Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bersama Lembaga Zakat Selangor


 hai assalammualaikum
'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu', Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS - Setiap tahun pasti nad akan kongsikan apa aktiviti dan kempen yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor. Orang cakap 'sharing is caring '..gitu. Ini adalah salah satu cara untuk kita ambil tau pasal zakat supaya kita tak lupa untuk membayar zakat dan bagaimana cara untuk membayar zakat. Kali ni nad nak kongsikan dengan korang tentang satu kempen 'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu' anjuran Lembaga Zakat Selangor sempena Bulan Taksir Zakat

Mesti tertanya-tanya, apa tu Taksir Zakat?Taksir Zakat ni pembayar zakat dapat mengira sendiri zakat yang hendak dibayar dengan lebih mudah dan tepat

Zakat apa yang kita perlu Taksir?Zakat ni ada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. 
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kita tau kaedah pembayaran ditentukan mengikut harga beras yang dimakan

Zakat harta pulak zakat Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Pelaburan, Zakat KWSP dan Zakat Emas. Zakat harta ni la yang kita perlu buat Taksir Zakat. 


'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu', Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS
Setiap orang yang ada pendapatan dan harta, mesti wajib berzakat setelah cukup perkiraan. Kalau diikutkan masih ramai lagi tak tau macam mana nak kira jumlah zakat harta yang perlu dibayar. Jadi, Lembaga Zakat Selangor membuat kempen 'Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu' bagi membantu pembayar zakat membuat kiraan terlebih dahulu berapa jumlah zakat harta yang perlu dibayar dengan tepat. 


Sambil bayar, boleh menang beberapa hadiah menarik (motosikal Yamaha lagenda 115Z FI, Nintendo Switch OLED, Garmin Smart Watch, Galaxy Tab A8) dan boleh menebus baucher KFC bernilai RM5 di cawangan terpilih (sementara stok masih ada)

Kempen Bulan Taksir Zakat bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai. Bulan Taksir Zakat ini memberi peluang kepada pengeluar zakat dan pelanggan untuk memahami kiraan zakat. 
Objektif kempen Bulan Taksir Zakat- Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat
- Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta
- Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun
- Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat
- Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung

Cara Kiraan Taksir Zakat
Ada banyak cara untuk korang buat taksir zakat ni. Pertama korang boleh kira sendiri dengan merujuk di website www.zakat.selangor.com.my . Korang boleh cari jenis zakat harta yang korang nak kira kemudian boleh bayar secara online



Kedua, kalau tak pasti juga kiraan taksir zakat tu betul ke tidak, korang boleh datang dekat mana-mana cawangan LZS yang berdekatan. Kalau boleh buat temujanji dahulu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/


Bayar Taksir Zakat Dan Menang Hadiah MenarikSelain itu, nak lagi mudah, korang boleh muatnaik aplikasi Zakat Selangor dan mengira taksir zakat menggunakan kalkulator zakat. Kalau korang menggunakan aplikasi Zakat Selangor, korang boleh tebus baucar dan menang hadiah menarik. 


Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat:- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan
- Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah
**Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan
**Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja

Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan
- Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan

Nak tau lebih lanjutberkenaan Kempen Bulan Taksir Zakat ni boleh layari: https://jom.zakatselangor.com.my/


Semak RekodPenting ada rekod penyata zakat yang telah kita tunaikan sebagai rekod untuk pelbagai urusan. Oleh sebab itu, Lembaga Zakat Selangor sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan penyimpanan dan semakan rekod buat pengeluar zakat. Selain membayar zakat, korang juga boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my Mudah dan senang kan. Memang sekarang zaman internet, semua dihujung jari

Agihan Zakat Oleh Lembaga Zakat Selangor
Alhamdulillah, setiap bayaran zakat yang korang bayar tu, LZS agihkan kepada mereka yang memerlukan. Korang boleh tengok di facebook LZS, mereka sentiasa update dan berkongsi kemana duit zakat tu disalurkan. 




Baru-baru ni pun LZS ada buat Operasi Agihan Asnaf Daerah Hulu Langat masyarakat Orang Asal di Kampung Orang Asli Kechau, Semenyih

Antara golongan yang layak menerima zakat ialah Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Gharimin, Riqab, Fisabilillah  dan Ibnu sabil
Kita ni bila banyak harta, berzakatlah, berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Insyallah, tak kurang harta kita tu, makin bertambah adalah. Pada masa yang sama menggembirakan dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Jangan culas bayar zakat

Jom Taksir Zakat, Bayar Jumlah Tepat, Hidup Lebih Berkat
Info lanjut boleh layariWebsite: https://www.zakatselangor.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangorInstagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/07/jom-taksir-zakat-sempurnakan-zakatmu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lembaga Zakat Selangor Lancarkan Kempen Bulan Taksir Zakat Taksir Dan Menang Hadiah

Lembaga Zakat Selangor Lancarkan Kempen Bulan Taksir Zakat Taksir Dan Menang Hadiah

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 380 hits
Assalamualaikum dan harap yang tengah baca ni dalam keadaan sihat sejahtera Korang pernah dengar tak program Bulan Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor Okay jujur Mimin cakap ini merupakan kali pertama Mimin dengar Jadi Mimin pun tanya ...
Taksir Zakat Dan Menang Hadiah Menarik Bersama Lembaga Zakat Selangor

Taksir Zakat Dan Menang Hadiah Menarik Bersama Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 258 hits
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Korang dah buat Taksiran Zakat Belum Tahukah korang yang semua kerja berpendapatan dan harta daripada hasil itu wajib dizakatkan Sekarang Lembaga Zakat sedang menggalakkan orang ramai untuk membuat Taksi...
Jom Taksir Zakat Bayar Jumlah Tepat Hidup Lebih Berkat

Jom Taksir Zakat Bayar Jumlah Tepat Hidup Lebih Berkat

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 387 hits
AssalamualaikumDalam setiap rezeki kita ada hak orang lain di dalamnya termasuk gaji kita setiap bulan Mungkin kita masih ada dibenak fikiran kita akupun susah apalagi nak bayar zakat Cetusan hati itu berlarutan dan akhirnya kita abaikan ta...
Memenangi Hadiah Menarik Dengan Jom Taksir Zakat

Memenangi Hadiah Menarik Dengan Jom Taksir Zakat

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 171 hits
Assallammualaikum Hai semua okay kali ini Shailla ingin kongsikan tentang Jom Taksir Zakat bersempena bulan taksir zakat Lembaga Zakat Apa yang menarik tentang Jom Taksir Zakat ini adalah korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dar...
Kempen Jom Taksir Zakat Dari Lzs Cara Kira Zakat Dengan Mudah Dan Menang Hadiah

Kempen Jom Taksir Zakat Dari Lzs Cara Kira Zakat Dengan Mudah Dan Menang Hadiah

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum Kempen Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor Haaa dah bayar zakat ke belum tu Jika belum segerakan ya tapi jangan lupa taksir zakat dulu sebelum bayar Kenapa kena taksir Haa bagi yang belum tahu ada berita baik qaseh nak ...
Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran Lzs

Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran Lzs

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Bila terbaca je mana mana Lembaga Zakat Selangor automatik YF akan refresh semula part mana yang terlupa terlepas tertangguh segala TER lah kan Itulah bagusnya kegunaan sosial media ye dak Bukan apa...
Taksir Zakat Dan Menangi Hadiah Menarik

Taksir Zakat Dan Menangi Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 230 hits
Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik Assalamualaikum semua mungkin ada sesetengah orang yang belum tahu zakat yang kita harus bayar bukan hanya zakat fitrah je ada banyak lagi seperti zakat pendapatan zakat perniagaan zakat emas perak za...
Baznas Tegaskan Biaya Operasional Lembaga Zakat Tak Boleh Lebih Dari 12 5 Persen

Baznas Tegaskan Biaya Operasional Lembaga Zakat Tak Boleh Lebih Dari 12 5 Persen

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 164 hits
Biaya operasional di lembaga zakat harus tidak boleh lebih dari 12 5 persen kata Deputi Baznas Arifin Purwakananta
Bekas Mb Selangor Khalid Tidak Sihat

Bekas Mb Selangor Khalid Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 174 hits
Gambar Abdul Khalid Ibrahim yang diambil pada April lalu PETALING JAYA Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan dalam keadaan tidak sihat dan sedang menerima rawatan Perkembangan itu dikongsi bekas setiausaha politiknya ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na