Umno Terbukti Bukan Lagi Parti Perjuangan






1 July 2025


Walaupun salah seorang pemimpin di peringkat tertingginya “dicuri” oleh parti rakannya sendiri, pendirian rasmi UMNO terhadap perbuatan itu nampaknya cukup lunak dan berdiplomasi kelas tinggi.


Pendirian UMNO yang diputuskan dalam mesyuarat MTnya semalam sekadar menegaskan tidak wajar bagi parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti komponennya.


Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia adalah antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi.


“UMNO berasakan tiada kewajaran untuk parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti komponen gabungan (yang membentuk) kerajaan untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Pendirian UMNO itu adalah merujuk kepada tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum ini mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai PKR.


Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebelum itu mengesahkan beliau ada mengadakan perbincangan dengan Tengku Zafrul berhubung penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu ke dalam PKR.


Melihat pendirian lunak serta lembut itu, tidak syak lagi UMNO bukan saja  sebuah parti yang lembik dan tidak bermaya, bahkan seperti sudah hilang roh perjuangan.


Pemimpin peringkat tertingginya “dicuri” rakan sendiri pun hanya mampu mengangkat jari kelingking saja, jauh sekali untuk berani membantah dengan lantang.


Hakikatnya Tengku Zafrul yang “dicuri” itu bukan bertaraf Ketua Cawangan atau ahli biasa, tetapi merupakan Ahli MT dan juga seorang Ketua Bahagian di Selangor.


Meskipun menyertai mana-mana parti adalah pilihan individu, tetapi dengan berpindah parti dan masih kekal dalam kabinet, bahkan dikhabarkan mahu disambung lagi perjalanan kariernya menikmati kedudukan dalam kerajaan, UMNO seolah-olah tidak bermaya dalam mempertahankan maruahnya.


Selepas ini, kalau ada pilihan raya kecil untuk Tengku Zafrul atau ketika PRU16 di mana beliau bertanding, sudah tentu UMNO akan turut membantu dan berkempen di masa saja beliau bertanding, kononnya atas nama perpaduan.


Lihatlah berapa lekehnya UMNO.


Sepatutnya, sebagai parti yang memungkinkan Anwar dapat jadi Perdana Menteri, UMNO boleh memberi amaran keras dengan mendesak Tengku Zafrul digugurkan serta-merta daripada kabinet atas tindakannya berpindah parti itu atau jika tidak, parti itu akan menarik sokongan dengan segera.


Jika itu dilakukan, barulah UMNO dihormati oleh ahlinya sendiri dan rakyat yang tidak berparti, bahkan parti yang mahu “mencuri” pun ada terasa kecut dalam hati.


Barulah juga UMNO boleh dilihat sebagai parti perjuangan yang tidak boleh dibuat main-main oleh kawan dan juga lawan.


Tetapi dengan sekadar mengatakan tidak wajar untuk mana-mana parti mengambil ahli daripada parti rakan sendiri tanpa disusuli apa-apa tindakan yang ada nilai perjuangan bila pemimpinnya “dicuri”, UMNO hanya akan tinggal kenangan saja selepas ini.


Tiada sesiapa boleh menaruh harapan atau menjadikan UMNO sebagai sandaran untuk perjuangan yang lebih besar.


Di mata rakyat, dengan pendirian UMNO itu, ia tidak lebih hanyalah sebuah parti yang memikirkan tentang kedudukan serta jawatan.


Walhal, kalau UMNO lebih memikirkan soal perjuangan, jangankan jawatan, sebuah kerajaan pun dapat digenggam. – ShahbudinHusin 01July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/umno-terbukti-bukan-lagi-parti-perjuangan/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/umno-terbukti-bukan-lagi-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Yah Perasan La Parti Ko Yang Tergila Gilakan Umno

Tak Yah Perasan La Parti Ko Yang Tergila Gilakan Umno

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 122 hits
Perasan UMNO nak ajak dia balik Habis lupa siapa yang tinggalkan dulu Idris Ahmad ni macam bekas kekasih yang tinggalkan orang tapi sekarang perasan konon orang rindu nak kembali Kalau nak sangat orang ajak balik pastikan dulu pernah tingga...
Nurulhidayah Tegaskan Zahid Bukan Perosak Parti Nama Calar Sebab Pertahan Umno

Nurulhidayah Tegaskan Zahid Bukan Perosak Parti Nama Calar Sebab Pertahan Umno

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 135 hits
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan individu yang merosakkan UMNO sebaliknya namanya tercalar kerana terus mempertahankan parti walaupun didesak untuk membubarkannya selepas prestasi buruk...
Umno Bukan Sekadar Parti Tapi Gerakan Rakyat Bela Maruah Bangsa Zambry

Umno Bukan Sekadar Parti Tapi Gerakan Rakyat Bela Maruah Bangsa Zambry

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 122 hits
UMNO bukan sekadar sebuah parti politik sebaliknya merupakan gerakan rakyat yang memperjuangkan maruah bangsa dan berperanan besar dalam membebaskan masyarakat luar bandar daripada belenggu kemiskinan kata Setiausaha Agung Barisan Nasional ...
Setakat Ini Umno Masih Mahu Bekerjasama Dengan Ph Dan Parti Sabah Dan Sarawak

Setakat Ini Umno Masih Mahu Bekerjasama Dengan Ph Dan Parti Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 133 hits
Che IbrahimSetakat ini kerjasama PH BN yang disokong oleh parti parti di Sarawak dan Sabah adalah formula ramuan perpaduan terbaik untuk rakyat dan negara Lebih elok jika parti parti politik dari Semenanjung hanya bersifat rakan perpaduan k...
Pergi Melingkup Lah Parti Ko Yang Perasan Kuat

Pergi Melingkup Lah Parti Ko Yang Perasan Kuat

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 106 hits
Copas Credit Abang Ismawi Abang MuhiSolo atau bersenergi dengan parti lain tiada masalah pun Ikut suka pilihan dan keputusan parti masing Jika rasa sudah cukup kuat utuh dan mantap dipersilakan Kemudian nanti jangan hidung tak mancung pipi ...
Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 151 hits
Masalahh ketuat kat tapak tangan habibi ni memang merisaukan nampak tersembul dan kalau berdarah tu memang mengalir darah Rawatan AlternatifSama seperti penyakit limfoma yang dialami dia dulu habibi memang rajin cari rawatan alternatif Sebe...
Elon Musk Tubuh Parti Baharu Cabar Sistem Satu Parti As

Elon Musk Tubuh Parti Baharu Cabar Sistem Satu Parti As

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 165 hits
WASHINGTON Apabila berkaitan muflis negara dengan pembaziran dan rasuah kita hidup dalam sistem satu parti bukan demokrasi kata Elon Musk yang mengumumkan penubuhan Parti Amerika mencabar dominasi politik dua parti di Amerika Syarikat Kenap...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Having A Strong Company Culture

Haze Faced By Malaysia And Singapore Due To Forest Fires From A Neighbouring Country

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Anwar S Tribute Pre Election Relief Or Long Term Reform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord