09 2025

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 5861 hits
Kuala Lumpur Satu tindakan bersama perlu dilaksanakan kerajaan serta pihak industri termasuk peniaga runcit bagi menangani isu dakwaan Beras Putih Tempatan dibolot pekerja warga asing di negara ini Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam ...
Isu Warga Asing Guna Petrol Bersubsidi Masih Berulang Netizen Minta Stesen Minyak Lebih Tegas

Isu Warga Asing Guna Petrol Bersubsidi Masih Berulang Netizen Minta Stesen Minyak Lebih Tegas

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2782 hits
KUALA LUMPUR Isu warga asing dengan selamba mengisi petrol bersubsidi RON95 sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat apabila tular satu rakaman di media sosial Lelaki Singapura Isi RON95 Dalam video berkenaan seorang lelaki Singapura diraka...
Persaingan Monopoli Buruh Warga Asing Pemuda Luah Kecewa

Persaingan Monopoli Buruh Warga Asing Pemuda Luah Kecewa

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1099 hits
Kontraktor tempatan kongsi cara warga asing bekerja dan menindas warga tempatan dalam bidang pembinaan Pendapat saya Biarlah orang kita kan suka mereka Puji melangit Bangladesh kerja rajin makan nasi dengan bawang saja simpan duit sampai ka...
Aazief Khalid Sah Bergelar Suami Izza Athirah Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

Aazief Khalid Sah Bergelar Suami Izza Athirah Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1052 hits
ANAK tiri kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Aazief Khalid selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Izza Athirah dalam majlis penuh tertutup pada Sabtu Dengan hanya sekali lafaz Aazief yang segak men...
Dua Warga Asing Maut Lima Cedera Dalam Kebakaran Rumah

Dua Warga Asing Maut Lima Cedera Dalam Kebakaran Rumah

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2423 hits
Dua warga asing maut lima cedera dalam kebakaran rumah Rumah didiami tujuh penghuni itu musnah 80 peratus lima mangsa turut dilaporkan cedera Foto ihsan bomba PONTIAN Dua lelaki warga Thailand maut manakala lima mangsa lain cedera dalam keb...
Pdrm Sama Ada Dia Ni Pati Atau Apa Sahaja Warga Asing Yang Komenjelik Terhadap Pm Malaysia Kurang Ajar

Pdrm Sama Ada Dia Ni Pati Atau Apa Sahaja Warga Asing Yang Komenjelik Terhadap Pm Malaysia Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2848 hits
Saya terbaca satu komen jelik di tiktok RANDOM VIDEO ds nr12 akaun tt ini milik warga indonesia Komen jelik ditulis oleh pemilik akaun bernama WR sayang Atiqueenfounder Komen beliau di posting tiktok tersebut WR sayang kami dimalaysia skrg ...
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4899 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Minyak Paket Subsidi Terkedu Pekedai Kata Jual Kepada Semua Orang Termasuk Warga Asing

Minyak Paket Subsidi Terkedu Pekedai Kata Jual Kepada Semua Orang Termasuk Warga Asing

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3643 hits
mStarSEORANG wanita meluahkan kekeliruan selepas melihat seorang warga asing dipercayai dari Bangladesh membeli minyak masak paket bersubsidi di sebuah kedai serbaneka Menurut wanita itu dia bertanya kepada pekerja kedai berkenaan bagi mend...
Macam Mana Gro Warga Asing Boleh Masuk Malaysia Ni Ramai Ramai Ye

Macam Mana Gro Warga Asing Boleh Masuk Malaysia Ni Ramai Ramai Ye

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1940 hits
87 premis digempur di seluruh negara 215 GRO warga asing ditahanBuletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu lalu dengan 215 gadis pelayan p...
Upkk Apa Ibu Bapa Patut Tahu Dan Tip Persediaananak Dalam Menghadapi Upkk

Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Semakan Mykasih Tarikh Bayaran Baki Senarai Kedai Barang

Dapatkan Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Sini Dengan Serendah Rm69

Lirik Lagu Lea Zafira Azalea

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Alpha P Ramlee Saloma

Kenapa Kotak Packaging Kosmetik Custom Penting Untuk Naikkan Keyakinan Pelanggan

Slot1111 10 November Slot1111 Top 61 By Roslyn

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Menang Ga

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap