Jangan Risikokan Nyawa Anak Orang Doktor Kongsi 6 Perkara Ketika Ziarah Bayi Baru Lahir


FMT Reporters Sistem imun bayi yang baru dilahirkan masih belum matang dan ini memudahkan mereka mendapat jangkitan. (Gambar Rawpixel)Menjadi lumrah masyarakat akan teruja bila mendengar kelahiran baru dari keluarga mahupun kenalan. Sifat bayi yang comel membuatkan ramai yang ingin mendukung, mencium atau menggomolnya.
Namun, harus diingat, sifat keterujaan kita itu mungkin boleh memberi risiko yang membahayakan nyawa si kecil. Ini kerana sistem imun bayi yang baru dilahirkan masih belum matang dan ini akan memudahkan mereka mendapat jangkitan.
Jadi, sebelum bertandang melawat bayi yang baru lahir, persiapkan diri dengan adab dan langkah berjaga-jaga.
Kepada yang masih belum tahu, mari ikuti tips dan perkongsian di Twitter daripada pengamal perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol tentang beberapa perkara yang tidak patut dilakukan ketika melawat bayi yang baru lahir. 
Tidak perlu mengagah bayi
Sudah menjadi tabiat dan keseronokan untuk mengagah bayi atau bermain ‘cak-cak’.
Sebenarnya di usia ini bayi lagi pandai untuk bermain, malah penglihatan mereka pun sekadar bayangan saja.
Jadi, hentikan tabiat itu, kerana bayi baru lahir hanya nampak bayangan muka anda saja.
Jangan pegang dan cium bayi
Jangan suka-suka pegang dan cium bayi tanpa izin dari ibu dan bapanya. Ini kerana sistem imun bayi yang baru lahir ini belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
Walau kuman yang banyak terdapat pada orang dewasa tidak memberi gejala yang teruk tetapi kepada bayi ia mungkin mampu mengancam nyawa.
Maka itu, sebelum mahu melawat bayi pastikan diri kita bersih dahulu, sebaiknya cuci tangan dan sanitasi terlebih dahulu jika ingin menyentuh bayi.
Jangan sibuk tegur apa pun kekurangan bayi
Jangan tegur bayi jika anda melihat matanya juling. Kebanyakan bayi, kedudukan matanya akan menjadi normal semula selepas berusia empat bulan.
Jika keadaan mata masih juling selepas berumur empat bulan, ibu bapa boleh merujuk kepada doktor mata.
Jadi, jagalah perkataan dan bicara semasa melawat agar tidak mengecilkan hati kedua orang tuanya.
Kurangkan beri tips kepada ibu muda
Seterusnya, kurangkan bagi tips kepada ibu muda, kecuali dia ditanya untuk berkongsi pengalaman.
Tetapi sebenarnya yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental kerana dengan adanya kita di situ cukup untuk membuatkan si ibu rasa selesa.
Harus diingat, setiap orang menggunakan kaedah berpantang dan penjagaan bayi yang berbeza. Oleh itu, janganlah memandai-mandai dan merasakan pendapat kita selalunya betul.
Perokok tolong jauhi bayi!
Pantang larang yang ini pula khas buat si perokok. Ini antara yang bahaya, kerana perokok mempunyai risiko membawa “third hand smoke” kepada bayi yang bermaksud partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Maka, bayi yang terdedah pada “third hand smoke”, berisiko untuk mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS). Jadi, perokok sila jauhkan diri anda daripada bayi!
Berilah peluang bayi tidur
Akhirnya sekali, ini antara yang paling selalu kita lakukan. Bayangkan si ibu berjam-jam menyusukan anaknya agar tidur lena, tetapi datang sahaja tetamu terus mengejutkan bayi.
Memang boleh membuatkan si ibu naik angin dan tertekan. Jadi, jika sudah melihat situasi ibu itu, tahanlah diri dan biarlah si kecil tidur. Kesian si ibu terpaksa bersengkang mata kalau si anak mula merengek sampai ke pagi.
Oleh itu, kawal tindakan, adab dan mulut kita, semoga kita tidak menjadi penyebab dan punca mengundang bahaya kepada kesihatan bayi. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/jangan-risikokan-nyawa-anak-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Takut Takut Mandikan Anak Lepas Lahir Ini Panduan Mandikan Bayi Cara Tepat

Jangan Takut Takut Mandikan Anak Lepas Lahir Ini Panduan Mandikan Bayi Cara Tepat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 380 hits
Bukan sahaja kekok malah pertama kali menjadi ibu dan ayah pastinya ada perasaan bimbang ketika memandikan anak Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah m...
Hebat Sungguh Bau Bayi Baru Lahir Banyak Manfaat Ciumlah Puas Puas Bila Anak Dah Besar Bertukar Masam

Hebat Sungguh Bau Bayi Baru Lahir Banyak Manfaat Ciumlah Puas Puas Bila Anak Dah Besar Bertukar Masam

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 277 hits
Ketika anda memegang bayi pasti anda akan mencium bau wangi bayi baru lahir Bau yang selalu orang katakan sebagai bau syurga ini sebenarnya datang dari mana Pasti anda ingin tahu bukan apakah fungsi bau ini dari segi sains Artikel Menarik B...
Hiburan Dedah Nama Pasangan Kembar Baru Lahir Ainan Tasneem Kongsi Maksud Nama Anak

Hiburan Dedah Nama Pasangan Kembar Baru Lahir Ainan Tasneem Kongsi Maksud Nama Anak

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 462 hits
Penyanyi Ainan Tasneem yang baru sahaja melahirkan anak kembar kira kira tiga minggu lalu nampaknya sudah mengumumkan nama pilihan untuk perkongsian bersama peminat Sumber Namun begitu wajah pasangan kembar lelaki dan perempuan ini masih be...
Anak Anak Walaupun Lahir Dari Satu Rahim Yang Sama Mesti Berbeza Jangan Bandingkan

Anak Anak Walaupun Lahir Dari Satu Rahim Yang Sama Mesti Berbeza Jangan Bandingkan

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 420 hits
Anak anak kita tidak semuanya sama Sekali pun mereka semua daripada 1 ibu dan 1 bapa yang sama Orang kata produk 1 kilang yang sama Mereka ini akan berbeza pada kepandaian dan kepantasan mengaplikasi ilmu yang mereka belajar Akan ada cepat ...
Elak Kongsi Sudu Garpu Merasa Makanan Sebelum Suap Pada Anak Doktor Kongsi Cara Cegah Karies Gigi

Elak Kongsi Sudu Garpu Merasa Makanan Sebelum Suap Pada Anak Doktor Kongsi Cara Cegah Karies Gigi

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 404 hits
Karies gigi lebih dikenali sebagai gigi berlubang di kalangan masyarakat kita Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak kanak atau dewasa Ianya boleh berlaku pada gigi kekal atau gigi susu Bagaimana karies gi...
Doktor Cakap Dah Boleh Makan Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan

Doktor Cakap Dah Boleh Makan Aidil Teruja Kongsi Video Suapan Pertama Anak Di Usia 5 Bulan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 375 hits
Menunggu saat untuk memberikan suapan pertama pada anak ternyata cukup mendebarkan Momen manis ini dikongsikan oleh suami pelakon cantik Fasha Sanda Aidil Aziz yang memberikan makanan pejal pada anaknya pada usia genap lima bulan Menerusi s...
Periksa Primitive Reflexes Bayi Baru Lahir Kalau Tiada Itu Tanda Red Flags Masalah Perkembangan

Periksa Primitive Reflexes Bayi Baru Lahir Kalau Tiada Itu Tanda Red Flags Masalah Perkembangan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 283 hits
Saat saat kehamilan dan melahirkan anak adalah detik yang sangat istimewa buat semua ibu ayah namun tidak dapat dinafikan ianya adalah satu proses yang memenatkan Namun begitu kepayahan dan kesusahan tersebut seakan hilang dalam sekelip mat...
Gigi Anak Rongak Hitam Jangan Biarkan Walaupun Gigi Susu Tapi Bukan Perkara Biasa Bantu Anak

Gigi Anak Rongak Hitam Jangan Biarkan Walaupun Gigi Susu Tapi Bukan Perkara Biasa Bantu Anak

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 448 hits
Belum pun sampai usia enam tahun gigi anak sudah rongak dan menjadi kehitaman Jangan biarkan sahaja kerana menjaga gigi perlu menjadi kewajipan pada mak ayah Persoalannya kenapa masalah gigi kehitaman dan rongak ini berlaku pada anak kita G...
Selepas 2 Bulan Fattah Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 Patut Tak Tunjuk Rupanya Tunggu Tahun Baru

Selepas 2 Bulan Fattah Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 Patut Tak Tunjuk Rupanya Tunggu Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 509 hits
loading Perkongsian foto di Instagram daripada pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Nur Fazura tengah malam tadi mengundang perhatian netizen
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat