Apa Yang Menarik Di Setiu Korang Kena Cuba Semuanya



Setiu cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadinya selepas keindahan Pantai Penarik tular di dalam pembikinan filem Pulang beberapa ketika dahulu. Selain dari filem Pulang, oleh kerana keindahan yang ada di Setiu, banyak lagi filem-filem tempatan yang lain turut menjadikan Setiu sebagai lokasi penggambaran filem mereka. Antaranya seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Polis Evo, Bunohan, Lagenda Budak Setan 3, Cinta Bukan Malaikat dan banyak lagi

Saya sendiri mengakui bahawa Setiu merupakan sebuah daerah yang cukup bersih dan tenang. Walaupun di kawasan perkampungan dan jeti nelayan, ianya boleh dikatakan bebas dari sampah sarap dan ianya cukup bersih

INFO MENGENAI SETIU
Setiu merupakan sebuah daerah bongsu daripada tujuh daerah di dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar yang menjadikan ia 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Kedudukan Setiu ni bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut


Bandar Permaisuri pula merupakan ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah daerah ini. Bandar-bandar utama lain di Setiu adalah Sungai Tong dan Chalok

APA YANG MENARIK DI SETIU
Tempohari, saya bersama beberapa rakan media lain berpeluang menerokai beberapa lokasi dan aktiviti menarik yang ada disekitar Setiu. Kalau korang pun ada plan untuk ke daerah Setiu, bolehlah baca artikel ni sebagai rujukan

LOKASI PENGGAMBARAN FILEM
POLIS EVO ( KAMPUNG MANGKUK)
Sepertimana yang saya ceritakan diatas, Setiu telah menjadi lokasi popular untuk penggambaran filem di Malaysia ni. Antara lokasi penggambaran filem yang saya dan kawan-kawan sempat pergi adalah Polis Evo yang menjadikan salah sebuah rumah di perkampungan nelayan di Kg Mangkuk, Setiu sebagai rumah Inspektor Sani yang dilakonkan oleh Zizan Razak 


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (TERRAPURI HERITAGE VILLAGE)
Selain dari itu, kami berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk menginap di salah sebuah lokasi penggambaran filem popular Hikayat Merong Mahawangsa iaitu di Terrapuri Heritage Village yang  diapit oleh Laut China Selatan dan sungai berpaya bakau, Setiu Wetland. Oleh kerana lokasi yang cantik dan mendamaikan, anda boleh duduk bersantai sambil melihat pemandangan indah Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Bonjol, Redang dan Pulau Bidong


Tidak hairanlah kenapa pihak penerbit KRU Studio memilih Terrapuri Heritage Village ini untuk dijadikan lokasi utama penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa, melangkah masuk ke Terrapuri Heritage Village ni seolah kita kembali ke zaman abad ke 17, dikelilingi pohon hijau dengan struktur setiap bangunannya yang berdiri megah bercirikan rumah Terengganu lama boleh memukau hati sesiapa sahaja yang datang ke sini


Kalau korang teringin nak tengok Rumah Terengganu Klasik dan mendalami setiap kisahnya, korang bolehlah datang dan menginap di Terrapuri Heritage Village ni kerana ia adalah satu-satunya projek pemulihan dan pemuliharaan Rumah Terengganu Klasik yang masih mengekalkan budaya, simbol dan nilai-nilai sejarahnya




Di Terrapuri Heritage Village, mereka menyediakan pelbagai pakej untuk keselesaan anda mengikut tradisi Melayu lama. Jangan terkejut apabila anda mengetahui di sana tiada televisyen, wifi, telefon dan radio. Tapi jangan risau, ia bukanlah sampai ke tahap korang kena mandi air telaga kerana pemanas air juga disediakan. Ruang bilik juga ada dilengkapi dengan kipas dan pendigin hawa ya!



Untuk pengetahuan korang, pantai yang ada di hadapan Terrapuri Heritage Village ni sangat cantik dihiasi dengan pokok-pokok kelapa. Pantainya bersih kerana dijaga rapi oleh pekerja Terrapuri Heritage Village . Lokasi ini sesuai untuk korang jadikan lokasi bergambar dan sangat insta-whorthy


Tahniah saya ucapkan kepada pemilik Terrapuri Heritage Village, iaitu Mr Alex Lee Yun Ping kerana telah menerima anugerah Penghargaan Khas Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Personaliti Pelancongan pada malam ANUGERAH PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TERENGGANU 2018/2019 


 TERRAPURI HERITAGE VILLAGE
Untuk Matlumat LanjutWebsite : http://www.terrapuri.com/Facebook : https://www.facebook.com/TerrapuriInstagram : https://www.instagram.com/terrapuri/Alamat : Terrapuri , Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu, Malaysia. T : +(609) 6245020 +(609) 6312081 F : +(609) 6228093 E : [email protected]
RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU
Di Laguna Setiu ini, kami telah dibawa menyusuri sungai dengan menggunakan bot untuk melihat sendiri ekosistem paya bakau di sini . Antara lokasi yang kami singgah adalah seperti Pulau Telaga Tujuh dan Pulau Layak untuk menerokai flora dan fauna yang ada disana


Di Pulau Telaga Tujuh kami telah diperkenalkan dengan kewujudan pokok unik Sarang Semut (Myrmecodia pendans) dimana pokok ini hanya tumbuh menumpang pada pokok nyireh sahaja. Walaupun ia merupakan pokok yang bersifat menumpang, ianya bukanlah parasit yang mematikan pokok induk


Seterusnya di Pulau Layak pula, kami berpeluang melihat Pokok Berus Mata Buaya (Bruguiera hainesii) yang hidup liar di kawasan paya bakau. Untuk pengetahuan korang, Pokok Berus Mata Buaya merupakan satu jenis tanaman bakau (mangrove) yang terancam. Ianya merupakan spesies pokok bakau yang disenaraikan hampir pupus dan sukar ditemui di mana-mana hutan bakau di seluruh dunia. Jenis pohon bakau yang mempunyai bunga yang cantik dan indah ini diberi status konservasi Critically Endangered (Kritis) oleh IUCN Redlist


Bertapa bertuahnya kami kerana kedua-dua pokok ini kami boleh temui di sekitar Setiu Wetlands. Jadi marilah kita sama-sama menjaganya supaya ianya tidak pupus begitu sahaja


Selain itu sepanjang menyelusuri Laguna Setiu ini, ada banyak lagi aktiviti lain yang kami buat seperti singgah di sangkar ikan, mengutip lokan dan kepah. Di sangkar ikan ini juga, kami berpeluang mengutip tiram yang hidup di sekitar pelampung sangkar ikan. Menurut mereka, tiram akan hidup subur dalam air yang berkualiti bersih sahaja. Jadi ini menunjukkan air di sini mempunyai kualiti yang bagus


Aktiviti mengutip kepah ni memerlukan kami untuk turun dari bot dan menggali tanah berpasir untuk mendapatkan kepah.

BROADWALK SETIU

Ini merupakan lokasi tarikan baru yang ada di Setiu. Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan nature. Lokasi yang cukup bersih dan mendamaikan. Saya dan kawan-kawan ke sini unntuk menjayakan Program Sayangi Setiu Wetlands Bersempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia pada 2 februari yang lepas.


Objektif program ini adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang ekosistem tanah bencah dari segi sumber bekalan air, kawalan banjir, penghalang ribut dan kawalan kepada hakisan pantai, pelancongan serta pemuliharaan biodiversiti. Menanamkan sikap dan kasih sayang terhadap alam semulajadi dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat. Juga memperkenalkan Tanah Bencah kepada para pelajar dan masyarakat serta kepentingannya kepada alam semulajadi dan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti  gotong royong, penanaman pokok, perlepasan anak tuntung dan banyak lagi.

Sedikit info tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu yang korang perlu tahu:
⚡Berkeluasan 23 hektar⚡Ianya sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu,(iaitu gabungan lembangan tanah lembap kompleks di Setiu-Chalok-Baru-Merang)⚡Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai,pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.⚡Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia.⚡Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.⚡Tanah Bencah Setiu bulan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yg bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.⚡anya menjadi destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu, mencari ketam nipah, kepah atau lokan, memancing dan sebagainya yang juga bole dimanafaatkan oleh peduduk setempat.Sumber: Tourism Terengganu

Bagi mereka yang nak pergi ke Setiu Boardwalk, Setiu Lagoon Cruise, Cottage Industry dan Perkampungan Nelayan ini kosnya adalah RM219/person (Min 4 orang). Durasi masa untuk kesemua tempat ini lebih kurang 3 jam termasuk pengangkutan, air mineral dan bot. Manakala untuk bajet pergi ke Jeti Gong Batu pula adalah RM80/orang/bot tanpa life jacket. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Sahabat Setiu di talian 019-904 5539.

KAMPUNG FIKRI
Kampung Fikri merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di kawasan Permaisuri dan daerah Setiu. Kat sini kami ke satu lokasi pembuatan boat kayu nelayan secara tradisional. Pembuatan boat nelayan disini kebiasannya menggunakan kayu cengal, jati dan balak yang mana kayu ini adalah sangat tinggi kualitinya dan tahan lama.

Banyak info mengenai pembuatan bot nelayan yang kami dapat di sini, antaranya jenis-jenis bot dan kegunaannya. Kalau korang perasan setiap boat nelayan mempunyai warna tertentu dan ada huruf di bahagian tepi kapal seperti A, B dan C  yang memberi maksud menentukan kedalaman dan kejauhan bot tersebut boleh pergi. Di sebelah tempat pembuatan kapal ni ada satu jeti kecil tempat berlabuhnya boat-boat nelayan ni yang mana suasananya sangat cantik untuk dijadikan lokasi photoshoot

RUMAH BOTOL TOKKI/AYAHKU

Terletak tidak jauh dari Terrapuri Heritage Village, Rumah Botol ini adalah milik Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku. Mula minatnya mengumpul botol kerana ukiran dan berbentuk berbeza pada tahun 2005, kini antara koleksi botol yang dimilikinya datang dari seluruh dunia termasuk Korea, Mexico, Perancis dan banyak lagi


Kini, Ayah Ku telah mengumpul lebih 7,000 botol pelbagai jenis sekali gus menarik perhatian pelajar selain pelancong untuk bertandang ke galerinya. Beliau tidak sangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga kini lebih 1,000 pengunjung direkod mengunjungi galeri itu, manakala 800 pengunjung lagi pengunjung tidak direkodkan

SETIU WETLANDS SAVANNAH (TANAH BRIS) DI PENGKALAN GELAP
Lokasi seterusnya adalah di Tanah Bris yang terletak di Pengkalan Gelap. Lokasi ini merupakan sebuah tanah lapang yang ditumbuhi lalang kering yang berwarna kuning keemasan seakan suasana di Afrika.


Tidak hairan ramai yang menggelarkan kawasan ini sebagai Setiu Wetland Savannah kan? Lokasinya tidak terlalu susah untuk di akses kerana ianya terletak di tepi jalan besar dari Penarik ke Kuala Besut dan sangat dekat dengan Bazar Hasil Laut dan Kraf Pengkalan Gelap


Jadi, selepas puas bergambar di Savannah Setiu ini, jangan lupa untuk singgah di Bazar Hasil Laut dan Kraf Pengkalan Gelap untuk membeli kepah, lokan dan barangan kraftangan dimana hasilnya 100% dari penduduk tempatan di situ. Harganya bagi saya sangatlah murah. Banyak jugak kami borong hasil kraf di sini. Harganya memang jauh berbeza dari tempat lain.

MR.CELUP TEPUNG STATION

Akhir sekali, sebelum kami balik ke Kuala Lumpur sempat kami singgah untuk makan tengahari di Mr. Celup Tepung Station. Tidak sah kiranya kalau datang ke Terengganu tak makan Ikan Celup Tepung (ICT) kan? 

Memang banyak sangat pilihan makanan celup tepung kat sini. Semua makanan laut dia fresh dan sedap. Cuma sos dia kalau ada pilihan bagi saya lagi okay. Selain itu korang kena cuba bubur nasi dia. Memang terangkat weh!


Suasana kat sini pon best, banyak port menarik yang korang boleh pilih untuk menjamu selera. Ada juga meja yang diorang letak secara terbuka dengan pemandangan pantai

Untuk Matlumat LanjutFacebook : https://www.facebook.com/celuptepungstation/Instagram : https://www.instagram.com/mrceluptepungstation/Alamat : Lot 4067, Kg Bukit Chalok, Jalan Penarik, Kampong Permaisuri, Terengganu, Malaysia
T : +6019 496 1929

Terima kasih saya ucapkan kepada Mr. Alex selaku pemilik Terrapuri Heritage Village dan tidak lupa kepada pihak Pejabat Daerah Setiu & Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu kerana sudi menjemput kami. Tahniah juga saya ucapkan kerana Setiu Wetlands telah menerima penganugerahan sebagai Produk Pelancongan Berinovasi, Berpotendi & Terbaik pada pada malam ANUGERAH PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TERENGGANU 2018/2019. Semoga Setiu terus maju dan terkenal di serata dunia. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/02/apa-yang-menarik-di-setiu-korang-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpang Ampat Pulau Pinang Cuba Dulu Kuih Akok Viral Ini Pasti Korang Repeat Nak Beli

Simpang Ampat Pulau Pinang Cuba Dulu Kuih Akok Viral Ini Pasti Korang Repeat Nak Beli

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 1349 hits
Kepada peminat kuih akok area Pulau Pinang yang nak rasa kuih akok yang sedang viral kini boleh terjah ke 43 G Komplek Penjaja Taman Tasik Mutiara 14120 Simpang Ampat Pulau Pinang Harga cuma RM5 00 sebekas Untuk tempahan sila hubungi 017505...
Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

Jom Ke Setiu Tempat Menarik Di Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 615 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan tempat menarik di Setiu Terengganu Berkunjung ke nege...
Yomies Yogurt Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba

Yomies Yogurt Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 1247 hits
hai assalammualaikumYomies Yogurt Minuman Sihat Yang Korang Perlu Cuba Dah biasa dengan air bubble tea dan air buah haritu saja tukar angin minum minuman yogurt dekat Yomie s Rice X Yogurt the Garden Mall Lain dari yang lain air ni sebab da...
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 541 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
Penghidap Koronavirus Buat Hal Cuba Sebarkan Wabak Pada Orang Lain

Penghidap Koronavirus Buat Hal Cuba Sebarkan Wabak Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 360 hits
Nampaknya episod wabak Koronavirus ini tiada berpenghujung bahkan penularan wabak ini semakin menjadi jadi jika dilihat dengan jumlah kematian yang dicatatkan semakin meningkat terutamanya di China Namun setakat ini tiada kes kematian dilap...
Aksi Orang Utan Cuba Selamatkan Lelaki Terjatuh Ke Dalam Air

Aksi Orang Utan Cuba Selamatkan Lelaki Terjatuh Ke Dalam Air

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 377 hits
INDONESIA Tindakan orang utan menghulurkan tangan kepada seorang lelaki ketika berada di dalam sungai menyentuh hati netizen Orang utan itu seolah olah cuba menyelamatkan lelaki berkenaan yang sebenarnya membersihkan kawasan tersebut selain...
Seorang Lelaki Ditahan Kerana Cuba Bawa Masuk Daging Tikus Kering

Seorang Lelaki Ditahan Kerana Cuba Bawa Masuk Daging Tikus Kering

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 328 hits
Pegawai Penguatkuasa Maqis menunjukkan daging tikus kering yang dirampas di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada Ahad Gambar Sinar HarianBAYAN LEPAS Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang...
Tulisan Anak Cakar Ayam Susah Nak Faham Cuba Bagi Pensil Berbentuk Segi Tiga Tengok Hasilnya Selepas Itu

Tulisan Anak Cakar Ayam Susah Nak Faham Cuba Bagi Pensil Berbentuk Segi Tiga Tengok Hasilnya Selepas Itu

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 638 hits
Setiap perkembangan anak tidak sama ada anak yang cepat bercakap ada anak lambat bercakap Ada anak tulisanya cantik dan ada pula tulisan yang dia sendiri sukar untuk fahami Sebagai ibu jangan letak 100 tanggungjawab mendidik pada bahu seora...
Rugi Kalau Tak Cuba Minum Klebang Original Coconut Shake Di Melaka

Rugi Kalau Tak Cuba Minum Klebang Original Coconut Shake Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 863 hits
Klebang Coconut ShakeKat Melaka ni Coconut shake ni salah satu makanan minuman yang menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung pengunjung terutamanya yang datang dari luar Melaka Banyak gerai gerai coconut shake ada disekitar Melaka nih ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Portland Maine


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1