Umno Pahang Mahu Ambil Balik Kerusi Dun Sungai Lembing Dan Dun Lepar Di Parlimen Paya Besar




KUANTAN: UMNO Pahang mahu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing dan Lepar selain mempertahankan Parlimen Paya Besar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemenangan di kawasan berkenaan penting bagi memastikan parti itu terus berkuasa di negeri ini.
“Matlamat kita adalah untuk pertahankan Pahang dan menang di Paya Besar. Kita juga mahu ambil balik Lepar dan Sungai Lembing.
“Tidak mustahil untuk kita rampas semula kawasan ini kerana kita pernah buktikan (kemenangan) di tempat lain sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar kali ke-30 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan pada petang Sabtu.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah, para perwakilan dan pemimpin UMNO negeri.
Wan Rosdy yang merupakan Menteri Besar Pahang memberitahu, parti itu pernah membuktikan kejayaan menawan semula kerusi yang dianggap sukar dimenangi.
Jelasnya, sebagai contoh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tioman, sebelum pilihan raya ramai yang mendakwa tiada harapan untuk UMNO menang.
Di Neggeri, Kelantan, negeri yang dikuasai oleh Pas, dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) itu sendiri pun (daripada) kawasan parti itu.
"Namun kita menang, jadi tidak mustahil PRU16 ini, kira rampas semula Lepar dan Sungai Lembang," jelasnya.
Wan Rosdy  mengingatkan ahli UMNO agar minimumkan masalah dalaman parti yang disifatkannya sebagai antara punca kekalahan sebelum ini.
“Kalau kita ada masalah dalaman, parti kita boleh jatuh. Lihat syarikat besar seperti Coca-Cola dan Maggi, mereka bertahan sebab tiada masalah dalaman.
“UMNO kalah salah satunya sebab masalah dalaman. Bila tidak jadi calon, depan lain belakang lain. Kita kena bersatu kalau nak menang,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, kemenangan hanya boleh dicapai jika semua ahli bersatu padu dan bergerak sebagai satu pasukan.
“Politik ini definisinya perebutan kuasa, kalau ikut matematik satu campur satu jadi dua. Tapi dalam politik, satu campur satu boleh jadi 11, jika kita bersatu,” katanya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/umno-pahang-mahu-ambil-balik-kerusi-dun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Next Ge Is A Question Of Life And Death For Umno In Pahang Paya Besar Mp

Next Ge Is A Question Of Life And Death For Umno In Pahang Paya Besar Mp

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 1091 hits
PAYA Besar UMNO Division Chief Datuk Mohd Shahar Abdullah has described the upcoming GE16 as a life and death battle for UMNO crucial to ensuring the future of the next generations in Pahang Speaking at the 30th Paya Besar UMNO Division Mee...
Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 1046 hits
KUANTAN nbsp Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim menasihati rakyat negeri itu agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan persepsi yang sering dibawa oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS Menurut belia...
Ini Dia Jumlah Kerusi Dun Yang Mahu Ditandingi Ph Di Dalam Prn Sabah

Ini Dia Jumlah Kerusi Dun Yang Mahu Ditandingi Ph Di Dalam Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 159 hits
K PRAGALATHJuly 1 2025Pakatan Harapan mahu bertanding di 34 kerusi DUN di dalam pilihan raya negeri Sabah Bilangan DUN yang mahu ditandingi sudahpun dinyatakan kepada BN dan GRS kata ketua penerangan UPKO Peter Nainthin kepada Harapan Daily...
Ustaz Rosli Jabar Dakwa Umno Bagaikan Dirasuk Syaitan Setiap Kali Dengar Slogan Pas Teraju Pahang

Ustaz Rosli Jabar Dakwa Umno Bagaikan Dirasuk Syaitan Setiap Kali Dengar Slogan Pas Teraju Pahang

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 187 hits
KUANTAN Parti Islam SeMalaysia Pahang menyifatkan segelintir penyokong dan pemimpin Umno seperti mereka yang dirasuk syaitan dan kepanasan setiap kali mendengar slogan PAS Teraju Pahang Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Rosli Abdul Jabar berkata ...
Pemuda Umno Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

Pemuda Umno Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 328 hits
PEKAN Pergerakan Pemuda UMNO Pahang akan membawa usul berkenaan pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada Ogos nanti Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim me...
Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 1146 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor menggesa kerajaan serta agensi berkaitan segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Pahang yang semakin meruncing terutama di kawasan luar bandar kampung tradisi dan tanah rancanga...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess