Tidak Wajar Adakan Pru 15 Ketika Negara Berdepan Ancaman Covid 19



KUALA LUMPUR: Seramai 46 pakar kesihatan kanan, persatuan perubatan dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.
Gesaan itu disuarakan mereka menerusi surat terbuka kepada Perdana Menteri sebagai maklum balas dan cadangan yang perlu kerajaan laksanakan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak itu.
Menurut surat itu, pandemik yang sedang mengancam negara ketika ini tidak harus dipolitikkan, sebaliknya satu jaminan melalui konsensus rentas parti perlu disegerakan bagi mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok.
“Pelaksanaan PRU-15 ketika negara masih bergelut dengan pandemik ini akan menjurus kepada bencana yang lebih teruk sama seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini,” katanya.diwakili kumpulan pakar dalam kalangan pelbagai sektor ditubuhkan bagi melancarkan lagi gerak kerja rentas kementerian dan agensi dalam menangani COVID-19.
Pasukan khas itu berupaya membantu negara menangani isu COVID-19 dengan menyampaikan cadangan dan audit mengenai impak ekonomi serta kesihatan kepada Kabinet dengan lebih kerap.
“Penggunaan Rapid Test Kid (RTK) Antigen juga perlu diperluaskan berbanding menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

“Penggunaan awal RTK Antigen terhadap kes dalam tempoh 24 jam membolehkan tindakan pantas diambil mengasingkan pesakit dan mengesan kontak rapat.
“Pengesanan kontak rapat menggunakan aplikasi digital juga mampu mempercepatkan proses pengesanan selain memanfaatkan data sains serta mengenal pasti kawasan panas penularan bagi tujuan penyaringan,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan perlu melindungi petugas kesihatan di hospital yang mengendalikan kes COVID-19 dengan menghantar pesakit yang hanya mengalami gejala ringan atau kes bukan berkaitan COVID-19 ke hospital kerajaan atau swasta yang tidak mengendalikan pesakit wabak itu.
Jelas mereka, ini membolehkan petugas terbabit memberi lebih tumpuan kepada kes COVID-19 yang lebih kronik.
“Kerajaan perlu mempercepatkan proses imunisasi sebaik sahaja menerima dos pertama vaksin COVID-19. Selain mengutamakan vaksin kepada golongan berisiko, kerajaan harus memastikan pekerja asing turut divaksin dalam melindungi sektor industri negara.
“Kos vaksin yang perlu dibayar pula tidak seharusnya melebihi RM100 setiap dos bagi individu yang mendapatkan vaksin itu daripada pihak swasta,” katanya.
Selain bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, antara pakar kesihatan yang menandatangani surat terbabit adalah Profesor Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman; Timbalan Naib Canselor dan Konsultan Pakar Bedah Ortopedik Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Ahmad Hata Rasit serta bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee.
Hari ini, negara mencatatkan angka harian tertinggi dengan 3,027 jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif.
 

The post ‘Tidak wajar adakan PRU-15 ketika negara berdepan ancaman COVID-19’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/07/tidak-wajar-adakan-pru-15-ketika-negara-berdepan-ancaman-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Sesuai Adakan Pru Ketika Ini Tun Mahathir

Tidak Sesuai Adakan Pru Ketika Ini Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 251 hits
642 total views 642 views today PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke 15 ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes hari...
Thailand Negara Terbaik Urus Covid

Thailand Negara Terbaik Urus Covid

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 333 hits
Rina HamzahThailand merupakan contoh negara yang berjaya menguruskan wabak COVID 19 dengan pendekatan menyeluruh termasuk pemerintah dan masyarakat walaupun tanpa vaksin Ketua Organisasi Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ...
Dr M 50 Berisiko Dijangkiti Covid Jika Pru Segera Diadakan

Dr M 50 Berisiko Dijangkiti Covid Jika Pru Segera Diadakan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 163 hits
freemalayiatoday com January 12 2021 1 52 PMPUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana menyifatkan dirinya sebagai terlalu tua pada usia 95 tahun Pengasas Pejuang itu juga tidak mahukan PRU...
Pru 15 Secepat Mungkin Dan Darurat Covid 19

Pru 15 Secepat Mungkin Dan Darurat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 333 hits
Sebenarnya UMNO telah bagi satu kenyataan yang sangat jelas tentang tempoh PRU 15 dan di putar belit oleh sesetengah portal MKT UMNO minta PRU15 secepat yang mungkin TAPI tertakluk kepada keadaan Covid 19 Maksudnya tiada PRU 15 jika kes cov...
Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 247 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan mungkin inilah masa paling sesuai mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID 19 Jikalau rakyat sudah dibenarkan merenta...
Jangan Layani Kemahuan Adakan Pru Rais

Jangan Layani Kemahuan Adakan Pru Rais

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 237 hits
Senator Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa kerajaan tidak melayani kemahuan parti politik tertentu yang mahukan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan Sebaliknya kata Rais kerajaan perlu mengatasi pandemik Covid 19 dan bencana banjir yang melanda neg...
Covid 19 Varian Baharu Dari Britain Sudah Menular Ke 50 Negara Who

Covid 19 Varian Baharu Dari Britain Sudah Menular Ke 50 Negara Who

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 252 hits
GENEVA Mutasi baharu COVID 19 yang dikesan di Britain telah menular ke 50 negara wilayah dan kawasan serata dunia menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia Klik untuk baca artikel penuh Sumber The post COVID 19 Varian baharu dari Britain sudah
Desakan Adakan Pru 15 Tindakan Tidak Bertanggungjawab

Desakan Adakan Pru 15 Tindakan Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 171 hits
Khairy Jamaluddin sifatkan bukan setakat akar umbi malah rakyat juga menolak untuk mengadakan pilihan raya umum SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya