Jika Ph Pun Mahu Ditipunya Untuk Apakah Umno Mahu Bekerjasama Dengan Mahathir




Selain Najib Razak yang bakal menjadi halangan untuk UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad membentuk sebuah kerajaan baru yang tujuan utamanya hanyalah mengekalkan “situa” itu lebih lama sebagai Perdana Menteri, rintangan lain ialah majoriti ahli-ahli UMNO nampaknya tidak bersetuju dengan kerjasama itu.Beberapa pemimpin UMNO peringkat bahagian yang diminta pendapat mereka, rata-rata menolak penggabungan atau kerjasama dengan Pengerusi Bersatu itu.Kata mereka, untuk apa UMNO mahu bekerjasama yang tujuannya hanya untuk mengekalkan lagi Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan beliau bukan saja pernah menghina parti itu, malah menumbangkannya pada PRU14 lalu?Apa bodoh sangat pemimpin UMNO yang mahu bekerjasama dengan Tun Mahathir itu?Di mana prinsip, maruah serta harga diri mereka yang mengetuai UMNO sekarang ini?Pemimpin yang diminta pendapat itu juga hairan jika pemimpin atasan UMNO begitu mudah percaya kepada Tun Mahathir yang sebenarnya hanya ingin menyelamatkan dirinya daripada akur kepada janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim yang pada asasnya adalah dipersetujuinya sendiri.Lagi pun, tambah mereka, jika PH pun ditipunya, janji manifesto juga ditipu, PKR turut ditipu di mana senarai menteri yang dicadang tidak dipilihnya dan Anwar mungkin bakal ditipu dengan janji peralihan kuasa yang mahu diengkari, untuk apa UMNO sedia menadah muka untuk ditipu sama oleh Tun Mahathir?Apakah jaminannya setelah dirinya selamat nanti, pemimpin UMNO yang menyelamatkannya itu tidak ditipunya juga?Sepatutnya, tambah mereka, jika pun Tun Mahathir ingin mengengkari janji peralihan kuasa kepada Anwar itu, UMNO jangan terlibat sama sekali dan membiarkan saja perkara itu berlaku dalam kerangka PH semata-mata.Ini kerana, kalau Tun Mahathir mungkir terhadapnya janji itu, yang untung akhirnya ialah UMNO juga.Tetapi, dengan sedia bekerjasama, belum tentu UMNO akan mendapat untung, sebaliknya yang pasti untung hanyalah Tun Mahathir, anak-anak serta kroninya saja.Dalam pada itu, pemimpin peringkat bahagian itu juga melihat peluang UMNO bersama parti-parti pembangkang lain untuk menang PRU akan datang adalah cerah berdasarkan keputusan PRK Tanjung Piai dan Kimanis, baru-baru ini.Oleh itu, tegas mereka, adalah lebih baik UMNO bersabar sedikit menunggu ketibaan PRU15 akan datang yang tempohnya bukanlah lama sangat daripada sekarang.Meskipun mereka turut menyedari penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi oleh Zahid Hamidi adalah umpan untuk menjadikan kerjasama itu sebagai kenyataan, mereka juga mahu pemimpin parti Melayu terbesar itu tidak mudah menjual maruah semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri.Jika itu yang berlaku, mereka yakin, UMNO selepas ini akan lebih ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh rakyat.Tambahan lagi, ujar mereka juga, parti Tun Mahathir adalah parti kecil dengan jumlah keahlian sekitar 300 ribu berbanding ahli UMNO lebih 3 juta ramainya.Dengan demikian, kenapa mahu dibiarkan ular lidi menelan ular sawa?Sehubungan itu, pendirian ahli UMNO akar umbi ialah menolak sebarang bentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan baru yang menjadi bualan sekarang dan mahu UMNO terus berjuang serta melawan PH dan Tun Mahathir dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 03/02/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/jika-ph-pun-mahu-ditipunya-untuk-apakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Umno Dan Pas Digambarkan Terhegeh Hegeh Nak Gabung Dengan Mahathir

Akhirnya Umno Dan Pas Digambarkan Terhegeh Hegeh Nak Gabung Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 369 hits
Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad yang menafikan beliau pernah mempelawa UMNO dan Pas untuk bergabung dalam Pakatan Nasional adalah suatu berbentuk perlekehan terhadap kedua dua parti pembangkang itu Ia dengan sendirinya menunjukkan Tu...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 296 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Isu Zahid Nak Bawa Umno Sokong Mahathir L9kman Keseorangan Bungkus

Isu Zahid Nak Bawa Umno Sokong Mahathir L9kman Keseorangan Bungkus

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 408 hits
Penyokong Lokman tak lebih 50 orang yang sama dalam mana event Anyway siapa yg funding umno sekarang Najib
Umno Di Persimpangan Antara Mahathir Dan Dap

Umno Di Persimpangan Antara Mahathir Dan Dap

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 299 hits
oleh Dr Mohamad Khir Toyo Kekecewaan Tun M terhadap Menteri Kabinetnya sudah tidak dapatkan diselindung lagi Rakyat semakin tidak sabar dengan tindakan tindakan Menteri kabinet yang sudah hilang sentuhan untuk membela rakyat Paling mengecew...
Tun Dr Mahathir Nafi Pelawa Umno Tubuh Pakatan Nasional

Tun Dr Mahathir Nafi Pelawa Umno Tubuh Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan pernah mempelawa parti UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post Perdana Menteri sebaliknya menegaskan beliau terbuka untuk m...
Insyaalah Pas Akan Didik Umno Design By Mahathir

Insyaalah Pas Akan Didik Umno Design By Mahathir

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 280 hits
Coronavirus rasuah Coronavirus lokman Makin beransur pulih Tindakan lokman di perangkap Dua version dokumen atas meja menyebabkan Zahid hilang maruah Dan lokman diterajang Lokman memang menempah jalan keluar bagi membolehkannya bergerak ber...
Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 474 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu Rata rat...
Zahid Hamidi Sahkan Umno Terpaksa Berkerjasama Dengan Mahathir Kerana Ikut Pas Dan Tidak Mahu Ketinggalan

Zahid Hamidi Sahkan Umno Terpaksa Berkerjasama Dengan Mahathir Kerana Ikut Pas Dan Tidak Mahu Ketinggalan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 446 hits
Oleh Lokman AdamSaya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Da...
Apakah Niat Mahathir Sertai Ph Untuk Mengahalang Anwar Jadi Pm

Apakah Niat Mahathir Sertai Ph Untuk Mengahalang Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 236 hits
Kecuali jika Tun Mahathir Mohamad dengan rela hati menetapkan tarikh peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini atau Majlis Presiden PH yang berjaya berbuat demikian barulah kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8 boleh dikira su...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah