Lim Kit Siang Dan Dap Bole Rehat


Menjawab Lim Kit Siang, Lupakan Saja Retorik Malaysia Baru 1 September 2019 Berita Utama Saya membaca keluhan dan kekecewaan YB Lim Kit Siang seperti berita yang tersiar di Malaysiakini bertarikh 28 Ogos 2019 yang bertajuk ‘Patutkah saya lupakan Malaysia Baru dan berundur, soal Kit Siang’. 
Saya rasa terpanggil memberikan pandangan berhubung kenyataan YB itu sendiri. Saya sarankan YB melupakan sahaja retorik Malaysia Baharu. 
Pasti YB sendiri sangat sedar bukan, bahawa Malaysia Baharu itu tidak diasaskan pada pemikiran politik yang sebenar?
Pertama, tiada yang baru tentang Malaysia setelah kemenangan PH. Apa yang barunya tentang drama Anwar Ibrahim yang terus berharap untuk menggantikan Tun Mahathir? Maaf, setakat ini belum ada kekosongan jawatan. 
Apa yang barunya dengan dasar-dasar PH yang hanya menjenamakan semula program lama? Dulu Lynas bakal menjadikan Malaysia beracun. Sekarang ia diteruskan dengan seribu justifikasi.

 Apa yang barunya dengan penipuan pemansuhan tol oleh YB Tony Pua, penghapusan bayaran hutang PTPTN dan kos sara hidup yang tinggi? 
Apa yang barunya dengan naratif kononnya Sabah dan Sarawak tidak terbela dengan baik? Sedangkan kini sekolah-sekolah di Sarawak diugut oleh anak YB sendiri agar tidak diberikan bantuan sehinggalah hutang Kerajaan Negeri lunas.
Apa yang barunya apabila berjuta peluang pekerjaan yang dijanjikan sebelum ini rupanya dijawab dengan memperkenalkan Gojek. 
Barangkali 300 ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang dijanjikan untuk dibawa pulang sebelumnya kini akan berlumba-lumba pulang demi merebut peluang keemasan ini.
Apa yang barunya bila Menteri Pendidikan, sehingga sekarang tidak boleh membuat keputusan sama ada UEC akan diiktiraf atau tidak. 
Biarpun itu adalah manifesto PRU. Apa yang barunya, jika YB sendiri gagal meyakinkan masyarakat Cina dan India untuk menerima khat di sekolah vernakular. 
Sedangkan, kalian mendendangkan Malaysia yang lebih terbuka, tidak rasis dan tidak prejudis.
Apa yang barunya bila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis Negara, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Ketua Pesuruhjaya SPAD, 13 pegawai penyelaras sukan negeri dan pelbagai lantikan ke institusi awam dan akademik dibuat tanpa melalui proses dan mekanisme yang kamu janjikan. Malah, hampir kesemuanya adalah lantikan politik dari kalangan parti dalam pakatan anda?
Apa yang barunya dengan retorik Perdana Menteri dan rakan-rakan YB tentang kebanjiran pelabur China di Johor adalah satu penjajahan dan penjualan negara. 
Yang peliknya, kini semua itu semakin digalakkan. Sehinggakan pembinaan rumah kos rumah pun hendak diserahkan kepada kontraktor China.
Apa yang barunya dengan cerita hutang negara yang melambung? Sedangkan kini Kerajaan merancang untuk menerbitkan pula Bon Samurai Kedua biarpun setelah menambah hutang negara ke tahap yang sangat menggerunkan?
Apa yang barunya tentang luar bandar Malaysia sekarang? FELDA tidak bertambah baik. Harga sawit terus merudum. Hidup petani dan pesawah semakin sempit.
Kesemua ini adalah petunjuk jelas bahawa Malaysia Baharu adalah satu gimik politik yang tidak boleh dipertahankan.
Kedua, saya ingin mengingatkan YB bahawa DAP selalu menggunakan alasan yang suhu perkauman di Malaysia semakin meningkat kerana pihak tertentu menggunakan sentimen perkauman.
Siapa mereka itu YB? UMNO-PAS atau Malaysiakini atau akhbar Cina? Atau YB, anak YB dan parti YB?
Biar saya nyatakan realitinya. Pergilah ke mana-mana sudut negara ini, tiada orang Melayu yang menzalimi bangsa Cina dan tiada orang Cina yang menzalimi bangsa Melayu atau India. Keadaan di lapangan sangat harmoni. 
Kebanyakan kami rakyat di bawah tidak melihat ras sebagai masalah harian dalam kehidupan Malaysia yang majmuk.
Orang Melayu terus ke kedai Cina, menggunakan kontraktor Cina dan setia berurusan dan menyimpan dengan bank-bank milik Cina. 
Orang Cina terus mengunjungi kedai nasi lemak orang Melayu, sarapan roti canai di kedai India dan menaiki Grab yang dipandu orang Melayu.
Realitinya, kehidupan Malaysia muhibah. Hanya YB, anak YB dan rakan-rakan DAP sahaja yang terus meniupkan rasa khuatir seolah-olah suhu perkauman semakin meningkat, hanya kerana orang Melayu tidak mendukung Pakatan Harapan.
Jangan YB lupa bahawa Tun Mahathir pernah menjadi sebahagian dari Perkasa. Dan pernah dilabel oleh DAP sebagai ultra Melayu. Nah, yang itulah sekarang pujaan hati YB dan sekutu.
Ketiga, pada kebanyakan rakyat Malaysia, tiada Malaysia baru atau Malaysia lama. Hanya Malaysia.Ini negara kami nan satu-satunya. Menukar pemerintah bukan bererti menukar negara dan segala struktur asasnya.
YB bercakap tentang Malaysia Baharu, adalah YB, anak YB dan konco-konco YB. Seolah-olah YB adalah pejuang pembebasan yang terpenjara berpuluh tahun dan akhirnya setelah dibebaskan berjaya menumbang Kerajaan yang zalim.
Biar saya ingatkan YB. Yang baru tidak semestinya baik dan yang lama tidak semestinya jelik. Pemikiran sebegini sangat songsang dan keanak-anakan.
Apa YB lupa, BN telah membina negara ini dengan jayanya. Jika tidak, masakan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan baik. 
Jika tidak, masakan Kerajaan dapat berfungsi seusai pilihan raya. Jika tidak, masakan wujud generasi yang sangat waras dan tegas menentang apa yang mereka anggap korupsi dan kejahatan.
Jika benar BN dan orang Melayu yang mendukung UMNO ini terlalu jahat, tidak akan pernah wujud ruang peralihan kuasa dan pemugaran demokrasi di negara ini.
Setelah BN tumbang, tidak ada satu pun tunjuk rasa yang UMNO dan PAS anjurkan. Kami sangat menghormati pilihan rakyat dan kami menerimanya dengan berlapang dada.
Malangnya, setelah lebih setahun memerintah dengan kualiti pentadbiran yang gagal, maka cara paling mudah untuk mengalih ketidakpuasan hati rakyat ialah mencari kambing hitam. 
YB enggan menerima hakikat bahawa yang menggantikan kleptokrasi adalah kakistokrasi. Malah kini, pelbagai episod video seks, jenayah seksual dan rujukan bahan lucah dilakukan oleh anggota Kerajaan. Seolah-olah, kakistokrasi kini berubah pula menjadi pornokrasi.
Maka timbullah tuduhan bahawa ada pihak tertentu yang bermain sentimen kaum dan agama. Malah, rakan-rakan YB sehingga ke hari ini masih bercakap tentang ‘kartel’ dan ‘deep state’ yang tidak ada siapa pun faham maksudnya. 
Barangkali, para jemaah menteri yang bersijil palsu dengan kelayakan luar negara yang ditipu boleh memberikan pencerahan kepada kami yang hanya belajar dengan jujur di universiti tempatan.
Saya ingin bertanya. Selain perkauman, selama 60 tahun apa yang sebenarnya telah YB atau DAP bantu jayakan di tanah air ini?
Jika DAP bukan perkauman, masakan setelah 60 tahun, ia terus gagal meyakinkan orang Melayu untuk mendukung perjuangannya. 
Jika DAP bukan perkauman, mengapa ia menjadi cacing kepanasan apabila Perdana Menteri menyelar Dong Zong sebagai rasis? Jika DAP bukan perkauman, mengapa penyatuan orang Melayu Islam disamakan dengan gerakan pengganas?
Setelah 60 tahun, satu-satunya ‘jasa’ DAP adalah memastikan orang Cina hanya menyokong agenda rasis DAP. Sebab itu, sejak 6 dekad sehinggalah setelah membentuk Kerajaan, tiada Melayu atau India atau Iban atau Kadazan atau orang Asli yang berbondong-bondong menyertai DAP.
Sebabnya mudah. Impian DAP tentang Malaysian Malaysia yang tidak beragama rasmi itu sangat terpisah dari realiti Malaysia.
Keempat, berundurlah YB. Malaysia memerlukan kesegaran baharu.Malaysia berterima kasih kepada Tun Mahathir, Anwar dan rakan seangkatan mereka kerana sama-sama menyumbang dalam mencorakkan politik Malaysia.
Tetapi, Malaysia ini bukan tentang anda semua selamanya. Malaysia bukan tentang legasi Tun Mahathir dan cita-cita Anwar Ibrahim. 
Negara ini memerlukan generasi pelapis untuk mengambil alih. Kalau Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand hatta Vietnam sudah ada generasi pemimpin baharu, mengapa kita masih lagi bergantung harap pada sang negarawan yang dari generasi pertama.
Ingatlah YB, yang Malaysia perlukan bukan sekadar menukar nama. Tetapi melebar makna dan menebar pesona. Itu, bukan sesuatu yang anda fahami. Apatah lagi miliki.Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/09/lim-kit-siang-dan-dap-bole-rehat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Bersara Dan Lupakan Malaysia Baharu Ini Jawapannya Terhadap Sandiwara Terbaru Kit Siang

Mahu Bersara Dan Lupakan Malaysia Baharu Ini Jawapannya Terhadap Sandiwara Terbaru Kit Siang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 283 hits
Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat Kit Siang melontarka...
Kit Siang Should I Just Forget About New Malaysia And Quit

Kit Siang Should I Just Forget About New Malaysia And Quit

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 441 hits
Amid the declining confidence among its supporters Lim Kit Siang has noted the calls for him to throw in the towel after five decades in politics Shall I just forget about New Malaysia and call it quits he asked Citing its decades of strugg...
Kit Siang Proposes Joint Conference After Environmental Disasters In Johor

Kit Siang Proposes Joint Conference After Environmental Disasters In Johor

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 298 hits
DAP supremo Lim Kit Siang has proposed a joint government conference between Putrajaya and Johor following a series of environmental disasters in the southern state The time has clearly come for the environment in Johor to be given top prio...
Bersara Politik Drama Berulang Kit Siang

Bersara Politik Drama Berulang Kit Siang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 353 hits
Hasrat Lim Kit Siang untuk bersara daripada politik adalah drama berulang Penasihat DAP berkenaan setiap kali DAP berdepan krisis keyakinan daripada penyokongnya Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP Rahmad Isahak berkata hasrat itu tida...
Malaysians Must Have Stamina To Undo Injustices Of The Past Says Kit Siang

Malaysians Must Have Stamina To Undo Injustices Of The Past Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 321 hits
DAP supremo Lim Kit Siang says Malaysians must develop social media literacy to tackle fake news and hate speech PETALING JAYA There is reason to believe Malaysia can reset nation building policies and undo the injustices and abuses of powe...
Ketegangan Kaum Apa Umno Soal Kit Siang

Ketegangan Kaum Apa Umno Soal Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 252 hits
Naib presiden Umno Mohamed Khaled Nordin hari ini mempersoalkan kenyataan DAP mengenai suhu perkauman semakin meningkat di negara ini mengatakan realitinya menunjukkan gambaran yang berbeza Khaled berkata keadaan sekarang sangat harmoni di ...
What Is Kit Siang S Merdeka Day Message

What Is Kit Siang S Merdeka Day Message

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 301 hits
Kit Siang s Merdeka Day message appears very muddled Has this old Chinaman lost it or what Who is his message targeted at The Malays Is he scolding the Malays From how I read Kit Siang s Merdeka Day message it looks like he is in essence sc...
Nak Satukan Ummah Tapi Dr Mahathir Kowtim Dengan Kit Siang

Nak Satukan Ummah Tapi Dr Mahathir Kowtim Dengan Kit Siang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 475 hits
Pada 13 dan 14 September 2019 In Sya Allah akan tercatat sejarah politik masyarakat Melayu Islam di Malaysia dengan termeterainya perjanjian kerjasama dan persefahaman antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam UMNO dan PAS dalam Himpu...
Mahathir Buat Deal Dengan Kit Siang Anwar Kena Kencing

Mahathir Buat Deal Dengan Kit Siang Anwar Kena Kencing

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 478 hits
Updated 8 37 pm1 Pada 30 Ogos akan ada mesyuarat PH 3hb September akan diumumkan kabinet baru Dr Mahathir kata tak ada reshuffle tapi tukar potfolio jer Namun macam macam cerita tersebar Tok Pa dikatakan akan kembali ke kabinet dan mereka s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut