Jutaan Buku Rosak Disebabkan Banjir


Danisyah Dalily

Walaupun kebanyakan buku itu dihantar ke pusat kitar semula, namun ia tetap menyayat hati pengasas BookXcess, Andrew Yap.
Sebuah jentera berat melakukan kerja pembersihan buku yang rosak akibat banjir di gudang Book Xcess, Seksyen 33, Shah Alam. Ketika negara sedang bergelut dalam usaha menangani situasi selepas banjir yang disifatkan paling besar selain amaran bencana itu yang diramal akan berlaku, senarai kerugian dan kerosakan akibatnya terus meningkat.
Kerugian tersebut termasuklah jutaan buku yang disimpan dalam sebuah gudang di Shah Alam, salah satu kawasan yang paling teruk dilanda banjir sehingga mengejutkan kerajaan negeri.
Andrew Yap yang merupakan pengasas bersama BookXcess mengatakan 3.5 juta bukunya rosak akibat banjir – lebih banyak dari dua hingga tiga juta yang dianggarkan sebelum ini.
Bercakap kepada MalaysiaNow di gudang berukuran 200,000 kaki persegi yang terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indah, Yap berkata kakitangannya mengambil masa untuk “benar-benar meneliti” kerosakan yang ditanggungnya sepanjang bencana banjir itu.
“Kita perlu kira semua buku, barulah boleh tahu berapa kerugian secara keseluruhannya,” katanya.

Temubual pemilik BookXcess Sdn Bhd, Andrew Yap berkaitan jutaan buah buku yang rosak akibat banjir di Shah Alam.Namun bukan sekadar buku yang rosak, aset-aset seperti jentera pengangkut barang, rak dan mesin pembungkusan syarikat itu juga turut mengalami kerosakan selepas gudangnya ditenggelami air.
“Semua itu adalah mesin kami yang paling penting,” kata Yap yang ditemani isterinya, Jacqueline Ng yang merupakan orang belakang tabir pesta buku popular Big Bad Wolf.
“Kami tak boleh hantar buku tanpa membungkusnya.”
Yap berkata mereka perlu menunggu lagi tiga minggu atau lebih sebelum lebih banyak mesin sampai selain turut menambah operasi syarikat itu pada ketika ini lumpuh.
Di luar gudang itu, beberapa timbunan buku yang rosak semakin tinggi seakan bukit apabila buku-buku yang terkena banjir dikumpulkan.
Ada juga timbunan yang tidak seimbang menunggu jatuh, ia membukit sehingga melepasi pagar gudang.
Kelihatan beberapa orang kanak-kanak bermain di celah timbunan buku seakan mencari harta karun, mungkin ada “yang masih elok” menurut mereka.
Seorang lelaki memilih buku di longgokan buku rosak akibat banjir di gudang Book Xcess Seksyen 33, Shah Alam.Kebanyakannya adalah dari kawasan kejiranan sekitar gudang, termasuk pangsapuri kos rendah berdekatan.
“Komuniti di sana juga sangat teruk terkesan dengan banjir ini,” kata Yap.
“Mereka kata ada beberapa buku yang masih boleh digunakan, dan mereka minta pada saya untuk ambil. Kami tak boleh nak kata jangan ambil pada mereka, jadi kami benarkan ambil buku yang mereka mahu.
“Kami tak larang mereka, namun ingatkan supaya bersihkan dulu buku-buku itu sebelum guna,” tambahnya.
Namun di sebalik kegembiraan kanak-kanak yang mencari harta karun di gudang itu, hakikatnya kebanyakan buku itu tidak lagi boleh dibaiki.
Malahan, buku-buku yang tidak terkena air banjir juga turut rosak akibat kadar kelembapan yang meningkat dalam gudang ekoran bencana banjir.
“Kelembapan normal adalah 30%, namun nampaknya kelembapan dalam gudang kami kini meningkat sehingga 70% atau 89%,” kata Yap.
“Kerana itulah kami buang buku-buku yang terjejas kerana jika kami simpan dalam gudang kadar kelembapan akan meningkat.”
Pekerja BookXcess menyusun semula buku di gudang selepas selesai membersihkan kawasan yang dilanda banjir sehingga mengakibatkan jutaan buku rosak di Seksyen 33, Shah Alam.Ketika banjir, air menenggelami gudang itu kira-kira lima kaki, namun buku yang disimpan pada ketinggian 10 kaki turut terjejas.
“Buku yang tidak dibungkus dengan plastik kedap udara memang terjejas. Kami terpaksa buang juga,” katanya.
Walaupun keputusan itu sangat berat, ia terpaksa diambil kerana mahu mengelak daripada bahayanya terhadap kesihatan ekoran air kotor banjir.
Proses pembersihan masih berjalan sejak dua minggu lalu dan dijangka akan mengambil masa dua minggu lagi.
12 hari selepas banjir, gudang itu masih tidak menerima bekalan elektrik memaksa mereka untuk menggunakan generator bagi membersihkan kawasan.
Tidak mahu buku-buku itu dibazirkan, mereka mengatur agar buku yang rosak dihantar ke pusat kitar semula bagi memberikan “hidup baru” kepada buku-buku itu dalam bentuk berbeza.
Namun, bagi Yap, hatinya sedih melihat jutaan buku rosak sedemikian rupa.
“Kami ada hubungan emosi dengan buku, dan kami dapat kenal pasti setiap buku-buku yang rosak.
“Setiap buku itu mempunyai pengaruh besar. Ia beri kita ilmu pengetahuan, dan bahkan 3.5 juta buku itu mungkin boleh sahaja ditempatkan dalam rumah seseorang. Ia boleh berikan kegembiraan kepada orang lain – namun sekarang ini, kami dah tak dapat lakukannya lagi.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/jutaan-buku-rosak-disebabkan-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usah Risau Tak Perlu Bayar Balik Buku Teks Rosak Akibat Banjir Dr Radzi

Usah Risau Tak Perlu Bayar Balik Buku Teks Rosak Akibat Banjir Dr Radzi

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 274 hits
Oleh Dr Radzi Md Jidin ketika meninjau sekolah yang terkesan akibat banjir dalam daerah Temerloh pada 28 Disember lalu Gambar Fb Dr Radzi Jidin BUKU teks murid yang rosak dan hilang akibat banjir baru baru ini tidak perlu diganti kata Mente...
Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 259 hits
KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir yang melanda negara Penduduk sedang membersihkan rumah yang dimasuki lumpur selepas banjir surut di Kampung Lembah Jaya Utara Ampang Banjir yang melanda nega...
Cara Lupus Quran Dan Buku Agama Yang Rosak Kerana Banjir

Cara Lupus Quran Dan Buku Agama Yang Rosak Kerana Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 307 hits
Tahukah anda Al Quran yang rosak perlu dilupuskan mengikut tertib yang betul Tidak boleh main buang apatah lagi di masukkan ke dalam tong sampah begitu sahaja Nak lupus sendiri ada cara dan adabnya Kalau Quran yang musnah dimakan dek anai a...
Banjir Pusat Pengumpulan Sementara Untuk Al Quran Rosak

Banjir Pusat Pengumpulan Sementara Untuk Al Quran Rosak

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 204 hits
Banjir Pusat pengumpulan sementara untuk al Quran rosak Banjir yang surut membolehkan mangsa banjir di sini dapat menumpukan kepada kerja kerja pemulihan dan pembersihan kediaman mereka yang terjejas teruk Barangan yang rosak telah diasingk...
Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda

Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 243 hits
BH ONLINE Longgokan sampah pukal di bahu jalan menyukarkan pergerakan lalu lintas ketika tinjauan pasca banjir di Hulu Langat Foto NSTP Aizuddin Saad DENGKIL Syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Worldwide Holdings Bhd se...
Banjir 342 Menara Rosak Punca Gangguan Telekomunikasi

Banjir 342 Menara Rosak Punca Gangguan Telekomunikasi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL IZHAM HASHIMSHAH ALAM Sebanyak 342 menara telekomunikasi yang terkesan akibat bencana banjir menyebabkan berlaku gangguan liputan di Selangor sejak 18 Disember lalu Bagaimanapun 258 menara sudah beroperasi sepenuhn...
Rm1 Bilion Baiki Infrastruktur Rosak Akibat Banjir

Rm1 Bilion Baiki Infrastruktur Rosak Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 184 hits
Ketua Setiausaha KKR Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman melihat jambatan sementara yang akan dipasang di Sungai Lui hari ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Kementerian Kerja Raya menganggarkan kos membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir b...
Swcorp Kumpul 10 Tan Al Quran Rosak Akibat Banjir

Swcorp Kumpul 10 Tan Al Quran Rosak Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 243 hits
Mana mana pihak tanpa mengira agama menemukan al Quran dan dokumen telah dihanyutkan banjir wajar menyerahkannya kepada masjid dan surau terdekat kata Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan dan Pembersihan Awam Rizalman Mokhtar PE...
Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 391 hits
Sofa dan perabot yang rosak terpaksa dibuang akibat rumah dinaiki air KLANG Melly Yohanus terus bergenang air mata sebaik ditanya jumlah kerugian yang ditanggungnya akibat kerosakan perabot barangan elektrik dan keperluan lain dalam rumah m...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep