Rundingan Ph Jadi Kerajaan Semula Tak Harus Pm 9 Jadi Hak Mutlak Anwar
 KHAIRULANUAR YAHAYA

 	 RUNDINGAN untuk ambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional dan  memilih Perdana Menteri ke-9 tidak harus dengan keyakinan bahawa PM  ke-9 adalah hak mutlak Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor.
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik berkata, hakikat yang  jelas, tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad peluang untuk mengambil semula  kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.
Maszlee berkata, PH tidak boleh berharap kepada kemapuan Presiden PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja untuk kembali menjadi kerajaan.
 Bekas Menteri Pendidikan itu menegaskan, pengaruh Anwar hanya mampu membawa sokongan 78 hingga 80 Ahli Parlimen Semenanjung.
Dengan sekongan Ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak angka  tersebut hanya boleh mencapai 92 sokongan sahaja. Sokongan itu hanya  boleh menjadikan PH satu blok pembangkang yang cukup kuat.
“Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Tun Dr Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa.
 “Tapi jika mahu kembali sebagai Kerajaan seperti yang telah diberikan  mandat pada PRU14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Tun Dr  Mahathir berperanan,” kata Maszlee.
Maszlee berkata, kedudukan terkini iaitu 107 sokongan bagi pihak PH  Plus seperti yang telah diuar-uarkan oleh Anwar boleh dianggap sebagai  ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal.
Menurutnya, Dr. Mahathir mampu untuk memperoleh sehingga 148 sokongan  Ahli Parlimen jika rundingan dan percaturan dibuat dengan betul.
“Galah Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah 91. Tetapi faktor galah  sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat  masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak.
“Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Anwar dan Dr Mahathir telah  kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang  nombor dua dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya  soalan yang realistik ini,” kata Maszlee.-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/rundingan-ph-jadi-kerajaan-semula-tak.html