6 Jenis Makanan Tak Elok Diambil Ibu Menyusu Ada Kesan Pada Bayi


Fakta kata bayi yang minum susu ibu eksklusif kuat sistem ketahanan badannya dan jarang sakit tapi kenapa bayi aku asyik  tak sihat je,” tanya Ayu kepada rakannya.
Jangan terperanjat ya ibu-ibu kalau bayi yang anda susukan dengan susu ibu kerap tidak sihat. Ia sebenarnya bukan salah susu ibu tetapi silap makanan yang dimakan oleh para ibu.
Si kecil bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh enam bulan pertama kehidupannya (sebelum makan makanan pejal). Oleh itu apa sahaja yang ibu makan dan minum, akan terus diperolehi oleh bayi ketika dia menyusu dan sudah tentu memberi kesan pada kesihatannya.
Oleh sebab itu ada kebenarannya mengapa orang tua-tua sangat kuat berpesan supaya ibu yang menyusukan anak menjaga pemakanan mereka. Ibu mestilah mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Bukan bermakna ibu tak boleh makan makanan kegemaran mereka tetapi ada sesetengah makanan boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi jika ibu terus memakannya semasa menyusukan bayi.
Mungkin ibu sendiri boleh buat senarai apa makanan yang tidak sesuai diambil sepanjang menyusukan bayi. Hanya mereka yang tahu apa tindak balas makanan itu kepada bayi yang disusukan.
Berikut antara makanan yang mesti dielakkan sepanjang ibu menyusukan bayi.
1. Makan terlalu banyak buah-buahan sitrus
Lemon,limau, oren dan limau gedang antara buah-buahan sitrus yang terkenal. Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah sitrus dalam susu ibu mungkin mudah mengalami ruam lampin. Sebaiknya ibu makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti mangga, jambu batu atau epal.
2. Makanan laut dengan kandungan tinggi merkuri
Tahap merkuri yang tinggi dalam makanan laut seperti ikan yu, todak dan tenggiri akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi. Pilih makanan laut yang rendah kandungan merkuri seperti udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.

3. Memakan makanan yang diketahui menyebabkan alahan
Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jadi, awasi apa makanan yang menyebabkan anda alahan.
4. Minum alkohol
Ia bukan sahaja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan dalam susu ibu dan memberi kesan buruk kepada bayi.
5. Mengambil minuman berkafein
Minuman berkafein seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman bercoklat sangat tinggi kandungan kafeinnya. Ia boleh dirembeskan ke dalam susu ibu dan menyebabkan gangguan tidur kepada bayi.
6. Mengambil suplemen diet
Ini bukan masa yang sesuai lagi untuk ibu mengambil sebarang suplemen diet. Apabila ibu mengambil suplemen diet seprti menjadikan minuman berfiber bagi menggantikan sarapan pagi maka secara langsung anda telah mengurangkan zat semula jadi dalam badan.
Walaupun suplemen itu memberi jaminan ia selamat untuk ibu menyusu tapi jangan lupa yang susu ibu sangat berkhasiat dengan nutrisi melalui pengambilan makanan ibu sendiri. Jadi, apabila makanan tersebut digantikan dengan suplemen semata-mata maka khasiat sebenar susu ibu akan berkurangan dan dibimbangi memberi kesan kepada penghasilan susu ibu di masa akan datang.
Maka, ibu-ibu menyusu kena banyak bersabar dan berkorban ‘melupakan’ seketika makanan kegemaran mereka sekiranya makanan tersebut memberi kesan tak baik kepada bayi yang disusukan.
Sumber: drzubaidi.com
The post 6 Jenis Makanan Tak Elok Diambil Ibu Menyusu. Ada Kesan Pada Bayi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/6-jenis-makanan-tak-elok-diambil-ibu-menyusu-ada-kesan-pada-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 966 hits
Aiskrim yogurt buah buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah buahan dan yogurt sebagai bahan tiada gula garam digunakan jadi ia mesra bayi Tidak salah jika an...
Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat

Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 560 hits
Flashcard atau kad imbasan memaparkan gambar objek huruf atau nombor selalu digunakan kepada bayi Ia sangat bermanfaat kerana boleh memperkayakan tatabahasa si manja Tapi adakah memperkenalkan flashcard seawal usia masih bayi itu tepat seda...
Makanan Untuk Bayi 6 Bulan

Makanan Untuk Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 496 hits
Anak kak Nur yang baby tu da masuk 6 bulan Tapi kali ni kak Nur macam lambat sikit perkenalkan makanan untuk dia Rasa macam Khadijah baby lagi dan belum bersedia Tapi tu pun kak Nur perhatikan berdasarkan beberapa characteristic baby tu sen...
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 646 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Ibu Menyusu Jangan Hanya Obses Mengepam Fahami Kenapa Perlu Ada Stok Susu Ibu Keperluannya

Ibu Menyusu Jangan Hanya Obses Mengepam Fahami Kenapa Perlu Ada Stok Susu Ibu Keperluannya

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 461 hits
Ibu yang menyusukan bayi tentu mahu memberikan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan dengan makanan pelengkap sehingga dua tahun Justeru ramai yang teruja untuk mengepam susu memerah untuk menyediakan stok susu bag...
Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 386 hits
Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah Baru baru ini seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema Bayi bar...
Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 592 hits
Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan ketiga ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang ...
Tip Pilih Pam Menyusu Untuk Bakal Ibu

Tip Pilih Pam Menyusu Untuk Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum wbt Kelahiran bayi dalam kehidupan rumahtangga adalah perkara yang paling manis buat semua pasangan suami isteri Justeru dengan itu persiapan rapi perlu dibuat daripada awal kehamilan lagi Salah satunya adalah dengan pemilih...
Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 396 hits
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir Kira kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis dok...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Levels Of Investments

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

Dahi Murid Tahun Dua Berlubang Dilanggar Pemandu Cabut Lari