Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan tempat menarik di Setiu Terengganu.
Berkunjung ke negeri di Pantai Timur Malaysia ini tidak membosankan. Dengan keadaan negeri yang menghadap Laut China Selatan, pelbagai tarikan yang ada di negeri Terengganu ini. Memang tidak akan jemu bila berkunjung ke sini.
Jika pada entri yang lalu, saya telah kongsikan beberapa tempat menarik di Terengganu, kali ini saya ingin lebih mengkhususkan kepada daerah Setiu. Setiu merupakan antara daerah yang terdapat di Negeri Terengganu yang bersempadanan dengan daerah Besut, Hulu Terengganu dan juga Kuala Nerus.
Pada hujung minggu lepas, saya telah berpeluang untuk berkunjung ke daerah Setiu ini. Terdapat pelbagai tempat menarik yang telah saya lawati. Oleh yang demikian, saya begitu teruja untuk saya kongsikan dengan anda semua mengenai tempat-tempat yang menarik ini. Ayuh!
1. Terrapuri Heritage Village Baiklah di sini adalah tempat saya bermalam selama 2 malam. Cukup menarik. Diambil nama Terrapuri adalah bermaksud istana lama. Jadi senibina di sini adalah berdasarkan istana lama pada zaman Langkasuka dulu. Senibina rumah yang terdapat di sini mengadungi senibina dari negeri Patani, Kelantan dan juga Terengganu.
Selamat datang ke Terrapuri Untuk membaca tulisan penuh saya berkenaan Terrapuri Heritage Village bolehlah mengklik pautan ini.
2. Rumah Botol Jika anda berkunjung ke Setiu, bolehlah anda singgah di Rumah Botol. Rumah Botol ini adalah hak milik persendirian. Ianya dimilikki oleh  Tengku Mohd Ali Bin Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku atau Tokki.
Pengumpulan botol-botol ini adalah dari inisiatif Tokki sendiri yang bermula daripada sikap Tokki yang cintakan alam sekitar. Dahulunya Tokki melihat ada kanak-kanak yang sering memecahkan botol apabila dijumpai di tepi pantai. Hal ini akan menyebabkan kemalangan kepada pengunjung apabila berkunjung ke tepi pantai. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, Tokki memesan kepada anak-anak kecil di situ supaya menghantar botol kepadanya jika dijumpai.
Tokki sedang galak bercerita Ini bagi mengelakkan dari botol tersebut dipecahkan oleh kanak-kanak terbabit. Selain dari itu juga, Tokki sendiri berjalan di tepian pantai untuk mengutip botol. Dikhabarkan pernah Tokki berjalan sehingga ke Kelantan untuk mencari botol-botol.
Terdapat pelbagai jenis botol yang dijumpai di sini. Apa yang paling menarik, terdapat juga botol yang mengandungi surat yang dimasukkan ke dalamnya. Namun apa yang lebih membuatkan saya terfikir, jika botol dari Eropah pun mampu sampai ke sini, berapa banyaklah botol yang ada dalam lautan kita ini ya.
3. River Boat di Laguna Setiu Jika anda sukakan alam semulajadi, saya mencadangkan anda untuk mencuba aktiviti River Boat di Laguna Setiu ini. Ianya merupakan aktiviti anda menaiki bot sepanjang Setiu Wetland dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai flora dan fauna.
Apa yang menariknya, setipa pulau di sini mempunyai hidupan yang unik. Seperti pokok sarang semut ini. Ianya hanya hidup di pohon nyireh dan hanya berada di satu pulau di kawasan sini iaitu Pulau Telaga Tujuh. Ianya tidak boleh hidup hatta di pulau tepinya!
Pohon sarang semut Tekun mempelajari mengenai flora dan fauna Lain pulau, lain pula kisahnya, di Pulau Layak kami belajar pula mengenai pokok Berus Mata Buaya. Ianya hanya terdapat di pulau ini. Seterusnya kami menyelusuri kawasan tanah bencah Setiu ini ke kawasan ternakan ikan.
Ikan di sini dikatakan antara yang terbaik dihasilkan. Mana tidaknya, ia hidup di persekitaran yang bersih dan tanpa pencemaran bahan kimia. Antara ikan yang dipelihara di sini adalah ikan siakap, ikan kerapu dan juga ikan talapia. Oh! Jika anda bertuah, anda boleh makan tiram segar di sini!.
4. Boardwalk Setiu Boardwalk Setiu ini merupakan salah satu tarikan yang terdapat di tanah bencah Setiu ini. Ianya merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati sekiranya anda berkunjung ke Setiu.
Di sini anda boleh mempelajari pelbagai tentang flora dan fauna yang terdapat di tanah bencah ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tanah bencah ini, bolehlah di entri yang telah saya tulis sebelumnya. Klik di sini untuk membaca.
5. Setiu Wetlands Savvanah Pengkalan Gelap Jika anda seorang yang gemarkan bergambar, maka ini adalah tempat yang patut anda kunjungi. Kawasan ini juga merupakan salah satu kawasan yang terdapat di Tanah Bencah Setiu ataupun Setiu Wetlands.
Seperti berada di Afrika, tempat ini memang menjadi tarikan untuk sesiapa sahaja bergambar. Penggambaran drama juga katanya pernah dibuat di sini! Terbaiklah!
Dengan rumput yang menghijau serta pokok kayu yang unik, memang agak fotogenik jika diambil gambar. Saya juga terkesima kerana rumput dan pohon yang terdapat di sini agak berbeza dari tempat lain. Ianya bukan ditanam ya, tapi memang tumbuh meliar di sini.
Kawasan ini terletak di kampung Pengkalan Gelap, sebelah kiri jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Buat anda yang lalu ke kawasan ini, bolehlah singgah untuk sekeping gambar!
6. Mr Celup Tepung Station Tidak sah kalau ke Terengganu jika tidak makan makanan laut mereka yang segar. Mana tidaknya, negeri pesisir pantai ini pastinya kaya dengan pelbagai makanan laut yang segar dan sedap untuk dijamu kepada para tetamunya.
Salah satu tempat yang menarik untuk anda menikmati ikan celup tepung (ICT), keropok lekor cicah colek (KLCC), udang viral (UV) dan pelbagai lagi makanan enak lain bolehlah singgah ke Mr. Celop Tepung Station ini.
Berada di tepi pantai, para pelanggan bolehlah menikmati hidangan sambil menghirup udara segar dari laut. Sungguh mendamaikan!
7. Jeti Nelayan Kampung Fikri Buat anda yang ingin mengetahui bagaimana proses pembuatan bot bolehlah datang ke sini. Kerana di sini antara salah satu tempat pembuatan bot yang masih aktif di negeri Terengganu ini. Zaman sekarang, tempat pembuatan bot sudah semakin sikit, jadi di sini adalah antara salah satunya yang masih aktif.
Bot yang sedang dalam pembinaan Bot yang dibuat di sini cukup berkualiti tinggi. Ianya ditempah dari seluruh negara antaranya juga dari Putrajaya. Pembuatan bot di sini menggunakan kayu cengal, jati dan juga kayu balak. Ianya dihasilkan dengan kayu yang berkualiti tinggi supaya bot yang dihasilkan dapat bertahan dengan lama,
Selain dari pembuatan bot, di sini juga tempat utnuk membaik pulih bot yang telah rosak. Terdapat bot dari pelbagai tempat datang ke sini untuk dibaik pulih. Antaranya adalah dari Johor dan juga Kelantan.
Selain daripada itu, anda juga boleh bergambar di sini dengan suasana yang cukup cantik. Susunan bot yang terdapat di tebing dengan pohon nipah yang menghijau di belakang pastinya menjadikan gambar anda cukup menarik.
Penutup Itu sahaja tempat yang saya mampu kongsikan dengan anda buat masa ini. Sebenarnya kalau diikutkan banyak sangat tempat menarik yang patut anda kunjungi jika datang ke Setiu ini. Pantainya yang indah tu tak payah la nak cakap, sebabnya memang pantai dengan laut membiru sudah sinonim dengan Setiu ini.
Jadi buat anda yang ingin meneroka Setiu ini bolehlah berbuat demikian. Namun jika anda masih ada keraguan ataupun pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak Tourism Terengganu di pautan berikut.
The post Jom Ke Setiu – Tempat Menarik di Setiu Terengganu appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/tempat-menarik-di-setiu-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah

44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 699 hits
44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah Salam semua buat korang yang suka jalan jalan cari makan di mana mana negeri Sis nak kongsikan tempat makan menarik di Kelantan Walaupun sis orang Kelantan sis pun tak tahu bany...
6 Tempat Menarik Di Daerah Hulu Selangor

6 Tempat Menarik Di Daerah Hulu Selangor

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 937 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Sebelum memulakan artikel yang panjang ini aku ada soalan yang nak diajukan Ada tak sesiapa yang berasal dari Daerah Hulu Selangor Kalau ada tahu tak tempat yang...
Tempat Menarik Di Hokkaido Japan Pada Musim Salji Day2

Tempat Menarik Di Hokkaido Japan Pada Musim Salji Day2

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 376 hits
Tempat Menarik Di Hokkaido Japan Pada Musim Salji Day2 Assalamualaikum Ok bersambung lagi cerita uzu ke Hokkaido untuk hari kedua Seawal pagi lagi kiterang breakfast dan check out dari hotel dan terus menuju ke train station untuk ke tempat...
Apa Yang Menarik Di Setiu Korang Kena Cuba Semuanya

Apa Yang Menarik Di Setiu Korang Kena Cuba Semuanya

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 960 hits
Setiu cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya selepas keindahan Pantai Penarik tular di dalam pembikinan filem Pulang beberapa ketika dahulu Selain dari filem Pulang oleh kerana keindahan yang ada di Setiu banyak lagi filem filem...
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 548 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
Terrapuri Heritage Village Istana Lama Di Setiu Terengganu

Terrapuri Heritage Village Istana Lama Di Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 472 hits
Terrapuri Heritage Village Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai Terrapuri Heritage Village Pada hujung mi...
3 Port Makan Menarik Anda Wajib Singgah Di Tanjung Malim

3 Port Makan Menarik Anda Wajib Singgah Di Tanjung Malim

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 323 hits
Tanjung Malim terletak di selatan Perak bersempadan dengan Negeri Selangor Bagi yang kurang mengenali tempat ni di sini ada institusi pendidikan tinggi yang telah melahirkan ramai pendidik iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris Selain dar...
Menarik Pandangan Ini Angan Angan Mat Jenin

Menarik Pandangan Ini Angan Angan Mat Jenin

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 338 hits
Mohd MuklisEsok 7HB Feb dan kiranya MT UMNO akan berbincang tentang kerajaan pintu belakang Yang peliknya puak2 yang bising pasal backdoor deal ini semua yang ada rangka dalam almari Dari Fadhli Shaari yang dengan yakin kata PAS boleh kumpu...
Menarik Untuk Dibaca Ooooooo Keluar Dari Pakatan Rakyat Tubuh Gagasan Sejahtera

Menarik Untuk Dibaca Ooooooo Keluar Dari Pakatan Rakyat Tubuh Gagasan Sejahtera

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 228 hits
PRU 14 tak menang beromen pulak dgn UMNO tubuh Muafakat Ummah Tak ada kesudahan dengan Muafakat Ummah Usung bawak masuk pulak MCA dan MIC kena tukaq nama Muafakat Nasional Muafakat Nasional pun tak nampak jalan sebab dok nampak dah Najib da...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii