Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak


Zeanaaiama mohd YusofSofa dan perabot yang rosak terpaksa dibuang akibat rumah dinaiki air.KLANG: Melly Yohanus terus bergenang air mata sebaik ditanya jumlah kerugian yang ditanggungnya akibat kerosakan perabot, barangan elektrik dan keperluan lain dalam rumah musnah kerana ditenggelami air separas lutut di kawasan perumahannya Jumaat lepas.
“Saya kerja kilang. Suami kerja pengawal keselamatan. Gaji kami kecil, cukup-cukup makan saja. Mana kami nak cari duit nak beli barangan rumah yang baharu?
“Guna apa yang ada sahaja, nak beli baharu jauh sekali. Kami terjejas teruk selepas PKP (perintah kawalan pergerakan), sekarang banjir pula,” katanya sebak kepada FMT.
Melly, 49, antara 2,000 penduduk di Taman Klang Perdana, Sementa yang terjejas akibat banjir kilat Jumaat lalu. Wanita itu tidak menyangka air akan naik ke paras lutut dalam masa singkat.
 
Kabinet dapur tidak boleh digunakan lagi kerana kembang 
selepas terkena air bah.
“Sofa saya kena buang. Katil, tilam, almari, kabinet dapur semua sudah kembang, terpaksa saya buang. Kalau simpan, nanti akan tumbang bahayakan anak-anak.
“Saya tak boleh fikir lagi mana wang saya mahu cari untuk gantikan apa yang sudah rosak,” keluh Melly yang hanya meraih gaji pokok RM1,200 sebulan.
Lebih mengharukan, bulan depan, Melly perlu mengadakan majlis persandingan anak perempuannya yang diijab kabul Mei lalu.
Anak perempuan Melly Yohanus yang diijab kabul Mei lalu.“Hampir semua barang kenduri ditenggelami air. Ada beberapa barang yang sempat kami selamatkan. Apa nak buat, majlis tetap kena jalan sebab sudah banyak kali tangguh,” katanya.
Sementa adalah antara kawasan teruk terjejas banjir, selain Kapar, Meru, Klang, Shah Alam dan Hulu Langat di Lembah Klang.
Di kebanyakan kawasan, air mula surut dan mangsa banjir pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) untuk membersihkan rumah mereka.
Raman Muniandi, 47, gelisah memikirkan perabot dan barang dalam rumahnya yang terpaksa dibuang kerana ditenggelami air.
Kad OKU Raman Muniandi. Beliau terpaksa bergantung hidup kepada bantuan kerajaan dan wang belanja yang diberikan anak.Pemegang kad orang kurang upaya (OKU) itu berkata, keadaan kesihatannya membataskan pergerakannya untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah.
“Saya sakit, tidak bekerja. Isteri pun (tidak bekerja). Setiap bulan anak-anak akan berikan wang belanja. Sekarang banjir pula, mana kami mahu cari duit untuk beli perabot dan barangan elektrik baharu?
“TV, sofa, tilam, meja di dapur semua kena buang. Kami belum selesai kemas rumah. Banyak lagi yang kena buang. Kami harapkan bantuan.”
Jirannya, Abdul Malek Mohd Salleh, 53, turut mengalami nasib sama. Bapa kepada enam anak itu berkata, jumlah kerugian yang dialaminya mencecah ribuan ringgit.
“Duit simpanan tu ada, tapi kami simpan untuk makan minum dan keperluan anak. Tak ada lebih untuk ganti perabot baharu dan sebagainya.
“Anak saya seorang sudah kahwin. Yang lain masih di sini. Baju anak-anak semua dah terendam dalam air, kena basuh dulu semuanya. Kami baru balik dari PPS, baju anak-anak pakai apa yang ada sahaja.”
Tinjauan wartawan FMT di kawasan sekitar mendapati rata-rata penduduk sibuk mencuci dan mengemas rumah masing-maisng.
Penduduk sibuk membersihkan rumah.Kelihatan perabot dan barangan rumah yang rosak bertimbun di depan rumah masing-masing, menunggu masa untuk dibuang.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan bantuan sehingga RM1,000 kepada keluarga yang terjejas akibat banjir.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/mangsa-banjir-pilu-tak-mampu-ganti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda

Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 243 hits
BH ONLINE Longgokan sampah pukal di bahu jalan menyukarkan pergerakan lalu lintas ketika tinjauan pasca banjir di Hulu Langat Foto NSTP Aizuddin Saad DENGKIL Syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Worldwide Holdings Bhd se...
Ganti Dokumen Peribadi Percuma Untuk Mangsa Banjir Hamzah

Ganti Dokumen Peribadi Percuma Untuk Mangsa Banjir Hamzah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh Pasukan polis membantu penduduk sekitar Taman Inderapura Kuantan berpindah ke PPS semalam FB Polis Marin MANGSA banjir yang kehilangan kad pengenalan pasport dan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri boleh mendapatk...
Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir

Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 354 hits
Kita nak bantu mangsa banjir tapi kadang tak tahu nak sumbangkan apa Mana mana individu atau pertubuhan yang nak menyumbangkan bantuan barang keperluan mangsa banjir boleh tengok senarai barang keperluan yang diperlukan semasa pasca bencana...
Barangan Elektrik Terendam Air Banjir Jangan Terus Di Buang Ikut 7 Langkah Ni

Barangan Elektrik Terendam Air Banjir Jangan Terus Di Buang Ikut 7 Langkah Ni

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 219 hits
Hati mana yang tidak luluh bila mana kesemua barangan elektrik dalam rumah seperti peti ais televisyen dan mesin basuh rosak terendam lama dalam air banjir Jangan terus dibuang dahulu kerana ia masih boleh digunakan Perkongsian ini pastinya...
7 Tip Menangani Barangan Elektrik Yang Terendam Air Banjir

7 Tip Menangani Barangan Elektrik Yang Terendam Air Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 454 hits
Tips bila barangan eletrik kena air banjirMelihat barang rumah tunggang langgang peti ais dan TV terbalik dan tersadai pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik dah rosak Tapi...
Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 245 hits
BENTONG Fenomena kepala air di Telemong di sini pada Sabtu lepas berikutan hujan lebat menyebabkan enam penduduk di kawasan itu dihanyutkan arus deras manakala 10 lagi yang terperangkap dalam kejadian banjir itu berjaya diselamatkan Seorang...
Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

Hiburan Tak Tolong Tak Apa Tapi Tak Perlulah Tunjuk Linda Rafar Gesa Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 222 hits
Penyanyi meminta orang ramai terutama pengguna media sosial yang sedang bercuti atau melancong agar tidak memuat naik sebarang hantaran bagi menjaga sensitiviti mangsa banjir Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar memuat naik satu han...
Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

Rakyat Indonesia Bantu Bukan Agensi Kerajaan Mangsa Banjir Sekolahkan Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 308 hits
FAZLI RADZISeorang mangsa banjir di Hulu Langat Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terpe...
Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

Lebih 7 000 Pegawai Jkm Santuni Mangsa Banjir Kata Rina

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 347 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata sumbangan daripada pelbagai pihak masih dialu alukan bagi memastikan tiada golongan tercicir PETALING JAYA Lebih 7 000 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat digerakkan ke ...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian