Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu Sila Teliti Perkara Ini Segera Jumpa Pakar Kanak Kanak


Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan. Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula.

Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan  mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER).
Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut. Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.

Sekiranya bayi mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal. Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya. Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa. Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Ini menandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah. Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”. Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
Susukan bayi dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik. Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic) Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat. The post Jika Bayi Muntah Selepas Menyusu, Sila Teliti Perkara Ini! Segera Jumpa Pakar Kanak-Kanak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jika-bayi-muntah-selepas-menyusu-sila-teliti-perkara-ini-segera-jumpa-pakar-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Jenis Makanan Tak Elok Diambil Ibu Menyusu Ada Kesan Pada Bayi

6 Jenis Makanan Tak Elok Diambil Ibu Menyusu Ada Kesan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 457 hits
Fakta kata bayi yang minum susu ibu eksklusif kuat sistem ketahanan badannya dan jarang sakit tapi kenapa bayi aku asyik tak sihat je tanya Ayu kepada rakannya Jangan terperanjat ya ibu ibu kalau bayi yang anda susukan dengan susu ibu kerap...
Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 596 hits
MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pihak penerbitan filem kontroversi Polis Evo 2 hanya menemuinya selepas penggambaran selesai Mohd Asri berkata Penerbit Eksekutif Polis Evo 2 Datuk Khairul Anwar Salleh menemuinya dua h...
Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut Selepas Kerap Makan Mi Segera Setiap Malam

Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut Selepas Kerap Makan Mi Segera Setiap Malam

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 851 hits
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari Taiwan meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser perut selepas menjadikan mi segera sebagai makanan hariannya Menurut laporan remaja berkenaan mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak s...
Si Kecil Kerap Tersedu Adakah Memudaratkan Cuba Lima Perkara Ini Untuk Elak Bayi Tesedu

Si Kecil Kerap Tersedu Adakah Memudaratkan Cuba Lima Perkara Ini Untuk Elak Bayi Tesedu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 435 hits
Bayi kecil memang kerap tersedu Boleh dikatakan dalam sehari mesti ada waktu bayi akan tersedu Adakah ia memudaratkan Bagaimana caranya nak elakkan bayi daripada tersedu Mungkin ada ibu bapa tertanya tanya sekiranya sedu ini boleh menyebabk...
Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 552 hits
Pernah tak ada hari anak anda susah sangat nak tidur Kadang kadang sampai 3 4 pagi dan menggangu waktu tidur anda Sebagai ibu bapa kita harus periksa rutin harian anak anak supaya tidak menggangu waktu tidurnya Ada beberapa perkara yang mun...
4 Perkara Pelik Yang Berlaku Selepas Kematian Selebriti

4 Perkara Pelik Yang Berlaku Selepas Kematian Selebriti

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 648 hits
Apabila orang yang terkenal dan kaya raya seperti selebriti dan ikon yang disayangi mati mereka mengharapkan supaya harta mereka diagihkan kepada waris yang ditinggalkan Walau bagaimanapun ini bukanlah kes bagi semua selebriti Sekiranya mer...
Cara Saya Susukan Bayi Selepas Bersalin Pembedahan

Cara Saya Susukan Bayi Selepas Bersalin Pembedahan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 384 hits
Sakit bersalin pembedahan selalunya akan mula terasa lepas habis ubat bius Masa tu baru terasa betapa peritnya dibahagian luka tu Saya sendiri berpeluang merasai pengalaman bersalin pembedahan masa anak sulung Punya la sakit sampai saya asy...
Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor

Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 307 hits
SUMBER UTUSAN ONLINESHAH ALAM 13 Nov Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam keistimewaan orang Melayu dan bumiputera bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja raja Melayu yang telah termaktub dal...
Sakit Belakang Selepas Caesar Adakah Disebabkan Oleh Bius Kenalpasti Sakit Anda Segera Dapatkan Rawatan

Sakit Belakang Selepas Caesar Adakah Disebabkan Oleh Bius Kenalpasti Sakit Anda Segera Dapatkan Rawatan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 565 hits
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya tanya a...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef