Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph




Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu.Rata-rata pelbagai kelompok masyarakat menzahirkan rasa tidak setuju dengan pengembalian dasar yang pernah dilaksanakan pada 2002, tetapi kemudian dibatalkan kepada 2011.Beberapa persatuan, NGO, kelompok masyarakat, pemimpin politik, individu ternama, ibu bapa dan lain-lainnya telah tampil bersuara menyatakan rasa tidak setuju mereka dengan keputusan Tun Mahathir itu.Semuanya boleh dilihat dalam pelbagai medium media sosial di mana sehingga ini belum nampak ada yang menyokong keputusan Tun Mahathir itu.Mereka melihat Tun Mahathir terburu-buru dalam keputusan terbaru ini, walhal beliau baru tidak sampai sebulan memangku jawatan Menteri Pendidikan.Dipersoalkan apakah Tun Mahathir tidak sedar kemampuan guru-guru dalam penguasaan bahasa Inggeris dan jika mereka perlu menjalani latihan kemahiran, tidakkah ia akan memakan masa serta menelan kos yang tinggi?Selain pengembalian dasar ini mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ia juga pasti menyebabkan murid-murid luar bandar terus ketinggalan dan menjadi mangsa dalam peperiksaaan.Akhirnya, walaupun Tun Mahathir adalah Melayu, tetapi murid-murid Melayu juga yang jadi mangsa di sebalik dasar ini.Dalam hal ini, apa agaknya pendirian Muhyiddin Yassin sekarang terhadap keputusan Tun Mahathir ini kerana PPSMI dibatalkan pada 2011 adalah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.Apakah beliau menyokong keputusan Tun Mahathir sekarang ini atau kekal dengan pendirian 2011 ketika membatalkan PPSMI itu?Alasan Tun Mahathir bahawa subjek Sains dan Matematik memang sampai kepada kita dalam Bahasa Inggeris dan mengajarnya dalam bahasa tersebut tidak akan menimbulkan kekeliruan, tidaklah boleh diterima sama sekali sebagai logik yang munasabah.Isunya bukan berkaitan ilmu itu sampai dalam bahasa apa, tetapi apakah bahasa penguasaan murid yang mahu menerimanya?Jika begitu, mengapa Jepun dan Korea boleh maju dan terkedepan dalam kedua-dua bidang itu, sedangkan mereka belajar Sains dan Matematik bukan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa ibunda masing-masing?Bukankah ini menunjukkan belajar ilmu dalam bahasa ibunda itu lebih penting?Ternampak di sini bahawa Tun Mahathir hanya mahu memenuhi egonya saja dalam mengembalikan semula dasar PPSMI ini, sambil ingin memberitahu umum bahawa oleh kerana kuasa adalah dalam tangannya, beliau berhak mengembalikan semula dasar yang sudah dibatalkan itu.Persoalannya, bukankah Tun Mahathir hanya pemangku Menteri Pendidikan saja?Apakah ini bermakna beliau akan memangku jawatan tersebut selama-lamanya seolah-olah portfolio rasminya, selain Perdana Menteri?Lupakah beliau bahawa manifesto PH tidak membenarkan Perdana Menteri memegang portfolio mana-mana kementerian?Dari aspek politik pula, selain keputusan Tun Mahathir ini akan menyebabkan PH tidak popular di hati rakyat, ia juga bakal mengakibatkan kerajaan kehilangan banyak sokongan, terutama di luar bandar.Di sebalik banyak isu dan kemelut lain masih tidak selesai, khususnya banyak janji manifesto belum ditunaikan, apakah tujuan Tun Mahathir mengembalikan PPSMI yang tidak popular di hati rakyat ini, selain ia juga pernah dibantah keras oleh pembangkang yang kini sudah bersamanya dalam kerajaan?Apakah Tun Mahathir mahu melingkupkan PH sebelum beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Anwar Ibrahim? (ShahbudinHusin 31/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/apakah-melalui-ppsmi-mahathir-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 417 hits
Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terus mendapat kritikan Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama jemaah ...
Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 390 hits
GOMBAK Penerima Anugerah Sastera Negara ke 14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan pengumuman Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains ...
Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal

Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 458 hits
SUSUPAN SOREDr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik diminta berundur mengumumkan bahasa pengantar pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam bahasa Inggeris semula Pengumuman ini secara...
Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 422 hits
Putrajaya perlu meneliti dan mengkaji masalah dihadapi semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bermula 2003 hingga 2012 sebelum melaksanakannya kembali kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Ke...
Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 427 hits
Persoalan PPSMI Kepada Mahathir Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan...
Apakah Niat Mahathir Sertai Ph Untuk Mengahalang Anwar Jadi Pm

Apakah Niat Mahathir Sertai Ph Untuk Mengahalang Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 271 hits
Kecuali jika Tun Mahathir Mohamad dengan rela hati menetapkan tarikh peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini atau Majlis Presiden PH yang berjaya berbuat demikian barulah kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8 boleh dikira su...
Jika Ph Pun Mahu Ditipunya Untuk Apakah Umno Mahu Bekerjasama Dengan Mahathir

Jika Ph Pun Mahu Ditipunya Untuk Apakah Umno Mahu Bekerjasama Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 380 hits
Selain Najib Razak yang bakal menjadi halangan untuk UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad membentuk sebuah kerajaan baru yang tujuan utamanya hanyalah mengekalkan situa itu lebih lama sebagai Perdana Menteri rintangan lain ialah maj...
Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir

Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 305 hits
Dahulu ketika 1MDB menjadi isu hangat Zaid Ibrahim pernah melabelkan Najib Razak memimpin negara bak seorang maharaja Najib dilabelnya sedemikian kerana dilihat mentadbir negara ini secara berkuasa penuh tak boleh ditegur dan sesiapa yang m...
Jika Mahu Kuasai Bi Baiki Silibus Bukan Melalui Ppsmi

Jika Mahu Kuasai Bi Baiki Silibus Bukan Melalui Ppsmi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 258 hits
Mohd Ashraf Mustaqim KUALA LUMPUR Pengukuhan penguasaan Bahasa Inggeris tidak sewajarnya dilakukan melalui Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebaliknya kerajaan perlu menyemak semula di mana kelemahan sil...
Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Aisha Retno Tak Adil Chord

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Rahsia Hati Ibu Fateh Family

Perhimpunan Di Kl Anggota Polis Cedera Dalam Pergelutan Selepas Peserta Bakar Suar

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Coolblog Love At First Bite

Sakit Ini Biar Jadi Rahsia

Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim