Jenis Jenis Scam Yang Terdapat Di Pasaran Pada Ketika Ini
Salam
Scam merupakan satu jalan yang paling mudah untuk mendapatkan duit dan ia juga merupakan jalan yang paling HARAM JADAH, kerana suka2 hati atuk nenek kau nak scam duit orang lain yang bersusah payah siang dan malam untuk mendapatkan duit demi kelangsungan hidup yang amat mencabar ini.
Jadi, ini merupakan jenis2 scam yang terdapat di pasaran pada ketika ini yang korunk perlu tahu dan WAJIB tahu supaya tidak mudah di kencing pada masa akan datang.
1. Ayah long ceti haram
Ini merupakan salah satu scam yang sangat2 bahaya, tahu korunk terdesak nak pakai duit tapi ingatlah orang yang tersayang dekat rumah tu, masih ada jalan lain untuk dapatkan duit tanpa perlu jumpa ayah long ceti haram, fikir2lah dulu sebelum berjumpa dengan ayah long ceti haram.
2. Dah bank in lepas tu block
Ini pun boleh tahan BANGSAT gak, mana taknya sebelum nak beli bukan main lagi ayat2 manis, tunjuk gambar itu ini, share info, konon nak jual sebab nak pakai duit la itu la, kita pun terdaya nak beli, gi la bank in, lepas bank in send resit, hati pun mula tak sedap, hantar2 wasap tak reply, sebelum nak bank in bukan main laju je reply, bukan main baik, lepas send resit, ehhh awat lama bebenor nak replynya, hantar wasap sekali lagi, tup tup kena block dan duit punya melayang.
3. Love scam
Love scam paling tak faham sekali, tahulah belum kahwin atau janda/duda, tapi janganlah bodoh sangat, cek lah dulu latar belakang orang tu, senang sangatlah kena tipu kau ni, bukan setakat kena tipu, duit pun melayang sama.
4. Macau scam
Yang ini antara paling hangat pada tahun 2020 yang lepas, banyak dah yang kena, nak tahu lebih details leh Google jer untuk tahu mondus operandi depa2 ni. Salah satu paling hangat tahun lepas yang owner @ JV dengan Bubblebee tu, nak cuci duit punya pasal, buka bebanyak cawangan Bubblebee dan tak pasal2 Bubblebee jadi mangsa. Semoga di permudahkan segala urusan Bubblebee.
5. Investment scam
Scam pelaburan seperti forex, bitcoin dan lain2 pun korunk kena hati2, tak ada jalan pintas untuk senang dalam dunia ni, semua perlukan usaha dan bermula dari bawah, kalau ada orang offer itu ini dalam dunia pelaburan, keuntungan tinggi, depa cakap pelaburan ni tak ada rugi, haaa itu korunk dah start kena alert dan mintak jauh, mana ada pelaburan tak ada risiko kerugian, setiap dalam pelaburan ada risikonya, kalau yang menjadikan bulan dan bintang tu, scam lah tu. Tapi, tak semua pelaburan scam ya, korunk kena bijak lah, bitcoin ada je yang bagus di Malaysia ni, salah satunya ialah Luno.
6. Duit KWSP kau
Tak berapa pandai nak explain, search Google lah ya.
7. Gosok kuat2 dan menang
Kalau pernah ada orang datang ke rumah ketuk pintu lepas tu bagi kad untuk gores, lepas korunk gores, terkejut beruk tengok menang RM100k cash, lepas tu orang tu mintak hang bayar dulu yuran sebanyak RM10k untuk proses, bila jadi macam tu, hang boleh halau dia keluar dan tutup pintu kuat2 ok, itu semua kerja gila.
Dan banyak lagi sebenarnya, ini antara yang ada di pasaran, apa2 pun berhati lah ya, bagi yang baru dapat wat keluar duit KWSP i-Sinar, jadi lah bijak dan jangan jadi sebaliknya, apa2 pun siasat dulu ok.
Admin Scam List Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://scamlizt.blogspot.com/2021/01/jenis-jenis-scam-yang-terdapat-di-pasaran-pada-ketika-ini.html