Jkom Mungkin Masih Lena Bila Nak Muncul Membela Kerajaan Madani Woiiii Ya Ampusallam


 


PMX MAKIN BANYAK CEDERA, TAPI BILA LAGI JKOM NAK TAMPIL MEMBELA? 


Sebagaimana bumi kebelakangan ini lebih kerap ditimpa hujan sehingga pokok pun banyak yang tumbang, iklim politik negara juga akhir-akhir ini sentiasa dibadai isu silih berganti tanpa henti.


Antara isu yang memanaskan atmosfera politik negara kebelakangan ini ialah pencen penjawat awam, tahanan rumah Najib Razak, penjualan saham MAHB kepada Blackrock, suami menteri dapat kontrak dengan Kerajaan Selangor dan yang terbaru, penghapusan subsidi diesel yang membuatkan ramai melompat kerananya.


Dalam semua isu itu, selain kerajaan dihenyak daripada pelbagai sudut, tentu sekali ia turut membuatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim paling banyak terkena kesan tembakan.


Tetapi, amat malang sekali dalam berhadapan semua itu itu, Anwar seolah-olah bersendirian membela dirinya sendiri.


Sementara jentera komunikasi kerajaan dibawah Fahmi Fadzil dilihat tidak berfungsi, manakala media-media danaan pro kerajaan yang sepatutnya lebih ke depan pula asyik goyang kaki dengan terus seronok memaparkan berita-berita “copy paste” daripada portal-portal ternama atau memuatkan tulisan popular yang viral di media sosial, lebih malang lagi kerana agensi khusus untuk membela kerajaan seperti Jkom juga lamgsung tak berbunyi apa-apa.


Keadaan itu membuatkan ada yang bertanya, masih hidup lagikah Jkom sekarang ini?


Sejak Khairuddin Othman dilantik mengetuai Jkom pada 1 Mac lalu bagi menggantikan Dr Agus Yusof, peranan agensi tersebut dalam mempertahankan kerajaan bukannya bertambah baik, tetapi semakin hilang daripada radar.


Sekurang-kurangnya Dr Agus dulu kerap juga muncul di media dan sesekali menulis di laman sosialnya, sehinggalah beliau kemudian lenyap terus berikutan tercetusnya skandal A&W yang menggemparkan negara.


Kharuddin selaku Ketua Ketua Pengarah Jkom, selain tak pernah bercakap atau muncul di mana-mana media, beliau juga langsung tidak aktif di media sosial.


Semakan di Facebooknya mendapati kali terakhir ia di-update pada November 2022, manakala di Twitter (kini X) ialah pada 2019.
Nak kata ada program-program tertentu dilaksanakan Jkom di mana-mana, tidak pula ada kedengaran sebarang hebahannya, bahkan laman sosial agensi tersebut sendiri didapati turut tidak aktif.


Dalam pada itu, cuba-cuba juga mencari melalui google kalau-kalau Ketua Pengarah Jkom itu didapati ada pergi ke mana-mana program, pergi kenduri atau makan-makan dengan kawan-kawan misalnya, malangnya apa kesan pun tak ditemui.


Jadi, Ketua Pengarah Jkom ini buat apa?


Apa kerja yang dilakukan beliau untuk menggerakkan Jkom dalam berhadap isu demi isu dalam negara?


Takkan jadi ketua agensi seperti Jkom duduk bersembunyi di pejabat saja?


Bukankah dalam Jkom sendiri, ada unit media sosialnya sendiri?


Zaman media sosial dan ada media sosial tapi tak bersosial…habis, nak jadi apa?


Kerajaan madani ini sudah terbentuk hampir dua tahun dan setelah lebih setahun ia membazir masa dan wang ketika direrajui Dr Agus, nampaknya malang menimpa sekali lagi ketika ia di bawah kepimpinan Khairuddin ini.


Sampai bila Jkom nak senyap begini?


Sedemikian itu, untuk kebaikan Anwar dan kerajaan madani itu sendiri, adalah dicadangkan agar kontrak lantikan Ketua Pengarah Jkom selepas ini tidak lagi dibuat untuk tempoh dua tahun sebagaimana biasa.


Lantikan harus dibuat secara bulan ke bulan dan sekiranya gagal berfungsi, kontrak hendaklah ditamatkan dengan serta-merta.


Baru padan muka!!


Kontrak lantikan Khairuddin ini patut juga disemak semula dengan kadar segera, kalau tidak, macam bayar gaji buta saja, walhal Anwar selaku Perdana Menteri makin kerap ditembak cedera tanpa dibela. – ShahbudinHusin11Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/11/pmx-makin-banyak-cedera-tapi-sampai-bila-jkom-nak-diam-diri-tak-berbunyi-apa-apa.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/jkom-mungkin-masih-lena-bila-nak-muncul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Kerajaan Madani

Terima Kasih Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 211 hits
Che IbrahimKebun ambo dengan kilang sawit tak sampai 2km Kos diesel untuk Hilux ambo hantar buah sawit ke kilang sekitar rm200 sebulan Apabiila Kerajaan Perpaduan melalui program Budi Madani beri Rm200 maknanya ambo boleh minyak free untuk ...
Woiii Dol Sudah Sudah La Masa Jadi Kerajaan Hang Lena Ja Pun Yellek Tarak Buat Pa

Woiii Dol Sudah Sudah La Masa Jadi Kerajaan Hang Lena Ja Pun Yellek Tarak Buat Pa

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 166 hits
Referendum lagi Tak sudah sudah Carik la idea lain dol oi Mual dengar referendum tu PRK Sungai Bakap ni kalau PH menang memang jadi untuk PN Ia bukan referendum untuk PH dah tapi Selain sebagai penyandang PN masuk pilihanraya ini berbekalka...
Sungai Bakap Jadi Indikator Kerajaan Madani

Sungai Bakap Jadi Indikator Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 338 hits
JENGUK SG BAKAPSungai Bakap jadi tumpuan Foto Ani PILIHAN RAYA kecil DUN 20 Sungai Bakap Pulau Pinang yang akan diadakan 22 Julai dimana hari penamaan calon 6 Julai nanti merupakan pilihan raya kecil yang ke 10 selepas beberapa pilihan raya...
Kerajaan Masih Tanggung Rm7 Bilion Subsidi Diesel

Kerajaan Masih Tanggung Rm7 Bilion Subsidi Diesel

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 182 hits
PUTRAJAYA Walaupun me lak sanakan penyasaran subsidi diesel kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan bahan api itu di Semenanjung Jumlah itu menyaksikan ham pir separuh apabila pada ta hun lepas merekodkan sehing...
Anai Anai Kerajaan Madani

Anai Anai Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 172 hits
MSOHari ini diviralkan surat dari Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri kepada Setiausaha Politik Menteri Kesihatan yang memberi tahu ada beberapa kontraktor yang dinilai sebabagai pra kelayakan untuk tander sebuah hospital Surat itu seb...
Sebab Ada Pro Onolah Pmo Dan Jkom Lena Tu La Hangpa Pun Satu Juga

Sebab Ada Pro Onolah Pmo Dan Jkom Lena Tu La Hangpa Pun Satu Juga

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 193 hits
Norizan Abd Hamid PMO Jkom sama tidur mampos fahmifadzil tolong jangan ikut lena Eh Lama dah kan Kami probono ni penat jadi jaga siap dapat maki hamun lagi
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl