Memenangi Hadiah Menarik Dengan Jom Taksir Zakat
Assallammualaikum,
Hai semua, okay kali ini Shailla ingin kongsikan tentang "Jom Taksir Zakat" bersempena bulan taksir zakat Lembaga Zakat. Apa yang menarik tentang "Jom Taksir Zakat" ini adalah korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari pihak Lembaga Zakat.
Tujuan bulan taksir zakat ini diadakan adalah :
1. Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta
3. Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun
4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat
5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung
Jenis-Jenis Zakat
1. Zakat FitrahZakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
2. Zakat Harta(Maal) adalah zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.
Zakat PendapatanZakat PerniagaanZakat Wang SimpananZakat PelaburanZakat KWSPZakat Emas & PerakZakat TakafulTaksiran Zakat Qada ZakatJadi korang boleh memilih samaada ingin melunaskan kewajipan zakat fitrah dan zakat harta. Lebih banyak korang berzakat, Insha Allah bertambah keberkatan punca rezeki korang
Cara Tebus Baucar
1. Muat Turun & Log MasukMuat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store, kemudian, Daftar dan Log Masuk ke akaun anda. Apps ini merupakan Applikasi Rasmi Lembaga Zakat Selangor. Apps ini membantu pengguna membuat bayaran zakat, menyemak status bantuan zakat dan pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah
AppStorehttps://apps.apple.com/my/app/zakatselangor/id1563360646
GooglePlayhttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.zakat.myzakat&hl=en&gl=US
Antara fungsi lain yang terdapat dalam apps ini adalah:
• Buat Pembayaran semua jenis Zakat Harta dan Zakat Fitrah
• Buat Pembayaran FIDYAH secara online
• Semak Rekod Bayaran Zakat lepas
• Semak Status Bantuan Zakat yang dipohon (Asnaf)
• Semak Status Bayaran Zakat (Vendor)
• Simpan Kiraan Zakat
• Download Penyata Bayaran Zakat Tahunan
• Download Borang VCASH (Asnaf tiada akaun bank)
• Download Borang Bantuan Zakat
• Pengiraan Zakat
• Lokasi Cawangan Zakat Selangor
• Info Zakat terkini
2. Taksir & Simpan - Gunakan fungsi "Taksir" di dalam aplikasi ZakatSelangor, buat taksiran jenis-jenis zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat"
3. Dapatkan Baucar dengan tebus baucar di cawangan LZS berdekatan dengan beserta bukti taksiran. Selagi stok masih ada. Promosi ini mengikuti garis panduan syariah penganjuran peraduan zakat, Lembaga Zakat Selangor.
Jom sertai Taksir zakat sebelum 31 Julai 2022 dan menangi hadiah menarik! Laksanakan kewajipan anda yang memberi ganjaran dunia dan akhirat dengan taksir zakat di https://jom.zakatselangor.com.my sekarang!
Selain itu, korang yang memohon bantuan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini boleh menyemak rekod bantuan secara atas talian melalui kemudahan platform eZakat Online
Melalui platform eZakat Online ini, korang hanya perlu hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di https://ezo.zakatselangor.com.my/ dan seterusnya dapat mengakses rekod bantuan zakat yang diterima.
Ini merupakan alternatif bagi memudahkan korang untuk menyemak status permohonan bantuan. Selain menjimatkan kos dan masa, ia juga mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa
Agihan Zakat
Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut :LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon.Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan ZakatProses siasatan akan dijalankan terhadap permohonanPemohon diluluskan/ditolakPemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskinSekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan
Facebook : Lembaga Zakat SelangorWeb : https://www.zakatselangor.com.my/No tel : 1-300-88-4343
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shazillahsani.com/2022/07/memenangi-hadiah-menarik-dengan-jom.html