Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm




Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat.Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR, tetapi kemenangan itu kemudian dirampas melalui pengkhianatan dan tebuk atap, maka PH ada tangungjawab moral untuk merampasnya semula.Tidak kira sama ada rampasan kuasa semula itu melalui tebuk atap atau ada Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong PN namun sedia mengkhianati gabungan itu, realitinya itulah balasan yang sepatutnya kepada orang yang lebih dulu melakukan pengkhianatan.Tebuk atap akan dibalas dengan tebuk atap dan pengkhianatan akan dibalas dengan pengkhianatan juga.Jika PH tidak dikhianati dan kerajaan sahnya tidak ditumbangkan melalui pengkhianatan, PH tentu sama sekali pernah terfikir untuk berbuat perkara yang sama.Tetapi oleh kerana mereka yang menggelarkan diri sebagai PN ini yang memulakan pengkhianatan dan kemudian berbangga pula berjaya merampas kerajaan melalui tebuk atap, mereka wajar diajar agar menerima balasan betapa pedihnya bila dikhianati dan apabila atap kerajaan ditebuk untuk dicerobohi.Apa yang sedang diusahakan oleh PH untuk merampas kembali kerajaan ini sama sekali tidak merupakan sesuatu yang salah.Ia hanya untuk menuntut semula dan mengembalikan haknya yang diperolehi secara sah melalui mandat rakyat pada PRU14 lalu.Ibarat seseorang yang ada kebun durian, tetapi suka menceroboh dan mencuri buah durian orang lain kerana ketamakannya, bukan saja buah durian di kebunnya akan berisiko dicuri di lain masa, bahkan tidak mustahil pokok duriannya pun akan kena tebang oleh mereka yang tahu kerja-kerja mencuri yang dilakukannya.Prinsipnya, orang yang buat khianat, dia juga akan menerima balasan apabila tiba masanya dirinya pula akan dikhianati.Dalam hal ini, bukan saja apa yang diusahakan PH ini harus disokong, terutama oleh majoriti rakyat yang mengundi PH pada PRU14 lalu, tetapi juga bagi mereka yang cintakan keamanan dan kestabilan.Kestabilan dan keamanan dalam negara hanya akan tercapai apabila mereka yang menang pilihanraya diiberikan hak sebagai kerajaan sehingga akhir tempohnya, manakala yang kalah harus duduk di tepi dahulu sebagai pembangkang.Seorang wanita yang sudah bersuami tidak boleh dirampas atau dibawa lari untuk dijadikan isteri oleh lelaki lain, sebaliknya perlu menunggu dia diceraikan dan tamat tempoh edahnya terlebih dahulu, barulah boleh untuk dijadikan suri hati dalam rumahtangga.Makna kata, jika pembangkang mahu jadi kerajaan, tunggulah pilihanraya seterusnya untuk mencapai impian tersebut dan bukan merampas hak orang lain di tengah-tengah jalan.Apabila berlaku rampasan hak orang lain, maka akan berlakulah huru-hara, perbalahan, ketidaktenteraman dan macam-macam lagi.Dalam konteks ini, yang menang PRU14 lalu adalah PH dan kuasa harus dikembalikan semula kepada PH tanpa sebarang pertikaian sama sekali.Oleh kerana dalam PH sekarang hanya ada tiga parti iaitu PKR, DAP dan Amanah, sementara Bersatu masih berada di luar gabungan kerana berlaku perpecahan dalam parti itu antara Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin sehingga parti tersebut terpecah dua, sebagai menghormati mandat rakyat sedia ada, maka pimpinan PH sedia ada inilah yang harus diberi hak memegang kuasa jika berlaku peralihan kerajaan dalam waktu terdekat ini.Meskipun ada lima Ahli Parlimen Bersatu sedia bersama PH, termasuk Tun Mahathir sendiri, manakala Warisan pula hanya merupakan ahli gabungan yang bersama dengan PH tetapi bukan ahli PH, kepimpinan PH sedia ada iaitu Anwar Ibrahim seharusnya dipersetujui menjadi satu-satunya calon Perdana Menteri.Ibaratkan saja PH sebuah pasukan bolasepak dan Tun Mahathir merupakan ketua pasukan sebelum ini, tetapi oleh kerana beliau mengalami kecederaan dan kedudukannya telah diganti oleh Anwar, apabila pasukan itu memenangi pertandingan, orang yang paling diraikan dan lebih layak menerima trofi kemenangan adalah ketua pasukan yang bermain dalam perlawanan, bukan ketua pasukan lama yang berada di tepi padang.Apa lagi jika ketua pasukan lama itu sudah begitu lama jadi ketua, usianya pun sudah terlalu tua, potensi ketua pasukan baru yang lebih muda, bertenaga dan berwibawa, tentu saja menjadi dambaan semua.Dengan yang demikian, hujah-hujah bahawa jika PH dikembalikan sebagai kerajaan, maka Tun Mahathir wajib dimutlakkan semula sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga, sepatutnya tidak berbangkit lagi.Terimalah realiti bahawa proses penggantian kepimpinan PH telah pun berlaku dan gabungan itu kini diketuai oleh Anwar.Tun Mahathir sendiri seharusnya berjiwa besar dalam hal ini, sedia dan terbuka menyokong Anwar sebagaimana Presiden PKR itu serta seluruh keluarga dan penyokongnya sebelum ini, tanpa keraguan dan sebulat hati memberi sokongan kepadanya. 
(Shahbudindotcom 13/06/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/jika-ph-kembali-berkuasa-anwar-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

Langkah Dorsett Bawa Ph Plus Ke Putrajaya Siapa Tpm Jika Mahathir Menjadi Pm Dan Jika Anwar Pula Menjadi Pm Siapa Tpm

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 325 hits
Langkah Dorsett bawa PH Plus ke Putrajaya Oleh June 14 2020Mungkinkah Langkah Dorsett gantikan Langkah Sheraton membawa Pakatan Harapan Plus ke Putrajaya Portal MalaysiaGazette melaporkan satu pertemuan pemimpin PH Plus dilakukan di Hotel G...
Dr Mahathir Lupakan Saja Hasrat Kembali Menjadi Perdana Menteri

Dr Mahathir Lupakan Saja Hasrat Kembali Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 365 hits
June 19 2020KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamed wajar melupakan hasrat untuk kembali bergelar perdana menteri biarpun mendapat sokongan Pakatan Harapan terutamanya DAP Bekas perdana menteri dua kali itu sewajarnya memberi laluan kepada ora...
Menjatuhkan Muhyiddin Mahathir Terdesak Atau Anwar Mendesak

Menjatuhkan Muhyiddin Mahathir Terdesak Atau Anwar Mendesak

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 397 hits
Siapakah di antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad yang paling terdesak untuk kembali berkuasa dan ingin sekali menjatuhkan Muhyiddin Yassin Mari kita memahaminya dalam bahasa dan erti kata yang paling mudah sekali Bagi Anwar keingin...
Mahathir Anwar Sila Kembali Berunding

Mahathir Anwar Sila Kembali Berunding

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 359 hits
Via WhatsApp Lewat sikit untuk menulis maklumat dari lapangan tidak sempurna Sebagaimana kalian maklum hanya arahan ja di keluarkan untuk rakan2 menguruskan sesuatu di lapangan tanpa kehadiran diri ini Dari beberapa lapuran yg di terima sem...
Anwar Atau Mahathir Bohong Krisis Kewangan Melayu Malas

Anwar Atau Mahathir Bohong Krisis Kewangan Melayu Malas

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 686 hits
Anwar Ibrahim berkonfrontasi dengan Mahathir Pada 12 Jun 2020 Anwar Ibrahim berkata labelkan Melayu malas adalah antara kesilapan taktikal yang berlaku ketika PH jadi kerajaan Walau pun tidak dinyatakan kita tahu Dr Mahathir menggunakan lab...
Memang Mahathir Letak Jawatan Kerana Tidak Mahu Beri Jawatan Pm Kepada Anwar

Memang Mahathir Letak Jawatan Kerana Tidak Mahu Beri Jawatan Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 370 hits
Tun Mahathir letak jawatan kerana tidak mahu beri jawatan PM kepada Anwar Syed Ali Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana niatnya yang tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengeru...
Mahathir Anwar Combo The Last Chance To Send Crooks To Jail Make Full Use Of The Remaining 2 Years

Mahathir Anwar Combo The Last Chance To Send Crooks To Jail Make Full Use Of The Remaining 2 Years

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 363 hits
Mahathir and Anwar reportedly have agreed to a tag team combo that will see the former returns as the prime minister for the third time while Anwar is to become his deputy Like it or not one of them has to make way or see Muhyiddin Azmin Na...
Mahathir Begitu Licik Perdaya Anwar

Mahathir Begitu Licik Perdaya Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 921 hits
June 17 2020KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana tidak mahu melepaskan jawatan tersebut kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Seri Syed Ali Al ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids