Terrapuri Heritage Village Istana Lama Di Setiu Terengganu


Terrapuri Heritage Village | Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan mengenai Terrapuri Heritage Village.
Pada hujung minggu lepas, saya telah berpeluang untuk berkunjung ke daerah Setiu. Terdapat pelbagai tempat menarik yang telah saya lawati. Tempat menarik ini akan saya kongsikan di entri yang berikutnya. Namun pada entri kali ini saya ingin mengfokuskan mengenai Terrapuri Heritage Village.
Baiklah, sebenarnya di sini adalah tempat saya bermalam selama 2 malam sepanjang trip saya ke Setiu. Cukup menarik. Nama Terrapuri adalah bermaksud istana lama. Jadi senibina di sini adalah berdasarkan istana lama pada zaman Langkasuka dulu. Senibina rumah yang terdapat di sini mengandungi senibina dari negeri Patani, Kelantan dan juga Terengganu.
Jemput masuk Bunga kemboja yang memenuhi halaman Cukup menarik! Jika anda masuk sahaja ke kawasan ini, anda akan rasa seperti berada di zaman dahulu dengan senibina rumah kayu yang masih utuh dan menarik. Saya begitu teruja melihat setiap senibina Melayu asli yang terdapat di sini. Tidak hanya beberapa biji, namun hingga 29 biji rumah! Bayangkan betapa banyak dan pelbagainya senibina yang dapat anda lihat dan pelajari.
Berikut adalah antara rumah yang terdapat di sini:
Rumah Tembakang – Dipercayai dibina pada akhir kurun ke – 19 dan dimiliki oleh Khatib Abdul Rahman yang merupakan seorang guru agama, ketua kampung dan juga bangsawan.Rumah Paloh – Rumah ini dimiliki oleh Mek Long yang merupakan seorang pengusaha tenunan kain songket bangsawan Terengganu. No wonder dalam rumah Paloh ini terdapat pencetak songket yang dijadikan sebagai perhiasan.Rumah Binjai Rendah – Kalau korang nak tahu, rumah ini pemilik asalnya adalah seorang wanita bernama Mariam yang merupakan penjual kain pada akhir kurun ke-19.Rumah Belukar Titian – Didirikan oleh Mat Zin yang merupakan seorang pengusaha manisan kelapa. Beliau juga membuat anyaman daun mengkuang dengan bantuan anak perempuan beliau.Rumah Tasek – Dimiliki oleh saudagar perahu besar. Dibina pada penghujung abad ke-19. Dibeli oleh penghulu, Ali Bin Ghani. Untuk pengetahuan korang, rumah ini telah dipindahkan sebanyak 2 kali dari kampung asal Chabang Tiga dan yang terakhir dipindahkan ke Kampung Tasek.Rumah Dusun – Didirikan oleh saudagar perahu bedar. Dibeli ileh tok guru agama, Ustaz Abdul Rahman  Harun dan isterinya, Che Nik Ibrahim yang mengambil upah menjahit baju.Rumah Kedai Buluh – Rumah ini pada mulanya dimiliki oleh seorang pendekar yang bernama Abu Bakar dan dibina oleh tukar mahir serta anak buah silat pendekar Abu Bakar sendiri.Rumah Jeram – Empunya rumah ini adalah Katib Ali Mat yang merupakan seorang guru agam di Jeram dan mempunyai ramai penuntut dan dibina oleh seorang tukang yang tersohor.Rumah Sg.Mas – Dimiliki oleh pengusaha tanaman ubi yang bernama Ismail Hj Salleh dan dibina oleh tukang sohor iaitu Ayah Ngah Kot.Rumah Pulang Musang – Rumah ini dibina pada abad ke-19 oleh seorang guru agama dimana penduduk kampung menghantar anak-anak mereka belajar agama dan mengaji Al-Quran di sini dan kalau pada dinding atas bahagian rumah ini tertulisnya kalimah ayat suci Al-Quran.Rumah Seberang Takir – Dimiliki oleh Ismail atau Pak Wei yang dibeli oleh seorang saudagar. Rumah asal terletak di Kg Binjai Rendah tapi telah dipindahkan ke Kg.Seberang Takir. That’s why la rumah ini diberi nama Rumah Seberang Takir. Rumah Gelugor Raja – Pemilik asal rumah ini bernama Tok Lijah Yusof; seorang guru mengaji dan guru agama serta seorang yang mahir membuat kuih tradisi Terengganu.Rumah Pengkalan Kubu – Pemilik rumah asal ini ialah Awang Yusof iaitu Ketua Kampung Kubu dan dibina pada tahun 1908 (1326H)Rumah Kubang Jela – Rumah ini telah dibeli oleh Hj Omar Bin Ismail daripada Che Mat Che Lek yang merupakan saudagar batik dan songket.Rumah Nibong – Merupakan sebuah rumah kepada seorang bangsawan Melayu Terengganu yang tela didirikan sekitar tahun 1888 dan kemudiaanya rumah ini diwarisi oleh Haji Abdullah said, seorang Ketua Kampung. Apa yang lebih menarik, setiap rumah yang ada mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap rumah adalah berbeza mengikut senibina penghuni asalnya. Sebagai contoh, saya menghuni di rumah Kubang Jela. Jadi apa yang terdapat di rumah ini adalah dari peninggalan seorang saudagar batik dan songket.
Oh! Lupa untuk saya kongsikan. Rumah-rumah ini bukanlah dibuat semula. Namun ianya adalah 100% diambil dari rumah asal dan dipasang kembali di sini. Jadi oleh itu, senibinanya kekal terjaga dan juga asli.
Dalam rumah. Katil pun klasik. Setiap rumah juga ditempatkan tempat mandi sebegini untuk anda berendam. Ruangan bilik mandi Selain itu juga, kawasan di dalam Terrapuri ini juga menarik. Terdapat juga wakaf utnuk anda melepaskan lelah, ada pusat sumber untuk anda membaca dan pelbagai lagilah. Tidak hanya dengan itu, fasiliti moden juga terdapat di sini seperti kolam renang dan juga spa.
Baloh padi. Tempat simpanan padi pada zaman dahulu. Kolam renang yang cukup besar dan cantik Selain itu juga, kawasan Terrapuri ini cukup strategik. Menghadap Laut China Selatan cukup mendamaikan. Hembusan bayu laut dan tiupan angin yang mendamaikan dapat menghilangkan segala resah gelisah yang ditanggung. Belakangnya pula adalah kawasan tanah bencah nan menghijau yang dapat merendam duka nestapa dalam jiwa.
Apa yang boleh saya ungkapkan adalah, anda patut menginap di sini jika anda ingin menggembalikan memori indah zaman Melayu terdahulu. Cukup nostalgik.
Bagi anda yang bertanyakan mengenai julat harga bagi menginap di sini, harga untuk penginapan di sini adalah bermula dari RM429 untuk satu malam. Ianya cukup berbaloi dengan nuansa yang ditawarkan. Pengalaman indah bakal anda nikmati sepanjang berada di sini.
Oh! Buat anda yang ingin melawat di sini juga boleh. Hanya dengan RM22 seorang, anda boleh melawat dalam kawasan ini sambil bergambar mengikut cara kesukaan anda. Ianya juga termasuk dengan jamuan ringan. Berbaloi!
Untuk anda yang ingin berkunjung dan menginap di sini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Terrapuri Heritage Village
Kg.Mangkuk, 22120 Setiu
Terengganu, Malaysia
Tel: +609-624 5020 / +609-631 2081 /
Emergency (Ms.Maslina) : +6012-988 8399
Fax: +609-622 8093
Email: [email protected]
The post Terrapuri Heritage Village – Istana Lama di Setiu Terengganu appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/terrapuri-heritage-village-istana-lama-di-setiu-terengganu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 621 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan tempat menarik di Setiu Terengganu Berkunjung ke nege...
Kemunculan Populasi Obor Obor Beracun Di Perairan Pantai Terengganu

Kemunculan Populasi Obor Obor Beracun Di Perairan Pantai Terengganu

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 537 hits
Oleh Munirah Abd Rahman Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari UMT Obor obor beracun atau dikenali sebagai Portuguese Man Of War merupakan hidupan marin spesies Physalia physalis Obor obor yang bersaiz kecil ini kali pertama ...
Dr M Allows Terengganu Uni Chief To Finish Her Contract

Dr M Allows Terengganu Uni Chief To Finish Her Contract

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 286 hits
UMT vice chancellor Prof Nor Aieni Mokhtar was told to go on leave on Dec 30 PETALING JAYA The head of Universiti Malaysia Terengganu told to go on leave on Dec 30 has been allowed to serve out her contract until April 12 the university has...
Terengganu Rumus Pelan Terbaik Wujud Pusat Terapi Anak Autisme

Terengganu Rumus Pelan Terbaik Wujud Pusat Terapi Anak Autisme

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 285 hits
Anak anak autisme ceria bergambar bersama wakil Kerajaan Terengganu RAWANG 18 Februari Terengganu sedang merumus pelan terbaik untuk mewujudkan pusat terapi anak anak autisme di negeri itu yang sekali gus mampu membela nasib golongan terbab...
Duit Dari Terengganu Dan Kelantan Disalur Ke Negeri Pakatan Harapan

Duit Dari Terengganu Dan Kelantan Disalur Ke Negeri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 286 hits
All the Pakatan Harapan states combined cannot beat the RM40 billion a year that Terengganu and Kelantan contribute to the federal government Where do you think the money to develop the Pakatan Harapan states comes from From Wuhan No way Jo...
Pemuda Terengganu Kahwini Gadis Itali

Pemuda Terengganu Kahwini Gadis Itali

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 630 hits
Pemuda Terengganu Kahwini Gadis Itali Kalau dah jodoh tak ke mana dan jodoh ajal pertemuan adalah rahsia Allah Ini lah yang sesuai dikatakan kepada seorang pemuda dari Terengganu ini Saya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Ita...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah