Jika Anwar Mahathir Sepakat 140 Mp Bentuk Kerajaan Baru



Dr Maszlee Malik
Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah ditanya,
“Tok Guru, apa perlunya kita kena berpakat dan bekerjasama dengan orang lain seperti Semangat 46, Keadilan dan DAP? Padahal kita dah kuat, penyokong kita ramai, kita boleh menang sendiri di Kelantan.”
Jawab Tok Guru, “Beginilah. Umpama kita nak kait rambutan. Pokok rambutan tinggi. Galah kita tak sampai. Kalau kita cari sejengkal lagi galah, sambung dengan galah kita, In Shaa Allah, satu pokok rambutan kita boleh kait. Galah sejengkal inilah yang membantu kita dapat banyak lagi hasil.”
Tulisan saya yang lepas telah jelas saya nyatakan bahawa kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112.
Telah terbukti di beberapa PRU sebelum ini bahawa kekuatan maksimum Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 78-80 ahli Parlimen di Semenanjung. Ditambah dengan Alahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.
Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Tun Dr Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa. Tapi jika mahu kembali sebagai Kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU-14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir berperanan.
Analoginya mudah. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya mampu mencapai 92 atau lebih sedikit tetapi tidak mampu melepasi 112, sebaliknya sekiranya disambung dengan galah sejengkal Tun Dr Mahathir, maka angka 112 boleh dilepas. Bahkan 130 atau lebih sedikit pun boleh dijangkau.
Tun Dr Mahathir boleh ‘ramp-it’ sehingga 148 jika betul rundingan dan percaturannya. Dengan menambah galah sejengkal Tun Dr Mahathir dengan galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka buah-buah yang banyak di bahagian atas pokok boleh dikait dengan mudah.
Rundingan untuk ambil semula Kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor. Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula ierajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.
Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah 91.
Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak.
Walau pun kedua-dua tokoh iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor 2 dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini;
Siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan 5 lagi kerusi yang berbaki?
‘The New Political Norm’ atau Kebiasaan Baharu Politik di Malaysia adalah permainan nombor dan angka bilangan ahli Parlimen. Walau pun telah berlaku sebelum ini di peringkat negeri-negeri, namun Langkah Sheraton telah mendefinisikan kebiasaan baru politik Malaysia apabila tumbangnya kerajaan PH hanya melalui perpindahan ahli-ahli Parlimen dari pihak ierajaan kepada pihak pembangkang.
Sebab itulah untuk melepasi angka 112 ini, saya khuatir kekuatan satu pihak sahaja tidak mencukupi.
Dengan sambungan ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir bersama 5 ahli Parlimen dan Warisan, angka 112 ini boleh dicapai. Ditambah pula dengan beberapa ahli Parlimen BERSATU feksyen Tan Sri Muhyiddin yang sedang dilema mempersoalkan kedudukan mereka, selain daripada beberapa orang ahli Parlimen UMNO yang sudah muak dengan budaya rasuah dan kleptokrasi parti mereka.
Apabila angka 112 ini telah dicapai, galah sejengkal ini akan digunakan lagi untuk membawa angka ini kepada 130. Analoginya mudah, galah 112 ini akan berupaya menggoncangkan pohon-pohon ‘buah 18’ yang lain walau pun tinggi.
Dan apabila angka telah mencapai 130, pohon-pohon berbuah 17 (asalnya 21) pun akan turut rapuh untuk dipetik oleh galah sejengkal. Ianya bagus jika mahukan sebuah kerajaan yang stabil dengan bilangan ahli Parlimen mencapai 148 sekurang-kurangnya.
Hanya melalui PH+ mengambil semula kerajaan sahajalah negara boleh diselamatkan dan koruptor-koruptor jerung yang bakal terlepas satu demi satu tidak akan dibiarkan.
Galah sejengkal ini tidak akan berhenti di sini. Jika kita memahami keajaiban dan menghormati galah sejengkal Tun Dr Mahathir ini, bukan sahaja kerajaan boleh diambil semula, PRU-15 pun bolehlah distrategikan untuk menyempurnakan ‘Heineken Effect’ (to reach where others can’t) dan seterusnya menang dengan bergaya, In Shaa Allah.
________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28225

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rancang Ambil Alih Kerajaan Mahathir Dan Anwar Bertemu Petang Ini

Rancang Ambil Alih Kerajaan Mahathir Dan Anwar Bertemu Petang Ini

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 291 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan secara tertutup petang ini Dua pemimpin ini difahamkan akan memuktamadkan usaha Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan ya...
Rundingan Ph Jadi Kerajaan Semula Tak Harus Pm 9 Jadi Hak Mutlak Anwar

Rundingan Ph Jadi Kerajaan Semula Tak Harus Pm 9 Jadi Hak Mutlak Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 418 hits
RUNDINGAN untuk ambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional dan memilih Perdana Menteri ke 9 tidak harus dengan keyakinan bahawa PM ke 9 adalah hak mutlak Dato Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Masz...
Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 281 hits
Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR te...
Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 326 hits
Langkah Dorsett bawa PH Plus ke Putrajaya Oleh June 14 2020Mungkinkah Langkah Dorsett gantikan Langkah Sheraton membawa Pakatan Harapan Plus ke Putrajaya Portal MalaysiaGazette melaporkan satu pertemuan pemimpin PH Plus dilakukan di Hotel G...
Temu Bual Eksklusif Mkini Semalam Ph Plus Sepakat Anwar Pm Mukhriz Tpm

Temu Bual Eksklusif Mkini Semalam Ph Plus Sepakat Anwar Pm Mukhriz Tpm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 408 hits
Kemaskini SEPAKAT Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri Timbalan Serah Pada MukhrizSEJAK dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993 Anwar Ibrahim disebut sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara Apabila Pakatan Harapan menang dala...
Anwar Mahathir Both To Blame For Harapan Collapse

Anwar Mahathir Both To Blame For Harapan Collapse

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 318 hits
I read from Malaysiakini that the restoration of the duly elected Pakatan Harapan government is presently stymied by the ever oscillating of who should be the prime minister candidate This episode is yet a replay of the impasse as to who sh...
Sepakat Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri Timbalan Serah Pada Mukhriz

Sepakat Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri Timbalan Serah Pada Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 939 hits
Sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993 Anwar Ibrahim disebut sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara Apabila Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum lalu Anwar dinamakan sebagai bakal perdana menteri sebaik ...
Mahathir Anwar On Red Alert As Muhyiddin Spends Over An Hour In Face To Face Meeting With Agong

Mahathir Anwar On Red Alert As Muhyiddin Spends Over An Hour In Face To Face Meeting With Agong

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 387 hits
YANG di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah today granted an audience to Prime Minister Muhyiddin Yassin for a pre cabinet meeting in Istana Negara Comptroller of the Royal Household of Istana Negara Ahmad F...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba