Temu Bual Eksklusif Mkini Semalam Ph Plus Sepakat Anwar Pm Mukhriz Tpm



Kemaskini:SEPAKAT! Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri, Timbalan? Serah Pada Mukhriz
SEJAK dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993, Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara.Apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Anwar dinamakan sebagai bakal perdana menteri, sebaik Dr Mahathir Mohamad – yang pernah memecat Anwar pada 1998 – melepaskan jawatan perdana menteri buat kali kedua.Bagaimanapun, 22 bulan pentadbiran PH dibayangi keraguan peralihan kuasa itu benar-benar akan berlaku, dan rampasan kuasa politik pada Februari lalu meranapkan rancangan peralihan kuasa tersebut.Malah kini, ketika ‘PH Plus’ – yang turut melibatkan wakil rakyat Bersatu yang menyokong Mahathir dan Warisan – disebut-sebut bakal merampas semula kuasa, persoalan yang terus dibicarakan adalah apakah Mahathir atau Anwar yang akan dinamakan sebagai calon perdana menteri.Dalam temu bual eksklusif Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya semalam, Anwar berkata perbincangan berhubung perkara itu masih berlaku.Dia mengaku terdapat wakil rakyat PH yang mempunyai pandangan pragmatik dan mahu Mahathir menjadi calon perdana menteri bagi memastikan mereka mendapat bilangan sokongan yang diperlukan bagi mencapai majoriti di parlimen.“Hujah mereka agak berasas.“Beberapa hari lepas ini, saya ada berjumpa dengan wakil-wakil rakyat dari DAP, Amanah, PKR yang berkata, ‘Kami setuju dengan kamu, polisi dan prinsip adalah perkara paling penting. Tapi tolonglah jadi realistik, ini ialah realpolitik (politik praktikal).“Maka kami tak boleh abaikan perkara ini,” katanya.Mahathir kini mempunyai empat ahli parlimen Bersatu yang menyokongnya dan Warisan juga nampaknya lebih menyebelahi bekas perdana menteri itu berbanding PH sendiri.Memberi ruang buat Mahathir kembali berkuasa buat kali ketiga, boleh menjadi langkah penting dalam mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari Bersatu yang lain, malah juga dari GPS sekiranya PH Plus mahu membentuk kerajaan yang stabil.Meskipun dengan semua pertimbangan itu, kata Anwar, parti-parti dalam PH Plus memberikan sokongan penuh kepadanya sebagai ketua pembangkang.‘Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir’Disoal apakah dia yakin akan dinamakan sebagai calon perdana menteri, setelah diam buat seketika, presiden PKR itu menjawab ringkas, “cautiously so (ya, tapi dengan berhati-hati)”.Bagaimanapun, Anwar percaya, mendapatkan sokongan tidak harus sampai mengorbankan cita-cita.“Apabila kamu bercakap tentang jumlah sokongan, kamu mengetepikan soal agenda. Dan kamu perlu menangani soal kekuatan dan kekurangan silam dalam pentadbiran PH, dan saya tak rasa kami akan mampu (mengabaikan) perkara itu.“Jadi bagi saya ia amat penting. Jika saya akan dilibatkan dengan perubahan semacam ini, saya tak akan berkompromi,” tegasnya.Anwar menambah bahawa sekiranya PH berjaya menawan semula Putrajaya, dia tahu dia mempunyai tanggungjawab melaksanakan urus tadbir yang baik dan membersihkan negara daripada rasuah dan perbelanjaan yang melampau.Pendirian soal pinsip ini nampaknya menjadi garis pemisah antara Anwar dan Mahathir.“Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir, isunya sentiasa soal polisi. Kami sangat mesra (semasa perjumpaan PH plus Selasa lalu),” katanya ketika menjawab soalan tentang perhubungan mereka.Mahathir juga berkata dia tidak mempunyai isu dengan Anwar dalam satu sidang media minggu lalu. Tetapi, pada Mac, beliau ada membuat kenyataan bahawa orang Melayu tak menerima kepemimpinan Anwar kerana ideologi politik liberalnya.Hubungan antara Mahathir dan Anwar sentiasa menjadi aspek penentu dalam politik Malaysia sejak dua dekad lalu.Meskipun berganding bahu ketika berdepan PRU pada 2018, masih ada kejanggalan yang dilihat berlegar di antara mereka berhubung isu peralihan kuasa.Kata Anwar, sehabis boleh, dia sudah cuba membendung penyokong-penyokongnya yang mendesak peletakan jawatan Mahathir tetapi turut menyatakan mereka mempunyai hak untuk mempersoalkan Mahathir memandangkan ketidakjelasan berhubung peralihan berkenaan.Bagaimanapun, presiden PKR itu menafikan dakwaan yang dia obses untuk menjadi perdana menteri.Dia memetik rakaman audio mesyuarat PH pada 21 Februari yang bocor, apabila dia akur untuk memberi ruang agar Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri dan hanya menyerahkan jawatan itu apabila Mahathir bersedia.“Adakah itu gambaran seseorang yang gopoh dan tak sabar? Tidak.“Saya sangat gembira dengan rakaman audio itu kerana ia membidas segala propaganda (yang dimainkan) oleh sebahagian orang kami dan juga musuh politik kami, kononnya (saya tak sabar nak jadi PM),” tambahnya.Kini, terdapat spekulasi bahawa Anwar akan berkompromi terhadap Mahathir dengan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada anak Mahathir, Mukhriz.Disoal mengenai hal ini, Anwar membalas: “Orang bagi macam-macam cadangan dan kami mesti berikan pertimbangan sewajarnya.“Tapi akhirnya, ia merupakan isu tahap sokongan yang dimiliki seseorang dan daya saing,” katanya.Mkini(Visited 1,304 times, 1,316 visits today)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/temu-bual-eksklusif-malaysiakini-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 326 hits
Langkah Dorsett bawa PH Plus ke Putrajaya Oleh June 14 2020Mungkinkah Langkah Dorsett gantikan Langkah Sheraton membawa Pakatan Harapan Plus ke Putrajaya Portal MalaysiaGazette melaporkan satu pertemuan pemimpin PH Plus dilakukan di Hotel G...
Sepakat Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri Timbalan Serah Pada Mukhriz

Sepakat Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri Timbalan Serah Pada Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 939 hits
Sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993 Anwar Ibrahim disebut sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara Apabila Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum lalu Anwar dinamakan sebagai bakal perdana menteri sebaik ...
Lebih Penting Muktamadkan Siapa Tpm Menteri Pengganti Dasar Ph Plus

Lebih Penting Muktamadkan Siapa Tpm Menteri Pengganti Dasar Ph Plus

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 345 hits
ARIF ATAN Bukan jawatan Perdana Menteri yang perlu dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan Plus kerana hal itu sepatutnya sudah muktamad sebelum perbincangan bermula kata aktivis blogger Edy Noor Reduan Sebaliknya beliau berpendapat hal b...
Anwar S Aide Denies Mahathir Is Harapan Plus Pm Candidate

Anwar S Aide Denies Mahathir Is Harapan Plus Pm Candidate

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 302 hits
Claims that Pakatan Harapan has decided on Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim as its prime minister and deputy prime minister candidates are untrue says an aide to the latter Contacted today Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak denied a F...
Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 390 hits
Shahbudin Husin Apa yang semua orang fahami sekarang ini ada dua gandingan calon PM dan TPM untuk ditonjolkan dalam usaha menjadikan PH sebagai kerajaan semula Pertama calon PM ialah Tun Mahathir Mohamad dan TPM adalah Anwar Ibrahim Kedua c...
Dap Brokering Peace Treaty Between Mahathir And Anwar With Mukhriz As The Offering

Dap Brokering Peace Treaty Between Mahathir And Anwar With Mukhriz As The Offering

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 344 hits
DAP feels Mahathir does not really want to come back as Prime Minister for the third time What he really wants is to perpetuate his dynasty and protect his family by ensuring that Mukhriz will become PM9 or PM10 If not Mahathir s family may...
Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 348 hits
Rina Ariana Sumber Sin Chew Daily Tarikh 11 6 2020Diterjemahkan oleh Megat Hisemudin Megat Kasim Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily PH Plus dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan...
Jika Anwar Mahathir Sepakat 140 Mp Bentuk Kerajaan Baru

Jika Anwar Mahathir Sepakat 140 Mp Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 315 hits
Dr Maszlee Malik Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah ditanya Tok Guru apa perlunya kita kena berpakat dan bekerjasama dengan orang lain seperti Semangat 46 Keadilan dan DAP Padahal kita dah kuat penyokong kita ramai kita boleh menang send...
After Pakatan Plus List Of 107 Mps Disputed Anwar S Office Explains How Figure Was Derived

After Pakatan Plus List Of 107 Mps Disputed Anwar S Office Explains How Figure Was Derived

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 399 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim s office clarified today the purported level of support among federal lawmakers for the loose grouping including Pakatan Harapan parties and others dubbed Pakatan Plus This was after Anwar asserted in a video broadc...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching