Ratusan Suami Isteri Di Labuan Mahu Balik Bertemu Pasangan Di Sabah


Ratusan pasangan PJJ dari Sabah yang tinggal di Labuan masih tidak dapat bertemu pasangan masing-masing di tanah besar itu meskipun kelonggaran perjalanan rentas daerah serta negeri diumumkan dan berkuat kuasa pada Selasa. Foto Bernama


LABUAN - Ratusan suami isteri jarak jauh dari Sabah yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dapat bertemu pasangan masing-masing di tanah besar itu meskipun kelonggaran perjalanan rentas daerah serta negeri bagi golongan tersebut telah diumumkan dan berkuat kuasa pada Selasa.

Kebanyakan mereka terdiri daripada penjawat awam yang berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan di sini dan hanya sebilangan kecil bekerja dalam sektor swasta.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri Sabah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi perjalanan rentas daerah dan negeri untuk pengunjung dari Labuan.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah juga perlu meneliti semula SOP bagi perjalanan rentas daerah dan negeri untuk pengunjung dari Labuan.

Katanya, Labuan telah pun mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus penduduk dewasanya melengkapkan vaksinasi bagi Covid-19 dan Wilayah Persekutuan itu juga memiliki kadar kebolehjangkitan paling rendah dengan hanya satu kes baharu dilaporkan pada Selasa.

Ratusan suami isteri di Labuan belum bertemu pasangan di Sabah “Memandangkan Labuan telah berjaya melandaikan keluk COVID-19, SOP perjalanan rentas daerah dan negeri Sabah (bagi pengunjung dari Labuan) hendaklah dilonggarkan... tiada keperluan mendapatkan kebenaran khas untuk perjalanan rentas daerah dan negeri (permohonan dibuat secara dalam talian) daripada jawatankuasa itu yang mengambil masa agak lama untuk mendapat kelulusan manakala syarat perlu menjalani ujian saringan Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) (bagi memasuki Sabah) hendaklah digantikan dengan sekadar melakukan ujian RTK-Ag,” katanya.

Rozman berkata, surat berhubung perkara itu akan dihantar kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor secepat mungkin untuk pertimbangan.

Beliau berkata, meskipun Labuan adalah sebuah Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, pulau bebas cukai itu masih banyak bergantung kepada sumber dari Sabah terutama dari segi bekalan makanan.

“Labuan dan Sabah tidak boleh berpisah kerana ribuan penduduk Sabah masih tinggal di pulau ini sama ada untuk bekerja atau mempunyai sanak-saudara di sini... oleh itu, bagi pihak penduduk setempat dan pasangan suami isteri jarak jauh terbabit, kami memohon agar Kerajaan Negeri Sabah meneliti semula langkah melonggarkan SOP bagi perjalanan rentas daerah dan negeri,” katanya.

Jeffrey Nian, penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Penerangan Labuan berkata, dia tidak berjumpa dengan isteri dan anak-anaknya sejak empat bulan lalu.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli “Saya amat gembira apabila mendengar kelonggaran diberikan berhubung perjalanan rentas daerah dan negeri kepada pasangan suami isteri jarak jauh yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Ahad ... malangnya, ia tidak terpakai di Sabah dan ini bermakna saya masih tidak dapat melakukan perjalanan untuk berjumpa isteri saya di tanah besar, oleh itu, saya berharap kerajaan negeri Sabah boleh mempertimbang nasib rakyat Sabah (seperti saya) di Labuan,” katanya.

Khairul Idin, wartawan Wilayahku, pula berkata, dia terpaksa tinggal berjauhan daripada isterinya yang kini berada di Sandakan sejak April lalu.

“Saya telah menghantar isteri balik ke Sandakan selepas dia melahirkan bayi sulung kami untuk berpantang dan ketika itu, terdapat sedikit kelonggaran dalam sekatan perjalanan rentas negeri di Sabah namun kini kami langsung tidak boleh berjumpa kerana SOP bagi perjalanan ke Sabah terlalu ketat untuk pengunjung dari Labuan.

“... agak sedih juga apabila saya hanya mampu meluangkan masa selama beberapa hari untuk bersama dengan bayi saya sebelum menghantar mereka pulang ke Sandakan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Labuan, Rithuan Ismail berkata, tidak ada sekatan bagi pengunjung dari Labuan untuk ke Sabah jika mereka memiliki permit polis, hasil ujian PCR mereka negatif dan mendapat kebenaran melakukan perjalanan rentas negeri daripada kerajaan negeri Sabah. - Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/ratusan-suami-isteri-di-labuan-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Oku Terselamat Dari Rentung

Suami Isteri Oku Terselamat Dari Rentung

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 203 hits
Mangsa wanita yang sesak nafas diberikan rawatan selepas diselamatkan dalam kebakaran di Kota Kemuning awal pagi tadi SHAH ALAM Kepantasan anggota bomba berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri yang merupakan orang kelainan upaya daripad...
Suami Lanjut Kuliah S2 Di Kampus Lamanya Tasya Kamila Sekeluarga Akan Bolak Balik Jakarta New York

Suami Lanjut Kuliah S2 Di Kampus Lamanya Tasya Kamila Sekeluarga Akan Bolak Balik Jakarta New York

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 293 hits
Nggak cuma kompak sebagai pasangan ternyata juga kompak masuk Colombia University Keren banget deh pasangan yang satu ini
Isteri Tembak Potong Mayat Suami Dengan Kapak Suruh Anak Bantu Buang Mayat Mangsa

Isteri Tembak Potong Mayat Suami Dengan Kapak Suruh Anak Bantu Buang Mayat Mangsa

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 400 hits
Isteri tembak potong mayat suami dengan kapak suruh anak bantu buang mayat mangsaPolis menahan seorang wanita dari Indiana kerana didakwa telah membunuh suaminya di bilik tidur kediaman mereka di LaPorte pada 27 Julai lalu sebelum memotong ...
Bukan Mudah Alahan Suami Tiada Disisi Isteri Datuk Azizul Berterima Kasih Pada Banyak Membantu

Bukan Mudah Alahan Suami Tiada Disisi Isteri Datuk Azizul Berterima Kasih Pada Banyak Membantu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 748 hits
Datuk Azizulhasni Awang telah berjaya meraih pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi Kejayaan ini merupakan hadiah yang amat bernilai buat rakyat Malaysia dan isteri kepada Datuk Azi...
Tak Mudah Lalui Trimester Pertama Tanpa Suami Disisi Tapi Syukur Isteri Azizulhasni

Tak Mudah Lalui Trimester Pertama Tanpa Suami Disisi Tapi Syukur Isteri Azizulhasni

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 466 hits
Siapa yang tak sebak apabila suami tercinta dapat mengukir nama di pentas antarabangsa susulan memenangi pingat di sukan Olimpik Tokyo 2020
Shuib Suami Yang Diuji Kita Yang Ada Pasangan Hargailah Sebab Tak Tahu Siapa Pergi Dulu

Shuib Suami Yang Diuji Kita Yang Ada Pasangan Hargailah Sebab Tak Tahu Siapa Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 296 hits
Satu Malaysia sentiasa menantikan kisah Shuib dan arwah isterinya Apa kebaikan yang dilakukan selama ini dapat dilihat selepas pemergian arwah Siti Sarah Seolah olah ia sangat terkesan dan dekat di hati rakyat Seperti perkongsian saudara Re...
Berebut Duit Loteri Rm8 5j Suami Tembak Mati Isteri Anak Sebelum Bunuh Diri

Berebut Duit Loteri Rm8 5j Suami Tembak Mati Isteri Anak Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 233 hits
Barang Panas alih alih duit tidak dinikmati ketiga tiga hilang nyawa OKLAHOMA Seorang lelaki tergamak menembak mati isteri dan anak perempuannya yang berusia satu tahun selepas menang loteri berjumlah AS 2 juta Tiffani Hill 31 dan anak pere...
Baru Seminggu Kahwin Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Batu

Baru Seminggu Kahwin Suami Hentak Kepala Isteri Dengan Batu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 294 hits
Berita betul betul betul Hilang Akal TAIF Jabatan Siasatan Jenayah Polis Taif menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya dengan kejam Lapor Saudi Gazette suspek didakwa membunuh isterinya dengan menghentakkan...
Akibat Cemburu Buta Suami Acu Parang Tumbuk Isteri

Akibat Cemburu Buta Suami Acu Parang Tumbuk Isteri

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 259 hits
Gambar Hiasan Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata dalam kejadian jam 7 malam itu suspek berumur 60 tahun itu turut mengacukan parang kepada isterinya berumur 48 tahun Hasil siasatan mendapati susp...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pakej Percutian Turki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee

Menerima Surat Kenaikan Pangkat Ke Gred Dg54