Rm1 Bilion Baiki Infrastruktur Rosak Akibat Banjir


Nor Azizah Mokhtar Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (dua, kanan) melihat jambatan sementara yang akan dipasang di Sungai Lui hari ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menganggarkan kos membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir besar di seluruh negara mencecah RM1 bilion.
Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata ia meliputi kerja pembaikan jalan rosak serta jambatan runtuh serta cerun-cerun yang runtuh dan ia akan dilaksanakan dengan kadar segera.
Katanya, kos berkenaan termasuk pemasangan jambatan Bailey bagi menggantikan sementara jambatan-jambatan yang runtuh akibat banjir tempoh hari.
Beliau berkata, setakat ini dua jambatan Bailey dipasang di dua lokasi iaitu di Kampung Tanjung Pauh, Batu 19 Sungai Lui, Hulu Langat dekat sini dan di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membaiki semua jalan yang rosak tidak kira sama ada jalan negeri atau jalan persekutuan, termasuk jalan runtuh, cerun runtuh, dan jambatan yang rosak.
"Ia dianggarkan memakan kos RM1 bilion dengan kebanyakan jalan yang rosak adalah di negeri Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan serta beberapa negeri lain," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu bersama Ketua Pengarah JKR, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman serta Jurutera Daerah Hulu Langat, Zulfaizal Mat Zin melawat lokasi pemasangan jambatan Bailey di Kampung Tanjung Pauh, Batu 19 Sungai Lui, Hulu Langat.
Dalam pada itu, katanya pihaknya sudah mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam berhadapan kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir.
"Kita khuatir sekiranya berlaku gelombang kedua kerana pada 'first wave' (gelombang pertama) banjir, apabila banjir besar banyak pokok-pokok tumbang dan tersadai di atas sana (bukit).
"Sekiranya berlaku gelombang kedua, hujan lebat dan air besar akan bawa pokok-pokok tumbang itu ke sungai-sungai dan musnahkan pokok-pokok kecil, maka itu akan memberi kesan kepada kediaman di tepi-tepi sungai," katanya.
Justeru, katanya JRK bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dengan memindahkan pokok-pokok besar yang tumbang itu ke tempat selamat, jauh dari tebing sungai dan laluan air.
Dalam pada itu, katanya cerun-cerun yang terkesan dan rosak sedikit akibat banjir gelombang pertama diletakkan penutup kanvas 'tarpaulin sheet' untuk mengelak berlaku lebih banyak runtuhan.
Selain rondaan oleh petugas JKR untuk melakukan pemantauan di kawasan cerun bukit ketika hujan untuk memastikan tahap keselamatan dan awam dapat diberitahu awal sekiranya ada berlaku runtuhan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/rm1-bilion-baiki-infrastruktur-rosak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda

Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 290 hits
BH ONLINE Longgokan sampah pukal di bahu jalan menyukarkan pergerakan lalu lintas ketika tinjauan pasca banjir di Hulu Langat Foto NSTP Aizuddin Saad DENGKIL Syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Worldwide Holdings Bhd se...
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Libat Nilai Keseluruhan Rm1 4 Bilion

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Libat Nilai Keseluruhan Rm1 4 Bilion

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 268 hits
Oleh Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan memastikan segala bantuan serta kemudahan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Gambar FB Ismail Sabri DATU...
Swcorp Kumpul 10 Tan Al Quran Rosak Akibat Banjir

Swcorp Kumpul 10 Tan Al Quran Rosak Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 284 hits
Mana mana pihak tanpa mengira agama menemukan al Quran dan dokumen telah dihanyutkan banjir wajar menyerahkannya kepada masjid dan surau terdekat kata Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan dan Pembersihan Awam Rizalman Mokhtar PE...
Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 287 hits
KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir yang melanda negara Penduduk sedang membersihkan rumah yang dimasuki lumpur selepas banjir surut di Kampung Lembah Jaya Utara Ampang Banjir yang melanda nega...
Usah Risau Tak Perlu Bayar Balik Buku Teks Rosak Akibat Banjir Dr Radzi

Usah Risau Tak Perlu Bayar Balik Buku Teks Rosak Akibat Banjir Dr Radzi

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 301 hits
Oleh Dr Radzi Md Jidin ketika meninjau sekolah yang terkesan akibat banjir dalam daerah Temerloh pada 28 Disember lalu Gambar Fb Dr Radzi Jidin BUKU teks murid yang rosak dan hilang akibat banjir baru baru ini tidak perlu diganti kata Mente...
9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 543 hits
Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana BanjirSebelum tenggelam1 Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air anda bolehlah menyumbat luban...
Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 433 hits
Sofa dan perabot yang rosak terpaksa dibuang akibat rumah dinaiki air KLANG Melly Yohanus terus bergenang air mata sebaik ditanya jumlah kerugian yang ditanggungnya akibat kerosakan perabot barangan elektrik dan keperluan lain dalam rumah m...
Pintu Gerbang Hanyut 1km Akibat Banjir

Pintu Gerbang Hanyut 1km Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 178 hits
TAMAN Eko Rimba Jeram Toi mengalami keroskan teruk selepas dilanda banjir dan tanah runtuh baru baru ini FOTO Mohd Amin Jalil Jelebu Selepas 21 hari ghaib dihanyutkan banjir pintu gerbang kayu Taman Eko Rimba Jeram Toi di sini akhirnya berj...
Cuci Kuil Akibat Banjir Bercanggah Syariah

Cuci Kuil Akibat Banjir Bercanggah Syariah

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 372 hits
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Kuil adalah tempat mensyirikkan Allah SWT 1 CUCI kuil akibat banjir yang dilakukan oleh beberapa orang Islam pada saya adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan syariah Kuil adalah tempat mensyirikkan Allah Me...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Mcmc Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di Tiktok Fahmi

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kampung Warna Warni Perlis

Rezeki Lepas Hujan Di Dahan Mati Sehingga Menjadi Resipi Masak Lemak Kulat Sisir

Reform Roadmap Welcome But Key Appointments Process Remains Unclear

Pico Laser Kl Brighter Smoother Skin With Dr Chong Clinic

Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment