K Siang Akui Dap Hilang 30 40 Undi Jika Pru Sekarang



Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu?KUALA LUMPUR 29 Ogos - "Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu?' Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat.Kit Siang melontarkan pertanyaan untuk bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.Mengulas dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baru.Bagaimanapun, ahli parlimen Iskandar Puteri itu berkata DAP memerlukan masa untuk rakyat menyedari perkara itu dan menggesa para pemimpin parti supaya mempunyai stamina, ketekunan dan komitmen untuk kekal meneruskan apa yang telah dirangka.Kit Siang mendakwa jika pilihan raya umum diadakan sekarang, beliau akan kalah dan DAP akan kehilangan 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara."Ini adalah kesan salah faham dan salah tanggapan terhadap DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong tegar kami."Kami memerlukan masa bagi penyokong dan rakyat menyedari bahawa DAP tidak mengkhianati mereka dan kami tidak akan berputus asa akan harapan kami berhubung objektif Malaysia Baru, perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti."Sekiranya DAP mengkhianati prinsip rakyat dan harapan Malaysia Baharu, maka DAP berhak ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak ada cara untuk memulihkan DAP atau mendapatkan sokongan pengundi dengan peralihan masa. Malah, hasilnya hanya mungkin lebih teruk."Tetapi jika DAP tidak mengkhianati prinsip dan harapan rakyat, maka masa akan menunjukkan betapa salahnya salah faham dan salah tanggapan mengenai DAP," katanya dalam satu kenyataan.Bagi memberi gambaran tentang kemerosotan keyakinan kepada DAP, Kit Siang memetik komen pada kenyataan terdahulu bahawa pemimpin parti itu telah menjadi pekak, buta dan bisu apabila percaya Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum ke-15 pada 2023.Kit Siang berkata, dalam tempoh dua bulan, rakyat Malaysia telah terperangkap dalam kedudukan ganas di mana setiap komuniti hidup dalam ketakutan, keraguan, kecurigaan dan kebencian terhadap masyarakat dan agama lain, mempercayai bahawa hak, etnik, agama dan budaya mereka sedang terancam.Beliau meletakkan kesalahan itu kepada kempen berita palsu yang terancang dan ucapan-ucapan berbaur kebencian."Bagaimana mungkin ini berlaku. Orang-orang Melayu percaya bahawa mereka telah kehilangan kuasa politik dan hak, etnik, agama dan budaya mereka menghadapi ancaman."Sebagai contoh, kerosakan sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini digunakan untuk menyebarkan ketakutan bahawa tiga juta warga China telah memasuki negara ini, mengubah demografi di negara ini. Pada hal berita ini langsung tidak ada asas kerana proses pemeriksaan kemasukan warga asing dilakukan secara manual oleh Jabatan Imigresen, dan semua pelawat terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP)."Jika berfikir sedikit, mustahil tiga juta warga China boleh meloloskan diri melalui KLIA dalam masa tiga hari, yang bermakna lebih dari 10,000 pendaratan pesawat dalam satu hari. Bolehkah ini dilakukan tanpa ada yang menyedarinya," soal beliaua.Kaum Cina di Malaysia pula kata Kit Siang takut hak, etnik dan budaya mereka menghadapi ancaman.Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang berjaya mengatasi ketakutan kononnya kerajaan Pakatan Harapan menyekat persembahan tarian singa."Kerana kekurangan maklumat dan perundingan yang tidak mencukupi, warisan kerajaan terdahulu mengenai Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil dianggap sebagai serangan eksistensi terhadap pendidikan dan budaya Cina dan Tamil oleh kerajaan Pakatan Harapan."Dalam masa dua bulan, melalui berita palsu dan ucapan benci, para oportunis politik dan mereka yang terdesak telah menyematkan rasa tidak selamat terhadap kaum agama dalam setiap komuniti hingga menjadikegusaran, ketakutan dan kebencian masyarakat lain," katanya.Dalam kenyataan itu, Kit Siang juga merunugut bahawa pembinaan negara Malaysia terjejas 16 bulan lepas selepas pilihan raya umum ke-14."Biar setiap rakyat Malaysia bertanya soalan ini: Jika setiap komuniti, etnik dan budaya menghadapi ancaman, siapa yang mencetuskan ancaman ini?"Saya percaya Malaysia Baharu boleh menjadi negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang kerana empat tamadun hebat - Islam, Cina, India dan Barat - bertemu di Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINEKomen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong kenyataan LKS! DAP sebagai seekor cicak sekarang.. Kepalanya sudah terkepit di palang pintu atau dilestik, tak boleh buat apa-apa lagi.. Ekornya dah luruh ke bawah terkodek-kodek! 

Kodek-kodek itulah yang kita dengar bising-bising kini, salakan pecacai balaci, penyokong atau 'tentera kacang merah'nya..
Lihat ini..Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka   
Bab I: Sebelum pergi..Orang Melayu Sri Lanka, Nak Lawati Mereka?Melayu Sri Lanka, Mabole Malay Association... Gamb...Bab II: Catatan Perjalanan..Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..Bandar Islam Di Colombo..Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan ManusiaKhalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/ksiang-akui-dap-hilang-30-40-undi-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agenda Malaysian Malaysia Dap Punca Keharmonian Hilang

Agenda Malaysian Malaysia Dap Punca Keharmonian Hilang

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 266 hits
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali KUALA LUMPUR Malaysia akan terus kekal harmoni dengan masyarakat berbilang kaum budaya dan agama saling jika DAP tidak muncul dengan agenda Malaysian Malaysia Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairudd...
Pru 15 Umno Atau Dap Yang Musnah

Pru 15 Umno Atau Dap Yang Musnah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 299 hits
04 September 2019JOHOR BAHRU 4 Sept Sama ada UMNO atau DAP yang akan musnah dalam arena politik hanya diketahui apabila Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan secepat mungkin Justeru Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd Hairi Mad...
Dap Boikot Perkauman Sebelum Pru 13 Lagi

Dap Boikot Perkauman Sebelum Pru 13 Lagi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 221 hits
DAP melakukan amalan BOIKOT berunsur perkauman sebelum PRU 13 lagi1 min readSecara am dan demi kebaikan keseluruhan ekonomi negara saya setuju dengan pendapat Mufti Perlis bahawa umat Islam boleh mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi...
Dap Cuba Gagalkan Pru 15 Mengapa Ini Sebabnya

Dap Cuba Gagalkan Pru 15 Mengapa Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 249 hits
Mungkinkah DAP Akan Cuba Gagalkan PRU 15 Supaya Malaysia Menjadi Republik Posted by SnapShot at 8 28 2019DAP takkan benarkan PRU 15 dijalankan kerana mereka sedar Kerajaan Malaysia sekarang sangat lemah dalam Urus Tadbir Negara Lebih menaku...
Mungkinkah Dap Akan Cuba Gagalkan Pru 15 Supaya Malaysia Menjadi Republik

Mungkinkah Dap Akan Cuba Gagalkan Pru 15 Supaya Malaysia Menjadi Republik

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 401 hits
DAP takkan benarkan PRU 15 dijalankan kerana mereka sedar Kerajaan Malaysia sekarang sangat lemah dalam Urus Tadbir Negara Lebih menakutkan DAP adalah Penyatuan Ummah di antara PAS dan UMNO akan menyebabkan umat Islam khususnya bangsa Melay...
Ph Masih Menang Jika Pru 15 Sekarang Tun M

Ph Masih Menang Jika Pru 15 Sekarang Tun M

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 209 hits
PH menang jika PRU 15 sekarang Tun MOleh September 01 2019Meskipun mendapat beberapa reaksi negatif daripada penganalisis politik terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan perdana menteri Dr Mahathir tetap gabungan itu akan menang sekirany...
Guan Eng Akui Dap Gagal Yakinkan Tun M Tutup Lynas

Guan Eng Akui Dap Gagal Yakinkan Tun M Tutup Lynas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 259 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR DAP mendakwa Pas dan UMNO mengapi apikan rasa kebencian antara perkauman dan agama dalam kalangan orang Melayu manakala MCA dan MIC juga didakwa melakukan perkara sama kepada bukan Melayu Setiausaha Agung DAP Lim G...
Lim Kit Siang Dan Dap Bole Rehat

Lim Kit Siang Dan Dap Bole Rehat

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 560 hits
Menjawab Lim Kit Siang Lupakan Saja Retorik Malaysia Baru Saya membaca keluhan dan kekecewaan YB Lim Kit Siang seperti berita yang tersiar di Malaysiakini bertarikh 28 Ogos 2019 yang bertajuk Patutkah saya lupakan Malaysia Baru dan berundur...
Kapal Kargo Berpenumpang 25 Orang Hilang Di Perairan Pulau Buru

Kapal Kargo Berpenumpang 25 Orang Hilang Di Perairan Pulau Buru

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 212 hits
Dalam laporannya disebutkan kalau kapal kargo MV Nur Allya diperkirakan hilang kontak pada lokasi koordinat 02 36 00 S 127 12 00 E
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025