6 Tempat Menarik Di Daerah Hulu Selangor
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Sebelum memulakan artikel yang panjang ini, aku ada soalan yang nak diajukan. Ada tak sesiapa yang berasal dari Daerah Hulu Selangor? Kalau ada, tahu tak tempat yang menarik di dalam daerah tersebut? Tak tahu?😏 Tak apa, kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh lakukan di sekitar Daerah Hulu Selangor
😎DUSUN BONDA, BATANG KALI😎
ARTIKEL 👉: Review Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor | Apa Yang Menarik Di Sini ?
Dusun Bonda, Batang Kali merupakan sebuah lokasi indah yang sesuai untuk anda ber-glamping di dalam kawasan yang dijaga rapi. Menawarkan pelbagai fasiliti menarik disamping aliran sungai dan juga air terjun dan kolam buatan manusia.
Pengalaman aku menginap selama satu malam di Dusun Bonda sememangnya pengalaman yang menarik. Pengalaman pertama kali aku ber-glamping di tengah-tengah hutan, tetapi penuh dengan dekorasi yang cantik lagi indah.
Alamat : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Telefon : +6012-663 3667Instagram : @dusun_bondaFacebook : dusunbondaresort
Laman Web : www.dusunbonda.com
😎GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM😎
ARTIKEL👉 : Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
Genting Strawberry Leisure Farm ataupun dalam bahasa kebangsaan Taman Santai Strawberi Genting ini merupakan antara ladang strawberi terbesar di Malaysia! Terletak di sempadan antara negeri Selangor dan negeri Pahang, Genting Strawberry Farm Leisure ini sememangnya menjadi tarikan yang menarik di Genting Highland
Pengalaman yang seronok kerana bukan sahaja ada strawberry, tetapi pelbagai lagi tarikan menarik lain seperti ladang bunga yang cantik dan penuh warna warni, restoran bertemakan strawberry, gerai-gerai menjual cenderamata, tempat menjual madu dan sebagainya
Facebook : Genting Strawberry Leisure Farm
Telefon : 03-6100 1152
😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 😊
😎PARAGLIDING BUKIT BATU PAHAT😎
ARTIKEL 👉: Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Kubu Bahru, Selangor
Mengenai aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru ini, lokasi take-offnya adalah di puncah Bukit Batu Pahat iaitu sekitar 1400 kaki daripada aras laut manakala tempat mendarat pula adalah di mini stadium Millenium, Taman Millenium. Perjalanan ke puncak bukit akan dibawa oleh pihak paragliding itu sendiri dengan menaiki 4 Wheel Drive (4WD) terus ke puncak bukit yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja
Pakej yang ditawarkan untuk mereka yang berminat adalah sekitar RM200 - RM300 sahaja iaitu termasuk dengan kenderaan, insurans dan juga video.
Kepada yang berminat boleh hubungi En Nazri Paragliding KKB di 019-2191144
😎TERATAK RIVERVIEW ULU BERNAM😎
ARTIKEL👉 : Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam
Teratak Riverview merupakan sebuah resort berhadapan dengan Sungai Bernam. Sesuatu yang unik adalah sungai ini merupakan sempadan antara Perak dan Selangor.
Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti :-➤ Chalet➤ Tempat Perkhemahan➤ Asrama➤ Dewan➤ Surau
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia di sini adalah seperti :-😊Tubing😊Water Confident😊Rentas Halangan😊Flying Fox😊Abseiling😊Tempat Berbasikal😊Paintball😊Jungle Trekking & Night Walk😊Kem Motivasi & Ceramah😊Hari Keluarga
👉HUBUNGI :
🕿 MOHAMAD NOOR HAKIM BIN KASSIM013 - 533 5033🕿 NORHANAH BINTI MD NOOR019 - 511 5033🕿 MUHAMMAD NOOR HAZIQ BIN MOHD NOOR HAKIM017 - 343 1346
👉PEJABATLot No.10 Jalan Kemudi 2A/2, Fasa 2, Laman 1, Taman Bernam Jaya, 44100, Kerling, Selangor
👉EMAIL :
[email protected]👉WEBSITE : teratakriverview.blogspot.com
😎BANTAL LENTOOQ😎
Kedai Melissa mengeluarkan satu jenama bantal kekabu iaitu Lentooq. Bantal kekabu sememangnya terkenal sebagai sebuah bantal yang sangat berkualiti dan tahan lama. Selain itu, Kedai Melissa juga menghasilkan sarung bantal, cadar dan pelbagai lagi produk berasaskan bantal dan tilam
Lokasi kedai ini adalah di Batang Kali, bantal Lentooq ini juga dijual di Shopee dan sebagainya dan seringkali mendapat tempahan daripada hotel dan sebagainya
Address: 33, Jln Mahagoni 7/3, Pekan Batang Kali, 44300 Batang Kali, SelangorEmel :
[email protected] : 012-6403798
😎PEMBUATAN KERIS😎
Pembuatan keris oleh Datuk Azmi Azhar di Kuala Kubu Bahru. Sudah ratusan atau ribuan bilah keris yang telah dijual dan ditempa sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang ini. Pernah juga beliau menjual keris dengan harga mencecah ribuan ringgit
Proses Menempa Keris
Salah satu cara melihat pembuatan keris itu sama ada mempunyai keseimbangan yang baik atau tidak adalah dengan bantuan sarung keris itu sendiri sebagai penyendal.
Facebook : Anjong Charandong
------
Jadi, dah sampai ke penghujung artikel. Bagaimana? Menarik kan tempat-tempat dan aktiviti yang terdapat di daerah ini? Ya, tak perlu nak ke luar negara sedangkan di dalam negara masih banyak tempat menarik yang boleh dilawati. ✌😎
Sekian
#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/02/6-tempat-menarik-di-daerah-hulu-selangor.html