Sisa Barangan Rosak Akibat Banjir Meningkat Tiga Kali Ganda


BH ONLINE Longgokan sampah pukal di bahu jalan menyukarkan pergerakan lalu lintas ketika tinjauan pasca banjir di Hulu Langat. - Foto NSTP/Aizuddin Saad DENGKIL: Syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings Bhd selaku operator Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil, menerima peningkatan tiga kali ganda sampah yang rosak akibat banjir berbanding kebiasaan, kata Jurutera Operasinya, Azimie Zakaria.
Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Azimie berkata pihaknya sebelum ini menerima 500 tan sampah sehari berbanding 1,500 tan ketika ini, ekoran kerja-kerja pembersihan kediaman sedang giat dijalankan penduduk selepas banjir surut.
"Kita di sini (Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil) terima sampah lengai seperti sisa pukal, kebun, pembinaan dan kini barangan yang rosak akibat banjir.
"Yang paling ketara pasca banjir adalah perabot dan kelengkapan rumah lain seperti barangan elektrik," katanya.
jir, beliau berkata waktu operasi di tapak pelupusan berkeluasan 145 ekar yang dibuka sejak 2004 itu dilanjutkan sehingga 11 malam berbanding 8 pagi hingga 6 petang sebelum ini. "Kita harap dapat percepatkan proses untuk bersihkan barang-barang rosak yang dilonggokkan di hadapan rumah atau di tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan," katanya.
Beliau berkata kebanyakan lori pengangkut sisa adalah lori Roro tiga tan dengan kekuatan tiga pekerja, yang dikendalikan pekerja pembersihan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEB) cawangan Sepang setiap hari.
"Bagi kawasan perumahan kita hanya guna kudrat tenaga manusia untuk angkat semua jenis barang yang rosak. Agak sukar untuk guna jentera seperti 'back-hoe' kerana akan halang laluan keluar masuk penduduk," katanya.
Azimie berkata jumlah kekerapan perjalanan sebuah lori Roro dari kawasan perumahan ke tapak pelupusan juga meningkat kepada lima kali sehari.
"Sebelum banjir ada 200 hingga 300 lori Roro masuk ke tapak pelupusan, tapi kini boleh capai 400 biji sehari sebab sebuah lori Roro buat lima kali perjalanan. Secara purata satu lori hanya boleh bawa sisa sampah banjir bagi satu rumah sahaja," katanya.
Ditanya mengenai kos operasi, beliau mengakui bahawa pihaknya menjangkakan peningkatan kos luar biasa, memandangkan waktu operasi dilanjutkan kerana ia membabitkan tenaga kerja buruh dan pelanjutan operasi jentera berat serta kos pembelian tanah merah bagi menutupi setiap lapisan sampah yang dimanpatkan.
"Kos operasi dijangka meningkat 40 peratus," katanya.
Mengenai proses pelupusan, beliau berkata setiap lori Roro akan ditimbang dua kali iaitu sebelum dan selepas mengeluarkan sampah dari kenderaan terbabit di lokasi yang disediakan.
"Dengan cara ini, kami akan dapat kapasiti berat sebenar sampah yang dibuang di sini," katanya.
Beliau berkata sampah terbabit akan diasingkan terlebih dahulu sekiranya terdapat barangan yang boleh dikitar semula bagi mengurangkan jumlah sampah yang perlu dilupuskan.
"Sampah-sampah ini kemudiannya akan dimampatkan guna jentera seperti 'back-hoe'. Selepas itu akan ditutup dengan tanah merah untuk elak daripada serangga vektor dan bau," katanya.
Usai proses itu, Azimie berkata pihaknya akan menjalankan kerja-kerja landskap dan membina saluran longkang, memandangkan apabila sesebuah tapak pelupusan tersebut ditutup, ia hanya sesuai dibangunkan sebagai kawasan rekreasi sahaja.
Sementara itu, Ketua Operasi KDEB cawangan Sepang Ahmad Fauzan Hushim berkata pihaknya terpaksa menghentikan seketika tugas pembersihan ruti,n bagi memastikan barang-barang yang rosak dapat dibawa ke tapak pelupusan dengan segera.
Katanya, syarikat terbabit menggunakan sepenuhnya aset yang dimiliki iaitu 34 lori Roro tiga tan dan 136 pekerja pembersihan.
"Sejurus banjir surut, penduduk mula mengeluarkan barang mereka yang rosak. Ini mudahkan pekerja untuk angkut ke tapak pelupusan yang dianggarkan antara 10 dan 15 kilometer dari kawasan perumahan sekitar Sepang," katanya.
Justeru itu, beliau meminta setiap penduduk untuk bersabar dengan memberi jaminan bahawa pihaknya akan mempercepatkan kerja-kerja pembersihan memandangkan barangan yang rosak akibat banjir mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan sekiranya dibiar terlalu lama.
Katanya, pekerja pembersihan kini giat menjalankan tugas masing-masing dalam apa jua keadaan dan cuaca demi memastikan kepuasan penduduk. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/sisa-barangan-rosak-akibat-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kutipan Sampah Meningkat 10 Kali Ganda Selepas Banjir

Kutipan Sampah Meningkat 10 Kali Ganda Selepas Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 249 hits
Selalunya kutipan sampah di kawasan ni katanya 1 tan metrik sahaja setiap hari Muzik https artlist io
Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 391 hits
Sofa dan perabot yang rosak terpaksa dibuang akibat rumah dinaiki air KLANG Melly Yohanus terus bergenang air mata sebaik ditanya jumlah kerugian yang ditanggungnya akibat kerosakan perabot barangan elektrik dan keperluan lain dalam rumah m...
Jumlah Mangsa Korban Akibat Banjir Di Pahang Sejak Sabtu Lalu Meningkat Kepada 20 Mangsa

Jumlah Mangsa Korban Akibat Banjir Di Pahang Sejak Sabtu Lalu Meningkat Kepada 20 Mangsa

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 258 hits
PETALING JAYA Jumlah korban akibat banjir sejak Sabtu lalu di Pahang meningkat kepada 20 mangsa Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata peningkatan itu sekali gus menjadikan seramai 48 kematian direkodkan di seluruh nega...
Usia 3 Tahun Anak Tak Duduk Diam Meningkat 2 Kali Ganda Waktu Ni Dia Belajar

Usia 3 Tahun Anak Tak Duduk Diam Meningkat 2 Kali Ganda Waktu Ni Dia Belajar

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 191 hits
Masuk usia 3 tahun memang kelasakan anak akan meningkat 2 kali ganda Berlari melompat memanjat dan berguling tu dah jadi lumrah hidup dia Sabar je la Anak sebenarnya sedang nak penuhi milestone perkembangan dia Bukan saja saja nak melasak P...
Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat

Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 318 hits
BERNAMA Seramai 1 186 orang dari 350 keluarga berada di PPS Kelantan berbanding 856 orang pada sebelah petangnya Beberapa sukarelawan dari Ipoh membantu penduduk Taman Sri Nanding membersihkan lumpur akibat kesan banjir yang melanda dua min...
46 Korban Akibat Banjir Dicatat 5 Masih Hilang

46 Korban Akibat Banjir Dicatat 5 Masih Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 212 hits
BERNAMA Pahang mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 29 108 diikuti Selangor dengan 23 302 Pegawai tentera dan bomba Negeri Sembilan memantau situasi sebelum menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terkandas akibat b...
Covid 19 Kemasukan Ke Hospital Di Uk Meningkat Akibat Omicron

Covid 19 Kemasukan Ke Hospital Di Uk Meningkat Akibat Omicron

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 195 hits
COVID 19 Kemasukan ke hospital di UK meningkat akibat Omicron LONDON Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengulangi gesaan agar rakyatnya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID 19 susulan penularan varian Omicron ke seluruh negar...
Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

Walau Rakyat Derita Akibat Banjir Ismail Sabri Lebih Suka Mereka Menambah Hutang Lagi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 386 hits
Walaupun beberapa pemimpin utama UMNO terutama Ahmad Zahid Hamidi Najib Razak dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah kerapkali mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran i Citra berjumlah RM10 ribu daripada KWSP Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep