Apakah Niat Mahathir Sertai Ph Untuk Mengahalang Anwar Jadi Pm




Kecuali jika Tun Mahathir Mohamad dengan rela hati menetapkan tarikh peralihan kuasa dalam waktu terdekat ini atau Majlis Presiden PH yang berjaya berbuat demikian, barulah kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 boleh dikira sudah terjamin.Selagi tiada tarikh khusus untuk naik pelamin, selagi itulah janji bulan madu dalam pertunangan belum tentu membawa ke gerbang perkahwinan.Ditambah dengan ura-ura Tun Mahathir bakal meninggalkan PH dan membawa lari kerajaan sedia ada dengan menubuhkan Pakatan Nasional bersama UMNO dan Pas, janji peralihan kuasa ternampak semakin kabur jadinya.Semua ini memperlihatkan Tun Mahathir tidak pernah ikhlas mahu mengotakan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.Kalau Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan berpegang kepada janji, tiada sebab untuk beliau terus menangguh-nangguhkan janji peralihan kuasa yang beliau sendiri setuju mengenainya sejak awal lagi.Maka, dalam hal ini apakah tujuan sebenar Tun Mahathir bersama PH sejak sebelum PRU14 lagi?Apakah benar-benar untuk menyingkirkan Najib Razak?Atau untuk menyekat Anwar daripada mendapat laluan mudah menduduki kerusi Perdana Menteri lantaran yakin PH berpotensi untuk menang PRU14 berikutan isu skandal 1MDB begitu membuatkan rakyat benci kepada UMNO dan BN?Memang kita tidak tahu apa yang ada dalam hati Tun Mahathir, tetapi melihat beberapa langkah yang dilakukannya untuk berbaik dengan Anwar sehingga diterima menerajui PH, sukar untuk menolak bahawa beliau masih ada dendam tersembunyi terhadap Presiden PKR itu.Ketika belum beroleh kuasa dan dalam proses untuk meyakinkan PH, PKR serta keluarga Anwar terhadapnya, Tun Mahathir telah berjaya menampilkan watak suci, lelaki yang insaf dan dilihat benar-benar berjuang untuk menyelamatkan negara.Dengan auranya sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, lebih-lebih lagi sudah mencecah usia 93 tahun ketika PRU14 diadakan, ramai yang jadi terpesona dengan kesanggupannya terus berjuang menyelamatkan negara ini.Hakikatnya, sedar tak sedar, dalam terpesona itu, lebih ramai yang terpedaya dengan zahir yang ditunjukkan di depan mata dan perkara itu semakin disedari menjelang hampirnya janji peralihan kuasa mahu dikotakan.Ketika menunggu mengangkat sumpah jawatan yang majlis itu dilengah-lengahkan beberapa jam, ketika itu juga ramai yang simpati dengan kesabarannya sehingga hampir-hampir tercetus tunjuk perasaan jika perlengahan angkat sumpah berterusan lagi.Belang sebenar beliau hanya mula terserlah beberapa hari selepas menjadi Perdana Menteri.Selain beberapa tindakan pentadbiran yang menjurus ke arah menambahkuatkan lagi cengkamannya dalam agensi penguatkuasa kerajaan, beliau turut melantik Azmin Ali yang tidak disenaraikan oleh PKR sebagai calon menteri dan pada waktu itu sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor, sebagai salah seorang menteri kanannya.Sejak perlantikan itulah PKR jadi berantakan dan berpecah sehingga sekarang, meskipun dalam masa yang sama Tun Mahathir tetap mengatakan akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar.Begitu pun, kata-kata beliau mengenai janji itu sering berubah-ubah dengan terakhir mengatakan peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Sidang Apec pada November depan, bukan lagi Mei iaitu setelah dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri.Dalam pada itu, di sebalik tiada tarikh serah kuasa ditetapkan, di belakang tabir tetap berjalan pelbagai usaha untuk mengekalkannya lebih lama sebagai Perdana Menteri.Beliau bukan saja menemui pemimpin pembangkang di rumahnya bagi tujuan mendapat sokongan, beberapa pihak lain yang dikaitkan dengannya juga heboh diperkatakan mengatur pelbagai strategi untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri yang lebih lama.Terbaru ini, dengan timbulnya isu penubuhan Pakatan Nasional, sekali lagi ini adalah perkara yang terkait secara langsung dengan janji peralihan kuasa.Tiada maksud lain, Pakatan Nasional ini tujuan utamanya hanyalah untuk menghalang penyerahan kuasa kepada Anwar, terutama selagi belum ada tarikh serah kuasa diputuskan.Usaha Tun Mahathir ini mungkin berjaya dan mungkin juga akan gagal.Tetapi, menelusuri semua renteran itu, apakah memang niatnya sejak awal bersama PH ini adalah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri sebagaimana pernah dilakukannya ketika berkuasa dalam BN dahulu? (ShahbudinHusin 06/02/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/apakah-niat-mahathir-sertai-ph-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Anwar Sekali Lagi Diusik Oleh Orang Orang Politik

Dr Mahathir Anwar Sekali Lagi Diusik Oleh Orang Orang Politik

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 335 hits
ULASA RASAPERGOLAKAN politik Malaysia seakan tidak akan berakhir selagi Anwar Ibrahim tidak jadi perdana menteri Ia macam musim banjir penghujung tahun laut akan tetap bergelora selagi musimtenkujuh tidak berakhir Sepanjang tengkujuh kerap ...
Geng Anwar Cuak Ker Usul Sokong Mahathir Ditolak

Geng Anwar Cuak Ker Usul Sokong Mahathir Ditolak

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 344 hits
Tindakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menolak usul Pas untuk melakukan undi percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak demokratik Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa...
Out Of Control Personal Hatred Anger At Anwar This Is What Hadi Mahathir Cronies Have In Common

Out Of Control Personal Hatred Anger At Anwar This Is What Hadi Mahathir Cronies Have In Common

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 323 hits
I ve written about this a couple of times before For The Edge for MalaysiaKini I m talking about PAS support for Tun Dr Mahathir Mohamad in particular for him to remain prime minister at least until GE15 Now I m writing about it again here ...
Kisah Tun Dr Mahathir Anwar Dan Sodomi 4

Kisah Tun Dr Mahathir Anwar Dan Sodomi 4

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 250 hits
Tongkat WaranMasa berlalu dengan begitu pantas Lebih lebih lagi bagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itulah yang pasti dirasakannya apabila kalendar 2020 bermula Dari Januari beralih ke Februari selepas itu Mac diikuti April dan akh...
Buruknya Perangai Mahathir Sikap Baik Hati Anwar Tak Dihargai Tapi Kerja Jahat Pas Yang Dialu Alukannya

Buruknya Perangai Mahathir Sikap Baik Hati Anwar Tak Dihargai Tapi Kerja Jahat Pas Yang Dialu Alukannya

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 384 hits
Hanya sehari selepas Pas mengumumkan mahu membawa usul percaya kepadanya di Parlimen Tun Mahathir Mohamad didapati mengeluarkan kenyataan bahawa penentuan akhir bagi lantikan Perdana Menteri selepasnya perlu berdasarkan majoriti yang boleh ...
Saya Akan Bersara Jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar Lim Kit Siang

Saya Akan Bersara Jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 411 hits
Veteran DAP Lim Kit Siang sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya sekiranya janji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditunaikan Beliau bagaimanapun yakin...
Tun Mahathir Nasib Penentu Anwar Pm Bergantung Pada Dewan Rakyat

Tun Mahathir Nasib Penentu Anwar Pm Bergantung Pada Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 463 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat Mahathi...
Now Mahathir Tak Berani Cakap Banyak After India Palm Backlash Says Anwar

Now Mahathir Tak Berani Cakap Banyak After India Palm Backlash Says Anwar

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 318 hits
Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad has dialled back his criticism of India after it sparked a boycott of Malaysian palm oil his chosen successor Anwar Ibrahim told Reuters on Thursday urging New Delhi to note the change in tone India...
Mahathir Kena Fikir Semula Antara Anwar Dan Najib Siapa Yang Lebih Bagus Dan Layak Gantinya

Mahathir Kena Fikir Semula Antara Anwar Dan Najib Siapa Yang Lebih Bagus Dan Layak Gantinya

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 394 hits
Kalau pun bukan Najib masih ada beberapa nama lagi yang boleh dipertimbangkan Kalau di PKR selain Anwar macam tiada yang terampil Melayu DAP Takkan nak 100 boneka Wan Azizah Macam tidak berfungsi ada dan tiada sama sahaja Terima Kasih PAS K...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia