Kacukan Sabah Amerika Ada Ijazah Kedoktoran Isteri The Flash Mampu Bertutur Bahasa Kadazan Melayu
   Tak sabar nak tengok baby pasangan sama cantik sama padan ini.           
 Mengikuti perkembangan pelakon Hollywood adiwira The Flash sudah tentu ramai mengetahui bahawa isteri yang telah dikahwininya pada 15 Disember 2018 ini mempunyai keturunan Sabah-Kadazan. Apa yang menariknya suri hati The Flash atau Thomas Grant Gustin ini tidak pernah meminggirkan asal usulnya sebagai gadis Sabah.     
   Foto: Instagram @lathoma3         Andrea Thoma yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada Julai nanti sentiasa mengekalkan warisan Borneo ini dalam dirinya kerana mempunyai seorang ibu yang menitik-beratkan adat dan budaya mereka. Ibunya Judy Thoma telah berkahwin dengan James Thoma dan mempunyai tiga orang anak.     
   Foto: Instagram @lathoma3                             Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Terapi Fizikal dari Old Dominion University. Dah lah cantik mempunyai pendidikan tertinggi sehingga meraih gelaran Doktor Falsafah, ini yang baru dikatakan beauty with brains kan? Sebelum itu Andrea belajar di Kent State University dalam bidang exercise phisiology dan tamat pada tahun 2009.  
   Foto: Instagram @lathoma3       
   Foto: Instagram @lathoma3                    Bertugas sebagai Juru Terapi Fizikal di Amerika Syarikat, wanita cantik ini mempunyai pengikut di laman Instagram seramai 764 ribu. Andrea dan suaminya baharu sahaja memgumumkan bahawa mereka bakal bergelar ibu dan bapa tak lama lagi. Tahniah! buat pasangan sama cantik sama padan ini. Mesti comel macam ibu dan bapanya.    
   Foto: Instagram @lathoma3       
   Foto: Instagram @theflash.4k                      Tengok ni, Andrea buat senaman sakit pinggang ketika mengandung.      
View this post on Instagram 
A post shared by Dr. LA Thoma Gustin (@lathoma3)
                             Walaupun Andrea ini dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat tetapi wanita ini boleh bertutur dalam bahasa Kadazan dan bahasa Melayu. Walaupun tidak berapa fasih tetapi Andrea mampu bercakap dalam dua bahasa ini dengan baik.     
Foto: Instagram @lathoma3            
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/kacukan-sabah-amerika-ada-ijazah.html