Johor Beralih Ke Fasa 3 Pahang Ke Fasa 4 Berkuat Kuasa Esok


BERNAMA
Hishammuddin berkata walaupun kelonggaran mula diberikan, namun orang ramai tidak boleh cepat berasa selesa dan bersikap sambil lewa dalam melindungi diri.

Keluarga berkelah di pantai Pasir Puteri Kuantan, Pahang. Gambar: Bernama Johor bakal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Pahang pula beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Oktober ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.
Beliau dalam kenyataan berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 semalam.
“Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh kementerian kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Beliau memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Tiga dan Empat adalah sama dengan sebelum ini, keterangan SOP terkini akan dikemas kini MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.
Hishammuddin memaklumkan mesyuarat itu turut bersetuju untuk membenarkan beberapa kelonggaran baharu termasuk waktu pengoperasian pasar borong, upacara mengikat thaali di rumah ibadat kuil dan pernikahan kudus (Holy Matrimony) dalam tempoh PPN, berkuat kuasa 9 Oktober.
“Waktu beroperasi pasar borong di Fasa Dua dan Fasa Tiga dibenarkan mengikut syarat lesen dan permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti mana yang ditetapkan dengan syarat pekerja divaksin lengkap dan mematuhi SOP sedia ada,” katanya.
Mengenai pelaksanaan upacara mengikat thaali dan pernikahan kudus, beliau berkata kementerian perpaduan akan memaklumkan Persatuan Agama Hindu dan Persatuan Agama Kristian berhubung SOP yang perlu dipatuhi.
Selain itu, beliau berkata pengoperasian aktiviti lelongan awam bagi barangan sandaran di bawah sektor pajak gadai berdaftar di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) juga dibenarkan bermula 9 Oktober ini dengan syarat tertentu.
Syarat berkenaan termasuk pekerja dan pembida lengkap divaksin, hanya melibatkan 54 pelelong yang telah dikenal pasti di seluruh negara, terhad kepada 30 minit setiap sesi pada 1 dan 7 haribulan setiap bulan dengan ketetapan kapasiti pekerja dan pembida mengikut fasa.
Bagi Fasa Dua, hanya 60% kapasiti pekerja dan 50% pembida diikuti Fasa Tiga, 80% kapasiti pekerja dan 80% pembida, manakala Fasa 4 dibenar beroperasi dengan kapasiti 100% bagi pekerja dan pembida.
Beliau juga memaklumkan sektor tembakau dan rantaiannya dibenarkan beroperasi bagi Fasa Dua PPN dan seterusnya.
Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai untuk terus mengamalkan SOP, meningkatkan penilaian kendiri bagi melindungi diri sendiri dan masyarakat sekeliling daripada Covid-19.
“Dalam usaha negara #ReopeningSafely, perkara paling penting adalah untuk kita semua tidak cepat berasa selesa dan bersikap sambil lewa.
“Di sebalik semua kelonggaran telah diumumkan, hakikat yang harus kita hadapi adalah kita semua terpaksa hidup bersama virus Covid-19,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/johor-beralih-ke-fasa-3-pahang-ke-fasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hishamuddin Negeri Johor Dan Pahang Beralih Fasa Ppn Berkuatkuasa Pada Hari Jumaat Ini

Hishamuddin Negeri Johor Dan Pahang Beralih Fasa Ppn Berkuatkuasa Pada Hari Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID 19 hari ini membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara bagi negeri Johor dan Pahang berkuat kuasa Jumaat ini Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ...
Negeri Johor Beralih Ke Fasa Tiga Whatsapp Group Pun Panas

Negeri Johor Beralih Ke Fasa Tiga Whatsapp Group Pun Panas

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 212 hits
NEGERI JOHOR BERALIH KE FASA TIGA WHATSAPP GROUP PUN PANAS Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Alhamdulillah Bila daripada fasa dua beralih ke fasa tiga tentu sekali membawa sinar dan wajah pun beruba...
Kedah Beralih Kepad Fasa Kedua

Kedah Beralih Kepad Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 510 hits
Kredit Telegram MKN Assalamualaikum semua dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat semua Alhamduillah syukur kerana Negeri Kedah akan beralih kepada Fasa 2 pada 1 Oktober 2021 bersamaan Jumaat ini Bukan itu sahaja Negeri Melaka Selago...
Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober

Lembah Klang Beralih Ke Fasa 3 Mulai 1 Oktober

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 172 hits
MALAYSIA NOW Penonton dan penyokong dibenarkan untuk hadir ke acara sukan adalah antara kelonggaran baru diumumkan perdana menteri hari ini Warga Lembah Klang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak Hulu...
Penjelasan Operasi Sekolah Di Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn

Penjelasan Operasi Sekolah Di Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh Gambar hiasan KUALA LUMPUR Pembukaan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan bagi negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara akan hanya dilakukan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa itu berkuat kuasa Berikutan itu ke...
Sektor Pendidikan Di Negeri Beralih Fasa Ppn Dibuka Selepas 2 Minggu

Sektor Pendidikan Di Negeri Beralih Fasa Ppn Dibuka Selepas 2 Minggu

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 371 hits
MALAYSIA NOW KPM berkata Johor yang beralih ke Fasa Dua PPN akan memulakan operasi sektor pendidikannya pada 10 Oktober depan Sekolah bakal beroperasi secara bersemuka dengan kaedah penggiliran bermula Oktober depan Gambar Bernama Kementeri...
Ahli Parlimen Rompin Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi Tnb Berkuat Kuasa 1 Oktober

Ahli Parlimen Rompin Hasan Ariffin Di Lantik Jadi Pengerusi Tnb Berkuat Kuasa 1 Oktober

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 375 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad berkuat kuasa 1 Oktober ini Hasan 68 menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar s...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Dua Lokaliti Sabah Pahang Tamat Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Dua Lokaliti Sabah Pahang Tamat Esok

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di dua lokaliti di Sabah dan Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata dua lokaliti berkenaa...
Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya Antara Daerah Pahang Kini Bertukar Ke Fasa 3 Bermula Jumaat

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya Antara Daerah Pahang Kini Bertukar Ke Fasa 3 Bermula Jumaat

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 253 hits
Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri Dato Ismail Sabri sebelum ini Pahang akan beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 berkuatkuasa 24 September 2021 bersamaan hari jumaat Dengan peralihan ini juga Sekatan Jalan Raya antara daerah di da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba