Kaduk Naik Junjung Versi Umno











1- Politik hari ini bukan sekadar isu siapa kuat di media sosial, siapa paling lantang di pentas ceramah, atau siapa paling ‘power’ dalam bahagian.


2- Politik hari ini adalah tentang keupayaan mengekalkan kepercayaan rakyat dan mempertahankan kestabilan negara, lebih-lebih lagi dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada kompromi dan keikhlasan antara lawan bersama.


3- Kenyataan UMNO Jasin memuktamadkan bahawa mereka tidak akan berkongsi kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka nanti telah mencetuskan tanda tanya, adakah ini suara parti, atau suara pemimpin yang sudah rasa terlalu besar dalam kawasan kecilnya?


4- Ini bukan kenyataan biasa. Ini adalah isyarat jelas bahawa ada bahagian dalam UMNO yang tidak sehaluan dan sedang menjauhkan diri dari semangat perpaduan yang telah membenih di peringkat nasional dan memilih untuk mempertahankan kuasa peribadi walau dengan risiko memecahbelahkan kerjasama sedia ada.


5- Lebih malang, kenyataan ini datang daripada pemimpin yang lebih dikenali kerana kenyataan kontroversi dan beremosi, bukan kerana sumbangan besar dalam menyelesaikan isu setempat seperti banjir kilat, jalan rosak atau peluang ekonomi belia luar bandar.


6- Sikap seperti ini bukan sahaja menjauhkan UMNO daripada rakyat, tetapi secara langsung mencemarkan reputasi parti di peringkat nasional, dan menyakinkan bahawa UMNO tidak mampu mendisiplinkan pemimpinnya yang ‘lebih sudu dari kuah’.


7- Tambah menggelisahkan apabila di peringkat bahagian mula membuat keputusan berbeza daripada pucuk pimpinan, seolah-olah mereka memiliki kuasa lebih tinggi daripada Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).


8- Dalam konteks parti politik yang berdisiplin, keputusan agihan kerusi hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan tertinggi, bukan oleh mana-mana bahagian yang mahu menunjukkan keangkuhan politik tempatan.


9- Jika budaya bahagian lebih berkuasa daripada Presiden ini dibiarkan, DS Zahid Hamidi sebagai Presiden akan dilihat semakin lemah dalam mengemudi dan tidak relevan dalam menentukan halatuju parti.


10- Krisis ini mengingatkan kita kepada apa yang pernah berlaku terhadap UMNO dahulu yang saling berebut kuasa dan mencipta legasi yang akhirnya melemahkan UMNO secara dalaman dan memberi kesan penolakan rakyat secara besar-besaran kepada parti tersebut.


11- Kesannya masih terasa sampai hari ini, rakyat menjadi lebih skeptikal terhadap politik, dan undi protes menjadi norma baharu dalam pilihan raya.


12- Sekarang, pola yang sama kembali muncul, pemimpin dalam UMNO di lihat tidak sehaluan dan mula mengkritik antara satu sama lain di dalam kerajaan secara terbuka, dengan niat yang semakin kabur.


13- Terbaru juga, kenyataan Datuk Dr Fuad Zarkashi (MT UMNO) terhadap DS Rafizi Ramli  seolah menunjukkan wujud tanda ketegangan peribadi antara beliau dan bekas menteri tersebut.


14- Datuk Fuad menegur DS Rafizi supaya tidak ‘membakar’ suasana, tetapi cara teguran itu tidak diplomatik, malah dilihat seolah ada masalah peribadi atau dendam tersirat terhadap DS Rafizi yang tidak dijelaskan secara jujur.


15- Kenyataan sedemikian bukan sahaja memberi ruang kepada musuh politik, tetapi mengganggu kestabilan dan persepsi rakyat terhadap keutuhan kerajaan perpaduan itu sendiri.


16- Apabila pemimpin kanan UMNO mula mencipta perberbalahan, rakyat akan melihat UMNO ini bukan sebagai gabungan amanah, tetapi sebagai koalisi rapuh yang menunggu masa untuk berkecai.


17- Dalam suasana begini, tindakan pemimpin yang lebih ghairah membuat kenyataan media dan TikTok daripada menyelami keresahan rakyat, hanya menambahkan api dalam bara.


18- Jika Presiden UMNO tidak segera mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin yang keluar dari barisan beliau, maka UMNO bukan sahaja akan ditolak oleh rakyat, malah akan kehilangan arah dalam kerajaan sendiri.


19- Masa depan UMNO dan masa depan kestabilan politik negara terletak pada keberanian kepimpinan untuk memulihkan disiplin, mengawal ego, dan menolak politik sensasi yang tidak berasas.


20- Jika UMNO terus membiarkan pemimpin bahagian dan ahli MKT mengawal parti dari bawah dan bergerak tanpa kawalan, maka kerusi PRN tidak akan bermakna apa-apa, kerana kerusi sebenar lahir dari kepercayaan rakyat dan akan ditarik balik perlahan-lahan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/kaduk-naik-junjung-versi-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Umno Terima Hishamuddin Hussien

Perlukah Umno Terima Hishamuddin Hussien

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 121 hits
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien Kebelakangan ini kecoh di kalangan pemimpin dan ahli UMNO mengenai kemungkinan UMNO akan menerima semula bekas Naib Presiden UMNO yang digantung selama 6 tahun Hishamuddin Hussien Segala galanya berm...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 217 hits
This is to allow the party to prepare for the upcoming Sabah state election says secretary general Asyraf Wajdi Dusuki Umno s general assembly was initially set to take place from Aug 20 to 23 KUALA LUMPUR Umno has decided to delay its annu...
Umno Terbukti Bukan Lagi Parti Perjuangan

Umno Terbukti Bukan Lagi Parti Perjuangan

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 144 hits
1 July 2025Walaupun salah seorang pemimpin di peringkat tertingginya dicuri oleh parti rakannya sendiri pendirian rasmi UMNO terhadap perbuatan itu nampaknya cukup lunak dan berdiplomasi kelas tinggi Pendirian UMNO yang diputuskan dalam mes...
Umno Pahang Mahu Ambil Balik Kerusi Dun Sungai Lembing Dan Dun Lepar Di Parlimen Paya Besar

Umno Pahang Mahu Ambil Balik Kerusi Dun Sungai Lembing Dan Dun Lepar Di Parlimen Paya Besar

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN UMNO Pahang mahu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing dan Lepar selain mempertahankan Parlimen Paya Besar pada Pilihan Raya Umum ke 16 nanti Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kemenanga...
Next Ge Is A Question Of Life And Death For Umno In Pahang Paya Besar Mp

Next Ge Is A Question Of Life And Death For Umno In Pahang Paya Besar Mp

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 218 hits
PAYA Besar UMNO Division Chief Datuk Mohd Shahar Abdullah has described the upcoming GE16 as a life and death battle for UMNO crucial to ensuring the future of the next generations in Pahang Speaking at the 30th Paya Besar UMNO Division Mee...
Internal Sabotage Caused Umno S Election Losses Says Asyraf

Internal Sabotage Caused Umno S Election Losses Says Asyraf

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 166 hits
The party s secretary general says the loss of seats had nothing to do with the strength of rival parties Umno secretary general Asyraf Wajdi Dusuki greeting party members at the delegates meeting of the Rantau Panjang Umno division yesterd...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 230 hits
UMNO Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan has addressed claims that certain quarters are attempting to create friction between him and party President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Speaking at the Ledang UMNO Division Meeting Mohama...
Umno Sembrong Mahu Hishammuddin Diadili Ikut Proses Betul

Umno Sembrong Mahu Hishammuddin Diadili Ikut Proses Betul

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 148 hits
Ketuanya Abdul Ghani Abdul Rashid berkata jika benar ada pelanggaran disiplin ia perlu dibuktikan melalui proses telus seperti diamalkan parti sejak dulu Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein mendakwa sehingga kini beliau tidak dima...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Students To Protest Demanding Fadhlina S Resignation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Buat Jemput Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Sinopsis Filem Denu

Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Doa Dan Kasih Di Hari Lahir Mu

Isyarat Dagangan Emas Untuk 22 25 Ogos 2025 Beli Di Atas 3 335