Jom Taksir Zakat Bayar Jumlah Tepat Hidup Lebih Berkat


 Assalamualaikum

Dalam setiap rezeki kita, ada hak orang lain di dalamnya, termasuk gaji kita setiap bulan.

Mungkin kita masih ada dibenak fikiran kita, " akupun susah, apalagi nak bayar zakat !"
Cetusan hati itu berlarutan dan akhirnya kita abaikan tanggungjawab kita. Padahal di luar sana masih ramai yang sangat memerlukan. 
Kenapa kita keluarkan zakat ? 
Zakat dari segi bahasa maksudnya mensucikan, subur, berkembang.
Banyak pengertian yang dikembangkan daripada perkataan di atas, misalnya, ia mensucikan harta, menyuburkan silaturrahim, dan mengembangkan punca rezeki.
Dari segi istilahnya, zakat adalah mengeluarkan harta mengikut syarat yang ditentukan oleh syarak dengan kadar tertentu kepada golongan tertentu (asnaf zakat).
Zakat ni kita boleh umpamakan macam proses kita mencantas pokok. Masa kecil saya di kampung, ayah dan mak saya selalu memangkas pokok-pokok buah-buahan dan bunga di sekitar tujuan. Bila kita potong dahan pokok-pokok ni, ia akan nampak gondol dan pelik. Tapi hasilnya, pokok-pokok ni akan jadi lebih subur, rimbun dan rendang.
Macam itulah bila kita berzakat. Kita keluarkan harta kita, tapi in return kita akan dapat lebih daripada apa yang kita keluarkan. Ia menyuburkan harta kita, menjadikannya lebih merimbun. 
Zakat membuka pintu rezeki.
Setiap hari, 2 malaikat akan mendoakan sorang yang berzakat dan bersedekah agar Allah memberikan ganti kepadanya, dan satu lagi mendoakan agar Allah menghancurkan orang yang kedekut nak berzakat dan bersedekah.
Adakah zakat ini menyusahkan?
Tentunya tak bukan?
Malah ia nampak begitu mengujakan bukan?
Zakat adalah win-win situation. Baik kepada penerima, apatah lagi pemberi. Ingat analogi pangkas pokok di atas tadi, bila kita berzakat, harta kita jadi makin ‘cantik’, elok, dan makin bertambah. Bila rezeki makin bertambah, makin banyak kita boleh menyumbang kepada umat.
Yang menerima zakat juga boleh menggunakan wang tersebut untuk memulakan sesuatu usaha, mungkin satu hari mereka yang layak menerima zakat inilah pula yang mengeluarkan zakat harta mereka. Tidak mustahil bukan. Ia pernah terjadi di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz di mana tiada yang layak menerima zakat, kerana penduduk negeri pada zaman itu terdiri dari orang berharta.
Mudah-mudahan pemimpin negara kita dapat mencontohi kepimpinan Umar Abdul Aziz. Berkat seluruh negeri, terhapus kemiskinan, tercapai tujuan ke arah kemiskinan sifar.
 Zakat Pendapatan 
Takrif Pendapatan (al-Mal al-Mustafad)Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.Jenis-Jenis Harta PendapatanUlama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada kategori berikut:
1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja ( كَسَبُ العَمَلِ وَالرَوَاتِبِ وَالأُجُورِ )Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”Contoh :
Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan ( العطية )Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ” dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib.”Contoh :
Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekahPampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan3. Zakat Harta Kerja Bebas ( المَهَنُ الحُرَّة )Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional..Contoh :
Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.4. Zakat Harta al-Mustaghallat ( المُسْتَغَلاَّتْ )Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh:
Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijualTolakan Zakat Dan Keperluan Asasi (Had Kifayah)Mengikut Fatwa Negeri Selangor bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.
Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :
PerlindunganMakanan dan minumanPakaianPerubatanPendidikanPengangkutan Satu pendekatan yang baik yang telah dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor

iaitu Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu
Kempen ini bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2022 bersempena Bulan Taksir Zakat.Kempen ini diadakan sebagai inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah itu dilakukan dengan sempurna.
Macam mana nak ikuti kempen taksiran ini ?

Caranya mudah saja :Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon bimbit, buat pendaftaran dan log masuk ke akaun.Cari fungsi taksir yang membolehkan kamu membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada. Bagaimana nak tahu taksiran hanya tekan di kalkulator di sini. Ataupun klik saja : Jom.zakatselangor.com.my Selain itu juga,Pembayar hanya perlu memasukkan maklumat diperlukan menerusi  jom.zakatselangor.com.my dan seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat. Pembayaran zakat ini juga boleh dibuat secara potangan gaji tiap bulan iaitu Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir).
Sepanjang tempoh ini, mereka yang berjaya membuat taksiran berpeluang untuk menebus baucar KFC di cawangan-cawangan LZS selagi stok masih ada. Rezeki jangan ditolak.
Selain membayar zakat, kita juga boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my.



Zakat yang kita bayar akan diagihkan kemana ? Antaranya :

1. Asnaf Fakir Dan Miskin2. Asnaf Muallah3. Asnaf Fisabilillah4. Asnaf Gharimin5. Asnaf Ibni Sabil 
 Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Lembaga Zakat Selangor 
Web :  https://www.zakatselangor.com.my/
No tel : 1-300-88-4343
 
  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2022/07/jom-taksir-zakat-bayar-jumlah-tepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bersama Lembaga Zakat Selangor

Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bersama Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 340 hits
hai assalammualaikum Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bayar Dan Menang Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS Setiap tahun pasti nad akan kongsikan apa aktiviti dan kempen yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor Orang cakap sharing is ca...
Taksir Zakat Dan Menangi Hadiah Menarik

Taksir Zakat Dan Menangi Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 284 hits
Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik Assalamualaikum semua mungkin ada sesetengah orang yang belum tahu zakat yang kita harus bayar bukan hanya zakat fitrah je ada banyak lagi seperti zakat pendapatan zakat perniagaan zakat emas perak za...
Taksir Zakat Dengan Zakat Selangor Dan Menang Baucar

Taksir Zakat Dengan Zakat Selangor Dan Menang Baucar

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 321 hits
Dah buat taksiran zakat Tak kita apa juga zakat asalkan ada pendapatan ada harta semua tu kena zakat Jadi dah buat ke belum Untuk mereka yang dah buat tahniah diucapkan Dan bagi mereka yang belum buat Lembaga Zakat Selangor mengajak ramai r...
Aeril Zafrel Terima Penghargaan Bayar Zakat Melebihi Rm50 000

Aeril Zafrel Terima Penghargaan Bayar Zakat Melebihi Rm50 000

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 231 hits
Membayar zakat merupakan salah satu rukun Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam Lebih lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan dari segala segi Baru baru ini pelakon dan usahawan Aeril Zafrel telah berkongsi gambar mendapat pengha...
Baznas Tegaskan Biaya Operasional Lembaga Zakat Tak Boleh Lebih Dari 12 5 Persen

Baznas Tegaskan Biaya Operasional Lembaga Zakat Tak Boleh Lebih Dari 12 5 Persen

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 221 hits
Biaya operasional di lembaga zakat harus tidak boleh lebih dari 12 5 persen kata Deputi Baznas Arifin Purwakananta
Hiburan Nak Beli Rumah Jom Ketahui Jumlah Kelayakan Loan Bank Ditawarkan Mengikut Gaji Anda

Hiburan Nak Beli Rumah Jom Ketahui Jumlah Kelayakan Loan Bank Ditawarkan Mengikut Gaji Anda

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 240 hits
Meskipun harga rumah di Malaysia semakin meningkat naik namun tidak salah untuk kita mengetahui kelayakan dari segi gaji bagi tujuan membeli kediaman terutamanya buat mereka yang pertama kali membeli aset rumah ini Seperti satu perkongsian ...
Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran Lzs

Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran Lzs

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 304 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Bila terbaca je mana mana Lembaga Zakat Selangor automatik YF akan refresh semula part mana yang terlupa terlepas tertangguh segala TER lah kan Itulah bagusnya kegunaan sosial media ye dak Bukan apa...
Najib Kena Buat Lebih Lagi Kepada Ayahanda

Najib Kena Buat Lebih Lagi Kepada Ayahanda

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 276 hits
Buat lebih dan penuh dengan ikhlas Sempena aidil adha boleh juga mohon ampun dan maaf kepada orang tua tanda hormat walaupun tidak ada salah apa apa pun Hidup mati ajal maut Tak tahu siapa yang dahulu dan awal Sambil tu minta lah AYAHANDA d...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction