Umno Sembrong Mahu Hishammuddin Diadili Ikut Proses Betul


 Ketuanya Abdul Ghani Abdul Rashid berkata jika benar ada pelanggaran disiplin, ia perlu dibuktikan melalui proses telus seperti diamalkan parti sejak dulu.
Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein mendakwa sehingga kini, beliau tidak dimaklumkan secara bertulis punca penggantungannya selama enam tahun oleh Umno.PETALING JAYA: Umno Sembrong merayu pucuk pimpinan parti mengadili penggantungan keahlian bekas ketuanya, Hishammuddin Hussein mengikut proses dan amalan parti
Ketuanya, Abdul Ghani Abdul Rashid, berkata proses itu termasuk kenyataan bertulis sebab penggantungan daripada Lembaga Disiplin, selain memberi peluang bekas ketua bahagian terbabit menjawab setiap pertuduhan terhadapnya.
“Umno perlu ikut proses dan amalan biasa Lembaga Disiplin hadapkan yang dituduh kepada lembaga, bentangkan tuduhan dan beri peluang individu itu menafikan tuduhan tersebut. Kemudian, lembaga akan menimbang secara adil.
“Jika benar ada pelanggaran disiplin, ia perlu dibuktikan melalui proses telus dan adil seperti diamalkan Umno sejak dulu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, pihaknya mengikut semua proses ditetapkan dalam membawa usul penggantungan Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa sebarang syarat.
“Usul (tarik balik penggantungan Hishammuddin) yang dibawa Umno Sembrong sebelum ini juga mengikut prosedur sedia ada, di mana ia dibincang dalam jawatankuasa usul, dimaklumkan jawapan dan keputusan kepada pembawa usul.”
Isnin lalu, Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, MKT Umno boleh mempertimbangkan sebarang rayuan dikemukakan mana-mana ahli dikenakan tindakan disiplin, selaras perlembagaan parti.
Ia selepas Presiden Umno, Zahid Hamidi pada Ahad lalu mengumumkan pihaknya belum menerima sebarang rayuan atau permohonan rasmi daripada mana-mana ahli untuk menyertai semula Umno.
Zahid dilaporkan berkata, prosedur memerlukan individu ingin sertai semula Umno mengemukakan surat rasmi ke ibu pejabat parti dan semua keputusan akan dirujuk serta diputuskan MKT.
Umno Sembrong dalam mesyuarat agung 21 Jun lalu mengemukakan usul supaya pucuk pimpinan parti mempertimbangkan untuk menerima Hishamuddin semula.
Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi kemudian dilaporkan sudah membawa usul berkaitan ke Biro Politik Umno untuk dibincangkan.
Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dilaporkan berkata, beliau enggan merayu kerana tidak tahu sebab keahliannya digantung enam tahun bermula Januari 2023.
Media memetik surat penggantungan itu melaporkan Hishamuddin digantung kerana melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti, tanpa butiran lanjut. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/a_68.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Pertimbang Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin Mohamed Khaled

Umno Akan Pertimbang Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin Mohamed Khaled

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 196 hits
BATU PAHAT UMNO akan mempertimbangkan usul bagi menarik balik penggantungan keahlian bekas Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata menjadi tradisi dan amalan kepimpina...
Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian

Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 224 hits
Sama ada mahu merayu mahukan butiran terperinci atau tidak berpuas hati Hishammuddin Hussein masih perlu menulis sendiri kepada Umno Hishammuddin Hussein tentu maklum tentang peraturan berkaitan kerana pernah menganggotai jawatankuasa disip...
Bila Bos Rasa Dia Sentiasa Betul

Bila Bos Rasa Dia Sentiasa Betul

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 205 hits
09 Julai 2025 Rabu Tempat kerja sepatutnya menjadi ruang untuk bekerjasama berkongsi pendapat tetapi apa akan jadi sekiranya suara pekerja hanya dilayan sebagai bunyi latar yang tak penting Diamnya kami bukan tanda setuju Kadang kami terlal...
Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 165 hits
Ramai pelajar kini menggunakan ChatGPT sebagai pembantu belajar digital Tapi ramai juga yang tak tahu cara guna yang betul akhirnya bergantung 100 dan jadi malas belajar Jadi macam mana nak guna dengan bijak 1 Bantu Buat Nota Ringkas Masukk...
Lelaki Lebih Manja Ketika Sakit Demam Dan Selsema Betul Ke

Lelaki Lebih Manja Ketika Sakit Demam Dan Selsema Betul Ke

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 149 hits
Lelaki biasanya lebih manja dan mahukan perhatian serta simpati apabila demam dan selsema menurut satu kajian Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57 lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sa...
Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

Mengidam Makan Manis Tanda Hamil Anak Perempuan Betul Ke

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 138 hits
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan Sementara mengidam makanan masam ini bermakna bakal dapat bayi lelaki Betul ke Mengidam adalah salah satu tanda tanda awal kehamilan Ada ibu hamil yang mengidam semasa...
Semua Mereka Ja Betul

Semua Mereka Ja Betul

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 131 hits
Bila kita tegur Presiden PAS kerana merapu dorang cakap jangan hina Ulama bila kita kritik PAS kerana menfitnah mereka cakap jangan hina Islam sekarang mereka nak tegur kjaan selangor pula fuck off
Kesan Perubahan Ikut Umur

Kesan Perubahan Ikut Umur

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 144 hits
34 60 78 Umur Biasa Tapi Tubuh Kita Bertukar WajahPernah tak tiba tiba rasa cepat letih masa umur 30 an Atau perasan mak ayah berubah banyak bila masuk usia 60 an Rupa rupanya tubuh kita memang berubah Bukan perlahan Tapi dalam gelombang Ka...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Students To Protest Demanding Fadhlina S Resignation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Buat Jemput Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Sinopsis Filem Denu

Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Doa Dan Kasih Di Hari Lahir Mu

Isyarat Dagangan Emas Untuk 22 25 Ogos 2025 Beli Di Atas 3 335